Friday, February 28, 2014

TRAP

 Dua minggu lepas kami telah ke Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungai Klah, Sungkai, Perak. Walaupun kami datang pagi buta dalam pukul 8, matahari memancar sehinggakan anak-anak dara ini silau.

 

 Untuk masuk ke dalam pusat rekreasi ini kami memilih untuk naik kenderaan yang disediakan, walaupun sebenarnya boleh sahaja jalan kaki sambil menikmati pemandangan sekitar.

 


 Tempat pertama yang kami tuju adalah kolam keluarga yang bersaiz agak kecil berbanding kolam utama air panas. Suhu air kat kolam ini lebih tinggi sedikit daripada kolam utama sekitar 50 ke 60 C.

 

 Yang ini pula kolam untuk rendam kaki sahaja, kalau rasa kaki dah lama guna dan cukup tebal bolehlah rendam kaki kat sini. Saya sendiri tak berani. Takut kaki saya masak.

 


 Ini pula kolam utama air panas, airnya tak adalah panas sangat. Sesuai untuk kanak-kanak mandi-manda, tapi sekejap sahajalah. Nanti diorang merengek sebab panas. 

Selepas itu bolehlah beralih ke kolam air sejuk yang lebih besar. Yang itu memang kegemaran kanak-kanak sebab ada gelungsur. Saya pun turun naik gelungsur lapan kali sebab kebetulan orang tak ramai masa kami datang. Malangnya tak sempat  nak ambil gambar sebab sibuk mandi.



 Ini pula ritual merebus telur. Telur kena beli dekat taman ini yer, tak boleh bawa telur ayam kampung sendiri ker, teluk itik serati ker semua tak boleh. Tapi pekej telur kat sini disediakan sekali dengan kicap. Harga - kompom mahal.




 Jadual masa rebus telur disediakan. Memang boleh pakai. Dah beberapa kali saya buat ritual rebus telur semuanya menjadi seperti yang dikehendaki.




Kami balik sebelum tengahari. Taman ini memang kaya dengan spesies tumbuhan dan yang menariknya kebanyakan pokok yang ada di sini diberi tag nama. Sesuai sangat dengan peminat tanaman macam saya.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
  

3 comments:

  1. memang best kan bercuti disini...saya pun dah pernah g sekali..heee

    ReplyDelete
  2. seronok kalau dpt bermalam kt cni.. kna plk dlm villa ada kolam air panas

    ReplyDelete
  3. Wahh.. seronoknye.. lokasi tempat ni jauh kedalam kan.. sebelum smpai penuh ladang sawit.. seketika dulu pernah gi sekali.. paling best buat experiment rebus telur lah,, hehe.,

    ReplyDelete