Monday, February 10, 2014

Orang Melayu kata Tangan Sejuk, Omputih kata Jari Hijau


Hari ini saya nak kongsikan gambar-gambar tanaman daripada rakan Semua Menjadi :- Datin Liz Mran. Inilah yang orang katakan tangan sejuk tu, semua yang ditanam menjadi. Tahniah. Saya dah minta kebenaran tuan punya untuk paparkan gambar-gambar ini di blog dan juga FB. Sebahagian benih dan keratan di beli dari Semua Menjadi.

Siapa tak kenal ini memang rugi, pokok dan juga buah mulberi, kegemaran cucu jiran sebelah.






Terung panjang, buat pajeri atau goreng cili sedap bangat!



 Nasin atau pucuk manis, buat masak lemak putih campur keledek, Datin Liz kata makan pula dengan ikan sepat masin goreng, terangkat!


 Cili api rasanya, gemuknya daun dia.



 Bendi, nampak macam buahnya besar dari pokok.


 Yang tengah-tengah itu saya kenal, okinawan' spinach atau sambung nyawa ungu. Boleh buat ulam, boleh juga buat sayur yang dimasak.


 Ulam raja, pokok yang pang senang tumbuh, rasa pun sedap.


Ini yang paling istimewa, pokok pucuk ubi kerinting. Paling istimewa sebab saya paling suka makan sayur pucuk ubi kerinting, lembut dan cepat empuk bila dimasak berbanding pucuk ubi biasa. Rupa pun cantik, kalau takmau makan boleh buat hiasan di keliling rumah.


p/s: Kalau ada lagi rakan Semua Menjadi yang sudi nak berkongsi gambar tanaman boleh ler hantar kat email semuamenjadi@gmail.com



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?
Sila ke SENARAI BIJI BENIH


Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
  

4 comments:

  1. Segar bugar semuanya Puan. Memang tangan sejuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btui-btui2 sy stuju, penanam semua pokok ni tangan mmg sejuk, dah tak payah rendam dlm ais dah...hehehe

      Delete
  2. Salam SmRose, smue benih ni dari semuamenjadi ker.. baka baik hasil nye pun baik kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebahagian jer, kalau tangan tak sejuk....hehehe, tak menjadik jugak...hehe

      Delete