Tuesday, December 30, 2014

Punca Obesiti Gemuk Dari Lemak Atau Gula?


ANDA WAJIB TAHU.....

Punca Obesiti Gemuk Dari Lemak Atau Gula? Dimana Rasionalnya
Saya nak berkongsi satu kajian yang menarik dari luar negara tentang punca obesiti atau gemuk. Ia diterbitkan oleh Akhbar Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Bulan Apr 2013. Menurutnya, pakar kesihatan kini membuat kesimpulan bahawa nasihat “lemak adalah buruk” pada tahun 80an tidak membantu menurunkan berat badan. Patutlah ramai masih gemuk walaupun telah bersenam dan mengurangkan makanan berlemak. Kerana ada sebab lain yang merupakan punca kepada obesiti atau gemuk.
Antara puncanya ialah   kerana tubuh mampu menukar gula pada lemak badan. Apabila kandungan gula dalam badan berlebihan, badan kita akan menghasilkan lebih banyak hormon insulin. Tujuan utama insulin ialah menyingkirkan gula supaya kandungan gula dalam darah menjadi stabil. Tetapi sebenarnya insulin menyingkirkan gula dengan cara menukarkan gula kepada lemak pada badan kita. Inilah punca kenapa anda masih gemuk atau obesiti walaupun telah mengurangkan makanan berlemak.
Satu lagi kajian menunjukkan tubuh badan akan membakar gula terlebih dahulu daripada lemak. Selagi badan masih ada kandungan gula ia akan membakar GULA dan tidak membakar lemak. Malangnya keupayaan tubuh untuk membakar adalah rendah. GULA yang tidak sempat dibakar akan ditukarkan kepada lemak. Dengan kata lain, walaupun anda kuat bersenam, tubuh tetap tidak membakar lemak tetapi membakar GULA terlebih dahulu.
Sekiranya anda telah berusaha mengurangkan lemak dan bersenam tetapi masih lagi gemuk. Maka GULA adalah punca obesiti atau gemuk yang anda alami. Amat bijak anda mengurangkan makanan dan minuman yang manis untuk kesihatan tubuh badan anda.
Penyelesaianya guna STEVIA sebagai pengganti gula dlm masakan & minuman dlm seharian.


* sumber daripada WhatsApp  group RCC2U







************************************************************************
Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman? 
WhatsApp 017 455 95 36


Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?



2 comments: