Tuesday, September 30, 2014

Buah Kemunting dah Masak

 Buah kemunting di rumah mak saya dah masak. Tak sia-sia saya beli pokoknya dan suruh mak saya tanam. Sentiasa berbuah lebat tak putus-putus.


 Saya suka rasanya yang manis. Kenkadang ada rasa lemak juga. Memang best.


 Buahnya masak berperingkat. nasib baik burung-burung kat kawasan rumah mak saya tak tau lagi kelazatan buah kemunting. Kalau tidak dapat tengok jer la.


Sementara ada buah yang masak dan masih lagi ada yang muda, pokok kemunting telah mula mengeluarkan kudup-kudup bunga yang baru bagi menjamin bekalan buah yang berterusan kepada tuan yang menanamnya...hehehe.
 
 
 
 
************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?





Thursday, September 25, 2014

Tawaran Pakej Aidiladha



10 peket biji benih cuma RM20 termasuk kos Poslaju.


Senarai benih dlm pakej ini adalah:

1. Daun Sup

2. Pak Choy

3. Bendi Arab

4. Kundur

5. Peria

6. Lobak Putih

7. Bendi

8. Ulam Raja

9. Labu Air

10. Bayam Bulat






atau
 hantar mesej di FB Semua Menjadi untuk memesan pakej ini.


Wednesday, September 17, 2014

Anggur dalam Pasu




Perlu diingatkan ini bukan pokok anggur yang saya tanam. Gambar ini saya ambil dari sebuah nursery yang biasa saya pergi. terpegun sungguh saya tengok pokok anggur ini yang ditanam dalam pasu plastik sederhana besar. Pada mulanya saya ingat anggur hijau.
 
Janganlah ditanya pada saya jenisnya sebab saya memang tak tahu ia jenis apa. Belum sempat mendalami lagi ilmu tentang pohon anggur. Mungkin satu masa nanti saya akan luangkan masa belajar mendalam lagi tentang jenis-jenis anggur.



Dua minggu kemudian saya pergi lagi ke nursery tersebut dan saya dapati buah anggur telah bertukar warna. Comei sungguh. Tertawan rasanya melihat rupa buah anggur ini. Namun saya tak beli juga sebab harganya pada saya terlampau mahal RM168 walaupun toke nursery kata nak bagi murah sikit dengan saya sebab pelanggan tetap.
 
Dapat tangkap gambar pun jadilah.




************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?



 

Friday, September 5, 2014

Penawar Gastrik


Masih mencari-cari penawar gastrik. Apa kata cuba kunyah dan makan daun pokok ini. Rasanya banyak tumbuh meliar di sekitar belukar dan di kampung-kampung.




************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?



 

Thursday, September 4, 2014

baja apa Mak kau pakai?

Apa keheinya gambar ni. Tak boleh dipusing. Dah beberapa kali edit tapi dia degil jugak.
Tapi meriahkan bunga akar dani mak saya ni. Anak pokoknya saya beli dan bajanya pun saya subsidikan pada mak saya.

 
 Dulu pokok ini hidup segan mati tak mahu. Sekarang ini terlebih rimbun, bunga pun meriah dek non. Sampai pokok ulan pun tumpang sekaki.



 Pokok bunga kertas kegemaran mak saya forever ni semakin cantik berseri tak putus-putus berbunga. Menjadi perhatian jiran tetanggga, risik-risik nak tau mak saya pakai baja apa. Siap nak beli lagi bajanya.


 Tengok batang pokok ros jepun mak saya ini.Cuba teka keratannya dapat dari mana? Bila datang rumah saya tentulah mak saya cilok dari pasu-pasu saya.
Eh! Bukan cilok. mak saya minta baik-baik dengan saya.



 Saya belikan mak saya 2 pasu hoya. Sepasu sangat rajin berbunga. Sepasu lagi sangat rajin berdaun. Setelah disuap baja merahitam, kedua-dua pasu meriah berbunga.
Hari-hari jiran tanya bunga apa yang pelik tapi cantik ni? Mak saya macam biasa, salah sebut, 'Boya', salahlah mak....HOYA...HOYA!



Cantikkan dedaun ni, macam baldu kalau salah tengok. Yang ini pun mak saya bantai pakai baja merahitam. Nampak subur dan segar.
 
Masa hari raya bebaru ini tetamu yang datang semuanya memuji kesuburan dan kecantikan bunga-bunga tanaman mak saya. Dan tak kurang juga yang mengecek minta keratan batang dan benih-benih bunga yang mak saya tanam.
Mak  saya merasa sungguh bangga dan memaksa saya meneruskan subsidi baja merahitam kepadanya.
 
Begitulah cerita 'Baja apa mak kau pakai'. Sekian, terima kasih.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?


 

Tuesday, September 2, 2014

ulang tahun kelahiran saya

Mana buleh tak ada entri pada hari ini pada ulangtahun kelahiran saya yang ke semilan belas ( in my dreamssssss)




************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?