Thursday, April 16, 2015

Pokok Kumquat di depan Rumah Saya

Inilah buah kumquat yang dipetik segar dari  halaman rumah saya. Rasanya manis terutama bahagian kulitnya. Tapi buah kumquat ini tak ada biji. Tak sama macam yang biasa saya beli di pasaraya, buahnya berbiji. 

Bagi yang tak biasa dengan buah ini, keseluruhan buahnya boleh dimakan terutama bahagian kulitnya. Rasanya manis bila masak ranum seperti dalam gambar.



 Buahnya lebat sungguh. Malah banyak yang jatuh ke tanah kerana tak sempat dikutip. Buahnya semakin lebat dari hari kehari. Saya guna baja merahitam sahaja untuk pokok limau ini. Pokok anggur, ceri barbados saya pun guna baja ini. Nampak perkembangan positif pada pokok dan buah menjadi semakin lebat. 



Pucuk-pucuk baru dan putik buah juga semakin banyak yang keluar. Pokok ini saya beli dari nursery selepas tahun baru cina. Jadi dapat banyak diskaun. Kalau harga asal pokok ini berserta pasu sebelum tahun baru cina harganya RM60 untuk pokok berumur satu tahun. Manakala untuk pokok yang lebih besar berumur tiga tahun, harganya sekitar RM300. Sah untuk tahun 2015 sahaja tanpa GST (sebab beli sebelum 1 April).

Sesiapa yang teringin nak beli kena tunggu cny tahun depan la nampaknya.





************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

4 comments:

  1. Mana nak dapat Baja merahitam tu ye?

    ReplyDelete
  2. waaaaaaaaaa selalu biasa nmpak jual tp ingatkan cmane lah nk mkn buah ni... rupenyer bedal jelah ek... mcm best je nih...

    ReplyDelete
  3. Kasih: untuk dapatkan Baja merahitam, boleh email saya semuamenjadi@gmail.com
    Dana: Best Dana, jom tanam n makan

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum limau kumquat yang mcm nie ada jual di mana? macam teringi aje nak tanam

    ReplyDelete