Monday, April 7, 2014

Lebatnya Buah Delima!

Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman? 
WhatsApp 017 455 95 36
 
 Saya terkesima sekejap tengok pokok delima mak saya ini. Buahnya begtu lebat dan saya syak sesuatu!


 Pokoknya kecil sahaja, tapi buahnya banyak sungguh, kalah pokok delima saya. Sebelum ini pokok ini rajin juga berbuah tapi tak selebat ini. Ianya berlaku sejak mak saya sakit kaki dan tak boleh berjalan-jalan jauh menguruskan tanaman sekeliling rumah. Tugas-tugas tersebut diambil alih oleh abah saya.


 Saya rasa abah saya telah menjaga pokok-pokok disekeliling rumah dengan jayanya. Mesti abah saya dah tabur banyak baja kelapa sawit dekat pokok-pokok ini. Buah-buah ini besar dan berkilat. saya tengok pokok-pokok bunga mak saya pun sihat lain macam sahaja rupanya. Sampai ada yang saya dah tak kenal.
Nak kata saya lama tak balik sebulan sekali gerenti saya balik ke rumah mak abah saya.




Bukan setakat buah yang hampir matang, putik-putik kecil dan bunga juga turut keluar sekali. Tapi tak taulah apa nasibnya bila mak dengan abah saya tak ada di rumah 2 minggu ini. Harap-harap pokok semua sihat, lagipun ada seorang mak saudara yang dah menawarkan diri untuk siram pokok-pokok disekeliling rumah mak abah saya.

Esok mak abah saya nak berangkat menunaikan umrah, saya pun terpaksalah cuti sekali. Nasib baik kerja opis dah saya siapkan semalam. 

Sibuk sungguh rasanya, ada pula orang mesej kat FB kata saya tak poskan barang yang dipesan. Marah sungguh rasanya, ini dah masuk kali kedua pekara yang hampir sama terjadi. Beli dekat orang lain tapi mintak orang lain poskan.

Saya nak nasihatkan pada sesiapa yang nak hantar mesej sebegitu tolong periksa betul-betul adakah orang yang ada berurusan sama dengan orang yang ada mesej atau email. Penat saya memeriksa segala rekod urus niaga, buang masa dan buang tenaga.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

13 comments:

  1. teringin juga nak tanam buah delima. tanam dari biji benih, ambil masa lama tak untuk berbuah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy dan mak sy tanam dr anak pkk, tak sampai setahun pkk dah mula berbuah

      Delete
  2. mmg lebat petua lah buah delima nyer.... akak dh tanya ke kt abah akak apa rahsia boleh subur gitu jd nyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sempat nak Tanya ari sabtu aritu sbb sibuk kenduri

      Delete
  3. ooooo kes mcm ni pun ada...order dgn org lain...remind org lain...pelik!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. geram sangat rasanya sbb buatkan kita risau dan tensi, ingatkan kita terlupa rupa2nya org lain punya kilija, rasa nak bg ceramah jer kt diorang tu

      Delete
  4. yelah pokok nyer tak besar tapi berbuah besar2....baja kelapa sawit bagus eh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pkk delima mmg camtu, cam kurus tak berzat jer kan, Baja kelapa sawit bagus?...agaknya la, sbb abah sy selalunya semua pkk dia guna Baja kelapa sawit

      Delete
  5. saya suka buah delima, tapi terlupa nak tanam delimaaa,, cemana tu
    ada jual biji benih ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biji benih delima ada, anak pokok delima pun ada, kalau berminat boleh email semuamenjadi@gmail.com

      Delete
  6. pokok ni tak boleh tanam dalam pasu ke? tak ada laman untuk di tanam

    ReplyDelete
  7. Bunga delima perlu dibuat persenyawaan ke?

    ReplyDelete
  8. mana ada juah local buah delima ?

    ReplyDelete