Sunday, January 19, 2014

Semalam di Cameron Highland

Dulu-dulu saya selalu sangat ke Cameron Highland tapi sejak setahun kebelakangan ini hampir tak pernah. Semalam sekali lagi saya ke Cameron Highland. Seawal lapan pagi saya dah sampai di Ladang Teh Bharat, sambil minum teh tarik dan menjalani sesi pengambaran syok sendiri. Kebetulan hujan turun renyai-renyai membuatkan kesejukan terasa hingga ke tulang.

Dalam perjalanan balik saya menemui bunga ini tumbuh mekar di sepanjang longkang di tepi jalan. Warna merah jambunya amat menyerlah berbanding warna konkrit longkang.


 Saya juga ternampak bunga kuning oren ini nun jauh di atas bukit, kelihatan sangat cantik tapi apakan daya, tak mampu saya mendaki bukit curam semata-mata untuk mendapatkannya. Jadi saya ambil gambar pun jadilah.


Inilah longkang yang saya katakan itu. Lokasinya berdekatan dengan tulisan besar 'SELAMAT DATANG KE CAMERON HIGHLANDS  PAHANG DARUL MAKMUR'. Nampak tak warna merah jambu betul-betul antara sempadan rumput dan konkrit longkang. Di situlah tempat dimanana saya jumpa bunga-bunga kecil dan comel tersebut. Kalau ditanya nama atau spesiesnya memang saya tak tahu.




************************************************************************
Nak dapatkan biji benih tanaman?
Sila ke SENARAI BIJI BENIH

Nak dapatkan anak pokok?
Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
 
 

11 comments:

  1. Cantik la rumpai tu kak, kalo x silap itu rumpai Pennsylvania smartweed, tapi x pasti sangatlah hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pink Buttons Smartweed nama rumpai ni hehe...

      Delete
    2. mana-mana pun ok ajer, nama melayu dia tak de kot yer

      Delete
  2. comel je. pink button smartweed.

    ReplyDelete
  3. comei sgt bunga pink tuh kak... tak sangka pun itu cume rumput... nama dia nk nyebut pun payah... panggil bunga butang pink je lah heheheh....

    ReplyDelete
  4. mmg lawa...padan dgn namanya smartweed....

    ReplyDelete
  5. Boleh cabut buat Koleksi laman rumah tu.. cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg dah cabut pun tapi terlupa nak tanam...hehehe sbb letih sgt

      Delete