Thursday, February 6, 2014

Saya bukan 'Dia'

Lega, hanya itu yang dapat saya katakan.

Dari petang tadi fikiran saya kusut, sebab ada seorang pelanggan yang minta saya ganti semula barang yang dibelinya. 

Saya kesan semula mesej yang diberinya pada FB tapi tiada. Saya kesan pula pada emel saya, memang ada emel daripadanya tapi cuma setakat dua emel. Seterusnya tiada emel lanjutan, maknanya tiada urusan jual beli berlaku antara dia dan saya. 

Saya jadi pelik. Ada orang 'hack' akaun emel saya ke, tapi saya rasa tak mungkin. Berkali-kali saya kesan semula emel daripada pelanggan tersebut tapi masih tak berjumpa. Kepala saya semakin pening.

Sebagai ikhtiar terakhir, saya mohon 'pelanggan' tersebut untuk 'foward' semula emel yang saya hantar kepadanya. Nasib baiklah dia memberi kerjasama dengan menghantar imej emel tersebut. 

Setelah saya amati emel tersebut, barulah tenang sikit jiwa saya. Rupa-rupanya dia bukan membeli dari saya tapi daripada peniaga online lain.

Minta maaf kepada 'pelanggan' tersebut. Saya bukan berniat nak memalukan atau menyalahkan sesiapa tapi saya nak jadikan kisah ini sebagai ingatan khasnya kepada diri saya sendiri dan juga bakal-bakal pelanggan saya nanti.

Apapun saya rasa lega sebab masalah tersebut telah selesai. Banyak betul dugaan berniaga kecil-kecilan ini (masalah yang lain, lain kalilah saya cerita yer), harap-harapnya saya sendiri tabah dan tidak berputus asa. Doakan saya berjaya yer!!! 



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?
Sila ke SENARAI BIJI BENIH


Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
  

6 comments:

  1. sabar smrose. saya juga telah lama berniaga online dan berjumpa dengan banyak ragam manusia. Jalan terus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa....Awin niaga apa. Tk tau pun. Nk beli....hehehe

      Delete
  2. Salam SmRose, kenape die nak mintak ganti pulak ye.. mcm2 ader.. Adat berniage mcm tulah.. Terus maju kedepan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia beli kt org lain. Mintak ganti kt saya. Dah la nama blog dan tuannya tk serupa lansung. Dia mintak ganti sbb pkknya mati tp rasanya sbb poslaju lambat hantar. Bukan salah penjual pun.

      Delete
  3. saya juga doakan smrose terus tabah....anggapkan apa yg berlaku tu asam garam kehidupan berniaga...
    Saya juga pernah kena marah dgn 'bakal tetamu' homestay saya, beriya2 kata dia dah masuk deposit sekian2, hb sekian2..dan nak masuk homestay ptg tu jugak...berderau darah saya masa tu, rasa nak pitam, gelap dunia....tgk hp , semak mybank2u, bincang ngn suami....alih2 dari suara dia yg garang tu jadi lembut, sebabnya isteri dia masukkan duit deposit homestay tu ke akaun tuan rumah sewanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin atas doanya. Hahaha. ...cam nk dekat2 seruoa jer kes kita ni. Mula2 mmg susah hati memikirkannya tp bila dah terungkai....lega...lawak pun ada

      Delete