Friday, April 25, 2014

email daripada Pembaca 1 - Tips penananaman Pokok Delima

Ada banyak juga email yang saya terima daripada para pembaca blog Semua Menjadi terutamanya tentang cara penanaman, ingin menemubual penulis blog dan paling banyak sekali email daripada pembaca yang ingin membuat penyelidikan tentang pelbagai topik tanaman sambil melawat 'ladang' yang usahakan.

Ingin dan telah saya maklumkan beberapa kali, saya tak ada ladang mahupun kebun apatah lagi estate. Yang saya ada cuma kebun tergantung dan sikit-sikit tanaman di hadapan rumah.
 
Ini antara email darpada pembaca yang baru sahaja saya terima sekitar 2 ke 3 jam yang lalu. Suka saya nak buat entri sebab soalannya nampak banyak dan ada kaitan dengan soalan-soalan pembaca sebelum ini. Sudilah kiranya rakan-rakan, sohabat Semua Menjadi membacanya sekali sebagai pengetahuan sampingan. 
 
Sayugia (cheeeewah!) diingatkan, saya bukanlah pakar botani, hortikultur, hidroponik, aquaponik atau lain-lain yang berkaitan, cuma menulis berdasarkan pengalaman yang ada (sedikit sahaja pun).
 
Email tersebut:

Azahar

10:15 AM

to me
 
 
as-salam
saya ingin bertanya beberapa perkara mengenai pokok DELIMA
1- berapa lama baru ia berbuah
2- serangan penyakit serta mahluk perosak
3- baja yang sesuai untuk dia
4- cara penanaman di dalam pasu, adakah ia sesuai jika sesuai berapa pula saiz pasu tersebut.
5- jika di tanam di dalam pasu, dari segi nutrien tanah tersebut pasti abis adakah boleh top up sahaja guna baja organik
6-kiraan tanah di dalam pasu...adakah caranya first layer sabut, 2nd layer tanah hitam...baru nak mencuba ni..hiih
7-dari segi iklim dan pencahayaan matahari bagai mana pula...
banyaknya soalan

terima kasih..
 
 
Jawapan semua Menjadi:
 
 
 
1. Pokok delima yang saya tanam daripada anak pokok mula berbunga sekitar sembilan bulan setelah dialih ke dalam pasu. Sebulan yang pertama banyak bunga yang keluar tetapi tidak menjadi buah. Pada bulan yang kedua, putik-putik kecil delima telah mula kelihatan. 
 
2. Pokok delima dan daunnya kurang musuh perosak kerana daunnya agak keras. Tetapi buahnya sering diserang lalat buah dan juga bena putih (pada bahagian hujung buah sahaja) .
 
3. Saya sendiri banyak menggunakan baja organik pada pokok delima saya contohnya baja rumpai laut dan hampir tidak pernah menggunakan baja buah kimia tetapi pokok delima saya tetap berbunga dan berbuah sepanjang tahun.
 
4. Saya sendiri tanam pokok delima di dalam pasu kerana kekurangan ruang. Tapi diingatkan saya letak pasu tersebut di atas tanah bukannya di atas simen.  Tapi pasu tersebut masih belum pecah tapi saya menjangkakan yang akar pokok delima telah masuk ke dalam tanah. Pasu yang saya gunakan bersaiz sederhana, diameternya kira-kira 30 cm. Tapi saya cadangkan penggunaan pasu yang lebih besar kalau ditempatkan di atas simen.
 
5. Soalan yang ini, agak sukar saya menjawabnya kerana kurang ilmu tentang pekara tersebut. Mungkin ada antara pembaca yang lebih arif boleh bantu.
 
6. Saya cuma gunakan tanah campur yang dibeli dinurseri dengan harga RM1.50 satu peket. Tiada campuran lain.
 
7. Pokok delima memerlukan cahaya matahari penuh untuk hidup membesar dan paling penting ketika berbuah.  Saya perhatikan bahagian pokok yang mendapat cahaya matahari lebih akan mengeluarkan bunga dengan lebih kerap berbanding bahagian yang terlindung. Iklim tentulah khatulistiwa (kalo kat Malaysia la...hehehe).
 
 
- ya memang banyak soalan daripada encik sehinggakan saya terpaksa buat entri. Tapi sebenarnya saya kena ucap terima kasih juga disebabkan soalan encik maka wujudlah satu entri yang saya harap dapat memberi manafaat kepada pembaca-pembaca yang lain.
 
Jangan ambil hati tau, saya bergurau sahaja.
 
Sekian, Terima kasih daripada saya, smRose.


************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

 

7 comments:

  1. Replies
    1. Macam best jer....hehehe. jgn penulis perasan best sudah

      Delete
  2. Assalam Rose... delima dari Semua Menjadi dah berbunga... buah lekat atau tidak kena tunggula kan... pertanyaan akak semasa berbunga ni boleh ketak Baja kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam kMar. Bokeh aje. Tp lebihkan siraman klo tk ujn yer.

      Delete
  3. Salam, terima kasih krn sudi berkongsi maklumat & pengalaman. Saya x pernah terfikir pula ttg significance letak pasu atau simen atau tanah - selalu main hentam je, asal ada ruang. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Sama2. Harapnya bergunalah info ni yer.

      Delete
  4. Info yg berguna.. Tq.. Kalau xkeberatan saya nk tmbah soalan... Macam mana cara pangkasnya memandangkan batangnya panjang dan melentur?

    ReplyDelete