Tuesday, August 12, 2014

Petani yang disangka Penulis Novel

Sekarang ini aktiviti pertanian saya dah semakin berkurang, saya lebih menumpukan ke arah perniagaan (cheeeewah!!). Jadi tak banyak cerita bertani yang nak saya ceritakan.

Kerja saya setiap hari dari hari ahad hingga rabu adalah mengunjungi pejabat pos. Kadang-kadang saya pergi ke pejabat pos berlainan agar taklah jemu petugas-petugas pos di pejabat pos tertentu bila melihat muka saya setiap hari.

Ramai orang yang tak percaya bila saya kata saya pos pokok. Jadi untuk mengelakkan keraguan dan soalan yang lebih banyak, saya terpaksalah memberitahu yang 'salah' tentang barangan yang saya pos.

Di sebuah pejabat pos yang terkenal dengan perkhidmatan yang lembab tapi paling berdekatan dengan rumah saya, saya ditanya dengan soalan yang paling saya tak suka jawab.

" Apa barang dalam parcel ni?". Saya jawab,"Buku". Dipejabat pos yang laian saya jawab baja. Itu yang kena bagi baja percuma tu.

"Akak pos novel yer" , saya tersenyum sendiri. " Akak penulis novel yer", 'ah sudaaah' kata saya dalam hati.

ni mesti nak novel percuma dengan tandatangan penulis ni.

Cepat-cepat saya jawab TAK.

Saya ceritakan pada kawan kawan-kawan di opis. Ada ker patut diorang kata muka saya ni tak ada tokoh jadi penulis novel  (*sebenarnya dudlu-dulu saya pernah berangan nak jadi penulis novel....hahaha!).

bukan gambar 'penulis novel'








************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?




5 comments:

  1. apa slhnyer petani jd penulis novel... novel psl pokok2 psl bunge2 hehehhe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer betul rose novel pasal pokok2 yg rose dah tanam...apa2 lah yg berkaitan...apa pun cantik la daisy tu

      Delete
  2. Hihi..."bukan gambar penulis Novel" :)

    ReplyDelete
  3. salam kenal. saya baru belajar wt blog dan ada impian nk berkebun cmni jgk bla dh ada umh sdr nt..

    ReplyDelete
  4. baguskan..dari minat and suka2 boleh buat duit hanya dari rumah..good luck =)

    ReplyDelete