Tuesday, April 28, 2015

Stoberi dan Cameron Highland

 Tempat yang paling saya suka pergi bercuti  tentulah Cameron Highland. Sebab apa? sebab dekat jer dengan rumah saya. Perjalanan ambil masa satu jam sahaja. Sejuk? Kadang-kadang jer sejuk. Selain itu apa yang menarik? Ada banyak benda yang boleh dibeli terutamanya buah-buahan dan sayuran.


 Buah yang saya suka beli tentulah stoberi. Makan segar kurang sikit, tapi selalunya buat jem. Makan jem, kadang-kadang jer. Tapi memang suka beli nak buat camner?


Jem saya warna gelap sikit sebab saya guna gula perang. Gula perang sahaja yang ada kat rumah, nak buat teh campur gula perang tak sedap, jadi saya buat jem sajalah.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Monday, April 27, 2015

Kebun-kebun jugak, Masak Pun Best juga

 Asam Pedas untuk saya, dia, mereka dan kita


Cendawan eryngii goreng kunyit

 Masak lemak putih udang galah dan lobak putih

 Nasik Maqluba



 Shepherd's Pie








************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Thursday, April 16, 2015

Pokok Kumquat di depan Rumah Saya

Inilah buah kumquat yang dipetik segar dari  halaman rumah saya. Rasanya manis terutama bahagian kulitnya. Tapi buah kumquat ini tak ada biji. Tak sama macam yang biasa saya beli di pasaraya, buahnya berbiji. 

Bagi yang tak biasa dengan buah ini, keseluruhan buahnya boleh dimakan terutama bahagian kulitnya. Rasanya manis bila masak ranum seperti dalam gambar.



 Buahnya lebat sungguh. Malah banyak yang jatuh ke tanah kerana tak sempat dikutip. Buahnya semakin lebat dari hari kehari. Saya guna baja merahitam sahaja untuk pokok limau ini. Pokok anggur, ceri barbados saya pun guna baja ini. Nampak perkembangan positif pada pokok dan buah menjadi semakin lebat. 



Pucuk-pucuk baru dan putik buah juga semakin banyak yang keluar. Pokok ini saya beli dari nursery selepas tahun baru cina. Jadi dapat banyak diskaun. Kalau harga asal pokok ini berserta pasu sebelum tahun baru cina harganya RM60 untuk pokok berumur satu tahun. Manakala untuk pokok yang lebih besar berumur tiga tahun, harganya sekitar RM300. Sah untuk tahun 2015 sahaja tanpa GST (sebab beli sebelum 1 April).

Sesiapa yang teringin nak beli kena tunggu cny tahun depan la nampaknya.





************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Tuesday, April 14, 2015

Baju Berkebun Semua Menjadi untuk diJual


(saiz XL sahaja)

Sehelai cuma RM14. Poslaju RM6.
 Boleh pesan biji benih sekaligus tanpa tambahan wang pos.

Monday, April 13, 2015

Melada Pahit Depan Rumah


Ini adalah pokok dan buah melada pahit yang saya tumbuh membesar di hadapan rumah saya. Pada mulanya ia adalah anak pokok yang saya simpan untuk jualan. Tak sangka bila berjumpa tanah akarnya cepat merebak keluar daripada pasu plastik kecil asal di mana ia disemai.

Cepat sungguh tumbesaran pokok melada pahit dalam masa setahun lebih kurang pokoknya telah mula mengeluarkan buah. sayang pulak nak tebang. Pokoknya senget kerana kedudukan akarnya yang tak seimbang keluar dari pasu plastik kecil tersebut.

Nampaknya semakin banyak anak pokok melada pahit yang tumbuh disekitar perdu pokok asal ini. Rasanya ia tumbuh melalui akar pokok. Maknanya pokok melada pahit ini bukan sahaja boleh disemai dengan menggunakan biji benih sahaja, malah anak pokoknya tumbuh sendiri macam pokok kari.





'Melada pahit atau dikenali juga dengan nama embalau padang, kusum, mempahit dan lada pahit sudah digunakan secara tradisional untuk mengawal dan membantu merawat penyakit kerana kandungan anti oksidan yang sangat tinggi.

Tumbuhan ini mencapai kematangan dan berbunga apabila ketinggian satu meter dan ia boleh menjangkau tujuh meter. Tumbuhan ini juga dikenal pasti mempunyai bahan aktif alkaloid iaitu sebatian yang mengandungi nitrogen yang tiada bau dan rasa. 

Semua bahagian pokok ini berasa pahit terutama biji dan akarnya. Bijinya mempunyai 50 peratus minyak tetap, manakala isi biji mengandungi yatanin dan yatanosid. Selain itu, kandungan lain ialah brucamarin, brusealin, brutasol, bruseantin, bruseajavanin, glukosa dan kosamin.

Daunnya pula dikatakan mempunyai khasiat sebagai ubat pupuk untuk merawat bisul, sengatan lipan, kulit kasar dan gatal-gatal disebabkan oleh parasit dan kurap. Bijinya pula berfungsi untuk membantu merawat buasir, masalah penghadaman, darah tinggi, kencing manis, gaut, kolesterol dalam badan dan mencairkan darah.' 

Kopipes dari sini http://www2.hmetro.com.my/articles/Kopiekstrakmeladapahit/Article





************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?


Friday, April 3, 2015

Terima Kasih!!!



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?




Wednesday, April 1, 2015

Ginseng Jawa Akar Som Kolah


Pokok akar som atau ginseng jawa yang ditanam dlm pasu kolah saya. 

Ia mudah membiak melalui keratan batang ataupun biji benih. Kajian yang dilakukan mendapati kandungan kimianya hampir sama dengan ginseng korea dan ginseng cina. Jadi khasiatnya pun hampir sama dengan ginseng-ginseng tersebut.



Daunnya boleh dibuat ulam mentah ataupun dimasak sebagai sayur. Ianya juga dikatakan dapat menambah selera makan dan menambah kecergasan tubuh badan. 



Juga ia dikatakan dapat melancarkan pengaliran susu ibu. Disamping itu ia juga digunakan untuk merawat bisul. Caranya ialah dengan menghancurkan daun, kemudian dicampur dengan sedikit gula merah lalu ditampal di bahagian yang terkena bisul tersebut. 



Akarnya pula boleh meredakan masalah melibatkan paru-paru seperti batuk dan asma.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?




Pakej ISTIMEWA APRIL 2015

Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman? 
WhatsApp 017 455 95 36

RM50 sahaja untuk 22 peket biji benih terpilih seperti di bawah:

22 peket benih dengan nilai RM44 dan 
Kos Poslaju RM6
PERCUMA SEHELAI T-SHIRT UTK BERKEBUN (saiz XL)

  
  1. Brokoli
  2. Leek
  3. Parsley
  4. Saw Leaf/Tong Hao
  5. Bayam Ungu Merah

  6. Bayam Merah
  7. Bayam Hijau Bulat
  8. Bayam Hijau Panjang
  9. Bendi
10. Cili Batik

11. Kacang Buncis
12. Kailan
13. Kangkung
14. Maman
15. Sawi Bunga
16. Sawi Hijau
17. Pak Choy
18. Selasih
19. Bunga Telang
20. Terung Mini
21. Roselle
22. Lobak Putih



Hantar msg di fb atau email semuamenjadi@gmail.com untuk mendapatkan pakej ini.