Thursday, August 28, 2014

Ulaman dari Tumbuhan Meliar Sekeliling Rumah



Saya memang suka makan ulam walaupun tak bersambal belacan macam orang lain. Semuanya kerana saya tak tahan pedas.
 
Kebelakangan ini saya gemar mengutip bunga dan kacang telang untuk dibuat ulam. Kali ini saya ambil kudup bunga telang kerana selalunya bunga telang yang sudah kembang dipenuhi semut hitam. 
 
Tapi terasa perbezaan rasa antara bunga telang kembang dan yang masih kudup. Tentunya yang telah kembang lebih sedap, lemak dan manis rasanya.
 
Pokok timun tikus yang biasanya paling orang tak suka bila dia mula menjalar disekeliling pagar rumah. Saya pun tak suka sebab ia menyemakkan pandangan mata. Tapi kali ini saya biarkan sahaja. Saya kutip buahnya yang comel dan kecil sebagai ulam.
 
Rasa timun tikus memang lebih kuat berbanding timun biasa walaupun saiznya kecil. Saya suka rasanya. Memang sedap kalau dibuat ulam makan bersama nasi.





 
************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?


 

8 comments:

  1. Kebetulan sama tajuk n3 kita cerita pasal ulam-ulaman...

    ReplyDelete
  2. bestnyer... timun tikus tuh lama tak jumpa, kalu balik kg pun dh jarang dpt jumpa kt tepi2 pokok kelapa sawit... masa kecik2 suke lah mkn...skrg nih btg pokok pun tak jumpa huhuhui... bunga talang tu boleh mkn bt ulam ek... ingat bt pewarna je hehehe...

    ReplyDelete
  3. tak pernah terpikir pula bungatelang tu nak di buat ulam. Bolehlah try ni...

    ReplyDelete
  4. Salam SM,

    Bestnya..saya pulak suka tanam tapi bila nak makan selalu terlupa nak petik..last2 daun yang pucuk pun jadi tua..hahaa..

    ReplyDelete
  5. setakat ni wat sirap jer,,lps ni nak try buat ulam unga telang pulak,,

    ReplyDelete
  6. semuanya menarik..tapi timun tikus tu..pertama kali nampak dan tahu.....kecik sgt tu...bunga tu pun besar kan...

    ReplyDelete
  7. sud@is: kena gi baca blog sud@is ni.
    Dana: bunga telang tusedap rasanya kalau buat ulam, lemak2 manis
    KNormala: Cuba ler, kacang muda dia pun sedap
    Tarique:Kalau bz mmg tak perasan, lagi2 sejak jd peniaga secara live ni kan...hehehe
    cucubulat: jom kita ulam, sedap
    Makcik Anak 3: timin tikus mmg kecik tapi ramai yg kata khasiatnya besar

    ReplyDelete
  8. ooo tk penah plk buat ulam kcg telang muda ni..apa rasa nya ya?

    ReplyDelete