Wednesday, April 23, 2014

Taman Tergantung Semua Menjadi

 Ini taman tergantung di belakang rumah saya, tapi bukan taman bunga la, cuma taman sayuran dan herba. Ada kucai, cekur, sambung nyawa hijau dan kacang panjang renek.


 Ada 3 pasu kucai, dua di bawah dan satu di atas. Kucai yang bawah ini pemberian rakan seopis, agak kurus lagi. Saya dah bagi baja tahi ayam tapi masih begitu juga. Dihujung sana pula pokok cekur. Beli dekat pasar sayur. Kebetulan terjumpa.


Ini pula pokok kucai yang dibeli kat nurseri. Gemuk. Dah beberapa kali tuai. Buat jemput-jemput udang campur daun sup. Sedap rupanya. Nanti nak buat lagi.
 
Penggantung pasu saya beli di Daiso, harganya lebih murah daripada MrDIY. Rupanya pun lebih comel. Malangnya beberapa kali dah saya ulang melawat Daiso, penggantung ini lansung tak nampak bayang. Dah habis kena borong dengan peminat-peminat taman tergantung agaknya.


************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

 

4 comments:

  1. Salam SM,

    Wow..dah going vertical..nicee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dah. Dlu setingkat. Sekarang betingkek tingkek

      Delete
  2. pokok hidup dimana-mana asalkan bertanah

    ReplyDelete