Tuesday, February 25, 2014

Pokok Kegemaran Kucing-Si Galak Kucing

 Bagi yang tak berapa nak kenal lagi, inilah pokok galak kucing. Lama dah juga dia 'femes' kat FB. (Gambar diambil di kawasan jiran belakang rumah saya).


 Gambar lebih dekat untuk kenal lebih mesra. Pokok ini saya pun baru kenal, sebelum ini ingatkan pokok bayam hutan ker. Mak saya ahli kelab pecinta kucing sedunia pun tak tau tentang pokok ini. Setelah saya kenalkan pokok ini, mak saya pantang jumpa kat mana-mana, mesti dia cabut dan bawak balik.
 
Ada juga kastemer yang nak beli pokok ini. Saya belum cuba ternak lagi, lagipun pokok ini kalau dicabut terus layu dan tak mahu hidup dah. Mungkin saya perlu cari biji benihnya.
 
Pokok ini dikatakan berkhasiat untuk kucing dan juga tuan kucing. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, silah gugel yer.


Saya ada buat sedikit ujikaji ke atas kucing jiran saya (yang mana pun tak tau). Nampaknya kucing dapat menghidu bau akar pokok ini dari jarak 2-3 meter. Kalau tak cabut, kucing tak sedar pun itu pokok kegemaran dia. Maknanya sumber tarikan adalah daripada akar pokok ini.
 
Air liur kucing ini meleleh (sori tak nampak sebab gambar tak elok). Syiok sangat kot.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
  

9 comments:

  1. oooo kucen tu akan mkn akar ke daun pokok tu lah ek.... tak penah jmpa lak... tp mmg ada perasan kadang ada pokok yg kucen suke mkn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada rumput yg kucen mkn utk muntahkan something tapi cam pkk ni akar dia boleh buat kucing 'khayal'

      Delete
  2. Jual ke pokok ni kak? dh lama Julie cari pokok catnip ni hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...tak jual Julie, rasanya pkk catnip lain kan

      Delete
  3. Kena gugel ni..x pernh dgr...mungkin penawar bg penyakit penyakit apa2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok ler gugel, tp rasanya banyak khasiat utk org lelaki kot

      Delete
  4. Dah lama dengar ttg tumbuhan ni tapi tak pernah cuba. Semlm jumpa tepi pagar terus cabut dan cuci akarnya bersih2. Cuba bagi pada kucing2 kat rumah. Amazing! Depa semua pakat berebut makan akar pokok ni. Daunnya tak pula dimakan. Tu semua kucing kampung. Cuba pula bagi dekat maine coon langsung tak dihirau. Adakah kucing tempatan jer tahu ttg khasiat tumbuhan ni??

    ReplyDelete
  5. Maine coon pun rebah jgk terkena pukulan pokok ni..just tried

    ReplyDelete