Friday, April 18, 2014

Kiwi Emas Kiwi Hijau

 Tiba-tiba pulak saya nak buat 'review' pasal buah kiwi. Diharap janganlah ada yang marah kalau tak setuju dengan pendapat saya ini. Saya bukannya pakar cuma ini ulasan yang tulus dari saya (hahaha!).
 
Saya adalah peminat buah kiwi. Biasanya saya makan buah yang biasa yang isinya warna hijau. Pada suatu hari pasaraya yang biasa saya pergi tak ada menjual buah kiwi hijau yang ada cuma buah kiwi emas. Saya terpaksa beli (kununnya) sebab saya dah set nak beli buah kiwi.
 
Harganya hampir tiga kali ganda daripada kiwi hijau. Itu tak apa lagi. Bagaimana pula rasanya (yang paling penting)? Isinya halus, lembut, lebih manis tapi saya tak suka dan tak akan beli lagi. Rasanya lebih mirip kepada pisang berbanding kiwi hijau. Walaupun baunya lebih memikat tapi ia kehilangan identiti kiwi pada pandangan dan deria rasa saya.


  Ini kiwi hijau, jauh lebih murah. Memenuhi citarasa saya.


Kebetulan kiwi emas saya lebih ranum berbanding kiwi hijau. Saiz kiwi emas lebih besar sedikit daripada kiwi hijau, kedua-duanya daripada pengeluar yang sama.
 
Pengajaran daripada entri merepek saya pada pagi jumaat yang dingin ini ialah tak semestinya buah yang mahal, besar dan namanya menarik lebih sedap daripada buah yang lebih murah dan biasa dijumpai.


************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

 

3 comments:

  1. betul n setuju ngn akak sbb masa peknen kn aiyan dana suke mkn kiwi nih... dana prefer hijau walaupun yg kunin tuh katanyer tinggi ngn khasiat... tp tgk kt intenet googl2 lbh kurang je tahap khasiat n vitamin n mmg yg hijau lebih padat, murah walaupun masam skit

    ReplyDelete
    Replies
    1. HMMM....ada gak org yg sama cam citarasa hakak kennn.....buah kiwi emas tu ada lagi dlm simpanan akk mcam malas nak makan...hehehe

      Delete
  2. Cmne kiwi blh rasa mcm pisang? Mesti manis. Mcm x sesuai je kan. Tp citarasa masing2. Sy sbnrnya x brp suka kiwi tp kalu di buat air suka sgt

    ReplyDelete