Apa keheinya gambar ni. Tak boleh dipusing. Dah beberapa kali edit tapi dia degil jugak.
Tapi meriahkan bunga akar dani mak saya ni. Anak pokoknya saya beli dan bajanya pun saya subsidikan pada mak saya.
Dulu pokok ini hidup segan mati tak mahu. Sekarang ini terlebih rimbun, bunga pun meriah dek non. Sampai pokok ulan pun tumpang sekaki.
Pokok bunga kertas kegemaran mak saya forever ni semakin cantik berseri tak putus-putus berbunga. Menjadi perhatian jiran tetanggga, risik-risik nak tau mak saya pakai baja apa. Siap nak beli lagi bajanya.
Tengok batang pokok ros jepun mak saya ini.Cuba teka keratannya dapat dari mana? Bila datang rumah saya tentulah mak saya cilok dari pasu-pasu saya.
Eh! Bukan cilok. mak saya minta baik-baik dengan saya.
Saya belikan mak saya 2 pasu hoya. Sepasu sangat rajin berbunga. Sepasu lagi sangat rajin berdaun. Setelah disuap baja merahitam, kedua-dua pasu meriah berbunga.
Hari-hari jiran tanya bunga apa yang pelik tapi cantik ni? Mak saya macam biasa, salah sebut, 'Boya', salahlah mak....HOYA...HOYA!
Cantikkan dedaun ni, macam baldu kalau salah tengok. Yang ini pun mak saya bantai pakai baja merahitam. Nampak subur dan segar.
Masa hari raya bebaru ini tetamu yang datang semuanya memuji kesuburan dan kecantikan bunga-bunga tanaman mak saya. Dan tak kurang juga yang mengecek minta keratan batang dan benih-benih bunga yang mak saya tanam.
Mak saya merasa sungguh bangga dan memaksa saya meneruskan subsidi baja merahitam kepadanya.
Begitulah cerita 'Baja apa mak kau pakai'. Sekian, terima kasih.
************************************************************************
Nak dapatkan biji benih tanaman?
Sila ke SENARAI BIJI BENIH
Nak dapatkan anak pokok?
Sila ke SENARAI POKOK
Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
Sila ke KERATAN BATANG TANAMAN
power ler baja merahitam tu..semua cantik dan segar2 belaka..
ReplyDeletemana nak cari baja merahitam ni? sha nak gak...nak bagi kat mak yg rajin tanam pokok
ReplyDeleteSuperpower baja merahitam, semuanya menjadi, gebu2 bunganya...
ReplyDeleteuntung lah kan.... takkan nk mintak mak bayar... heheheh
ReplyDeleteKNani: yer mmg power, sehingga mak sya suh beli selalu...huhuhu
ReplyDeleteUmma Sharifah: boleh email saya emuamenjadi@gmail.com atau lawat blog jualansm.blogspot.com
sud@is: power ranger...hahaha
Dana: betoi2, tak sampai ati
Memang marvelous baja hitamerah kakak ni! Terbaik!!!
ReplyDeletethank you smRose...t sha email ya.
ReplyDeleteSaya berminat dengan pokok HOYA.
ReplyDeleteDi mana boleh dapat beli benihnya........?????
Saya berminat dengan pokok HOYA.
ReplyDeleteDi mana boleh dapat beli benihnya........?????