Wednesday, December 3, 2014

'Other' inbox

Aaaaachum!
Sampai terbersin saya, banyak beno habuk kat blog ini, lama sangat tak menulis.
 
Alhamdulillah banyak berita baik yang saya terima sepanjang tak menulis ini. Rezeki pun bertambah murah, terima kasih pada kawan-kawan, pelanggan-pelanggan dan pembaca senyap blog saya ini. Terima kasih tak terhingga atas doa kalian untuk saya sekiranya ada.
 
Baru-baru ni saya dah cerita kat FB pasal saya dapat semula harta saya yang hilang sebenarnya lebih dari 2 tahun dan nilainya  mencecah puluhan ribu ringgit Malaysia.
 
Saya tak terus mencarinya kerana ada berlaku suatu dugaan besar dalam hidup saya pada ketika itu, seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Saya hanya  mampu berdoa dan berharap agar saya menemui semula 'harta' tersebut. Dalam doa tersebut saya mohon dilembutkan hati orang yang mengambilnya untuk pulangkan semula pada saya. Walaupun saya tahu pekara itu hampir mustahil berlaku.
 
Saya tak pernah buat laporan polis walaupun didesak beberapa kali oleh kawan saya dan juga orang lain. Tapi saya pernah minta bantuan saudara untuk mencarinya tapi saya kecewa dengan jawapan yang diberi.
 
Baru-baru ini terdetik di hati saya untuk buka Fb lama saya dan cek inbox. Saya terpandang 'other' inbox, mungkin ada sesiapa yang meninggalkan mesej penting di sana. Ada banyak mesej  tapi saya jumpa satu mesej yang dimulakan dengan 'Selamat hari Raya'.
 
Daripada mesej tersebut akhirnya menemukan saya dengan 'harta' yang telah lama saya cari. Sungguh mulia hati si pemberi mesej tersebut, takkan saya lupakan jasanya hingga akhir hayat. Juga jasa adik saya dan suaminya yang banyak membantu saya berurusan bagi mendapatkan 'harta' itu semula.
 
Jangan anda pandang negatif sahaja pada kewujudan FB, sekali-sekala periksalah 'other' inbox anda. Mugkin ada sesuatu yang menunggu anda di sana.
 
Bagi yang masih tak tau di mana other inbox anda sila lihat contoh di bawah:
 



*Alhamdulillah doa saya dimakbulkan



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?







3 comments:

  1. Salam Rose,

    Mak Aji baru check Other tu tapi takdelah apa2 yang termiss kecuali satu pertanyaan pasal tempahan kek yang Mak Aji buat pada tahun 2012 lagi, he he! Kalau pasal harta puluhan ribu lagilah takde!

    ReplyDelete
    Replies
    1. arini mungkin belum jumpa lagi mak aji, mana tau lain kali, doa org terinaya kan makbul

      Delete
  2. Syukur alhamdulillah kembali semula hak tuan punya.

    ReplyDelete