Monday, March 24, 2014

Sudah Lama Kao ku Cari

Berjumpa juga akhirnya dan wang bertukar tangan. Itulahkan, kalau dah hendak tu, seribu cara untuk mencarinya. Akhirnya ketemu jua.
Saya dah lama mengidamkan nak tanam pokok lada hitam (belah kiri gambar). Ceritanya, masa kecik-kecik dulu saya sering lalu di kawasan rumah seorang makcik ni. Dia ada tanam pokok lada hitam yang sangat subur. Saya kagum melihatnya dan teringin sangat nak ada pokok lada hitam sendiri. Selalunya saya tengok di TV, cuma orang di Sarawak sahaja ada pokok lada hitam.
Ada juga saya minta kawan-kawan opis yang mak ayahnya ada tanam pokok lada hitam untuk berikan keratannya kepada saya untuk ditanam.
Tapi keratannya dah kering la pulak, tak menjadi. Pada kawan yang lain pula saya minta beli semaiannya, malangnya cuaca panas kebelakangan ini pula menyebabkan semaian lambat bertunas.
Akhirnya saya ketemu si dia, walaupun pokoknya tak secantik mana, saya tetap puas hati sebab telah ketemu kehendak hati.
Terjumpa pula pokok sireh, beli sekali sebab ada kawan opis yang teringinkan pokok sireh, saya beli dua pokok, satu untuk saya dan satu lagi untuk dia.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

6 comments:

  1. pokok lada hitam tu, nmpk mcm pokok sireh pun ada....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelah kiri jer pkk lada hitam. Lg satu tu mmg sireh. Bezanya daun lada hitam lebih tebal.

      Delete
  2. macam daun sireh yer daun yer kan?

    ReplyDelete
  3. mcm daun sireh sikit kan, kt umah mak metua ada tanam pokok lada hitam nih... mule2 ingatkan pokok sirih hehehhe...

    ReplyDelete