Wednesday, February 19, 2014

Kertas Warna-Warni

 Meriah pokok-pokok bunga kertas mak saya dengan pelbagai warna daunnya. Sejak musim panas melanda ini, pokok-pokok ini semakin galak berbunga. Mak saya pun memang rajin membaja pokok-pokoknya.

 Memang cantik bagi mata yang memandang. Tapi minat mak saya memang lain daripada saya yang lebih minat kepada pokok-pokok herba dan ulaman.


Tapi sekarang ini memang terpaksa suruh cucu mak saya atau abah saya sahajalah untuk menyiram pokok-pokok bunga ini. Sebabnya mak saya, baru sahaja retak tulang buku lalinya sebab terjatuh waktu kami semua pergi mandi-manda dekat satu pusat rekreasi air baru-baru ini.
Mak saya bukannya jatuh dalam air tapi jatuh atas tanah sebab dia melompat (kata adik lelaki saya)  turun bukit kecil yang disangkanya rendah. Sekarang ini kaki mak saya bersimen, kesian dia. Tapi mak saya kata, kakinya sahaja yang sakit, yang lain semuanya ok.
Harap-harapnya mak saya cepat sembuh dan dapat pergi umrah dengan abah saya pada bulan April ini. Amin.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
  

17 comments:

  1. sama la mak sy pun lbh suka pokok bunga dari tanam sayuran...semoga mak rose cepat sembuh..:D

    ReplyDelete
  2. saya pon suka bunga kertas ni.....dlm wish list jgk sbb takde space nak ltk dah hehehe......semoga mak rose cpt sembuh...insyaAllah,aamiinn.....mst dia rasa tak selesa kan....susah nak gerak......sakit pulak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya mak sy asik bergerak sampai dikhuatiri kakinya lambat sembuh

      Delete
  3. bunga kertas di cuaca panas memang meriah kembangnya....
    semua emak ros cepat sembuh..

    ReplyDelete
  4. As salam. Semoga mak ros segera sembuh dan dapat menunaikan umrah pd april nanti.

    ReplyDelete
  5. Salam Rose,
    didoakan semoga Ibu cepat sembuh.Kirim salam ye.

    ReplyDelete
  6. kene banyak berehat la mak SM, lame jugak nak tunggu sembuh tu.. nasib lah bungge kertas ni bebunga.. tenang hati walau kaki sakit...

    ReplyDelete
  7. Bunga banyak, cantik-cantik. Saya minat juga tanam pokok bunga kertas nie, mudah dijaga.

    ReplyDelete