Thursday, December 26, 2013

Saderi Cina

 Saderi Cina atau lebih dikenali sebagai daun sup memang menjadi kegemaran saya berbanding daun ketumbar yang saya panggil sebagai daun kumbang sebab baunya  macam bau kumbang busuk.


 Saya tanam dalam pasu panjang dan gunakan gajet sangkut ke dinding pembahagi rumah. Sangat memudahkan saya untuk petik daun sup bila-bila rasa nak guna, tak payah nak membongkokkan badan bila nak menuainya.


Saya tak pernah cuba tanam pokok daun sup ini di tengah panas selalunya mesti saya letak di tempat yang redup. Pokok daun sup juga perlukan air yang banyak dan perlu di ambil daunnya selalu untuk menggalakan pertumbuhannya. 

Saya gunakan baja cecair dan sembur pada daun dan batang pokok ini. Hasilnya memang meberansangkan. Ikut pengalaman yang terdahulu, pokok daun sup saya tahan sehingga setahun lebih sebelum ia makin mengecil dan mati.




************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

9 comments:

  1. salam..puan sya ada jugak semai benih daun saderi nie xpernah jadi..ada tips ke bole kongsi..heheh tia

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kata ada tips tu tk adelah sgt, tapi rasanya medium semaiannya tu kena lembab, contohnya bole guna cocopeat

      Delete
  2. tumpang seronok tengok rose punya daun sup menjadi-jadi... baja tu Rose buat sendiri ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah rezeki, pasal baja tu pulak-sy beli jer...hehehe

      Delete
  3. waaaaaaaa gemuk2nyer... ni tnm ngn biji yek? adik selalu tnm ngn btg n akar nyer tp selalu lah tak idup msti layu n mati pokok tuh... apa yek petua kalu nk tnm ngn btg n akar nyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun pernah gak tanam guna akar, memang tak tahan lama, so tak de petua la nampaknya...hehehe

      Delete
  4. Salam,
    Kalau dijadikan ulam pun cukup berkhasiat ... Air rebusannya juga amat baik mengelak batu karang ...

    ReplyDelete
  5. s0 yg ni tanam gune biji benih? b0leh bg tips cemane nk semai..saye nye semai x idup2..wal0pn pkai biji benih..

    hidayahS

    ReplyDelete