Thursday, January 9, 2014

Delima diSerang!

 Buah delima saya pun nak diserangnya, melampau betul si bena putih ni. Kawan baiknya si semut hitam pun penuh mengelilingi buah delima saya. Entah macamanalah rupa isi delima ini nanti.

Pokok delima ini pulak berbuah betul-betul di cucur atap sengkuap rumah saya. Membuatkan tetamu yang datang rasa geram jer nak petik. Memang boleh dicapai dengan tangan.
Tak sia-sia menanam pokok delima sebab ia berbuah sepanjang tahun. tapi jaga-jaga dengan batang pokoknya yang agak berduri. Pokok yang saya tanam ini tak sampai setahun dah mengeluarkan buah begitu juga dengan pokok yang mak saya tanam.



Bukan di situ sahaja dia berbuah, malah atas dan  tepi atap pun dia nak berbuah, harap-harapnya cucu jiran saya tak rajin menjolok macam selalu lah hendaknya.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

12 comments:

  1. Harapnya cepatlah membesar pokok delima saya dan berbuah :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, tambah sikit, 'dan buahnnya nanti manis bersari'...hehehe

      Delete
  2. waaaa bestnyer nengok pokok delima akak tuh... pastu dna mcm ternampak je daun pokok anggur tuh... syoknyer duduk ada tanah besar nih.. boleh tanam mcm2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanah besar???? hehehe...sekankang kucen jer ni tanahnya

      Delete
  3. Sm Rose, rajin2 spry dgn larutan sabun +minyak masak. Kalo kami jadi jiran smrose time buah nak masak msti ghaib...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Malas
      2. Takut semburan jatuh balik kat muka penyembur
      Ghaib kalau Pedasdanmanis ambik sy tak kisah, niatkan sedekah ajer...hehehe

      Delete
  4. Salam smRose,
    Rumah yang ada pokok delima, khabarnya, baik lagi bagus ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi2 kalau rumah tu nombor lapan kan ...hehehe (umah sy la tu)

      Delete
  5. Bila delima masak macam tersengih sengih buahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak! delima sy tak sempat tersengih saya dah tuai...hehehe

      Delete
  6. Salam Rose,

    Harap buah delima yang diserang bena tu selamatlah ya! Pokok mangga Mak Aji ada sepokok yang memang penuh dengan bena tapi buahnya alhamdulillah ok je, boleh masak seperti biasa. Harap delima begitu juga!

    ReplyDelete