Saturday, May 23, 2015

Kisah Saya Sebagai Pelanggan Biz Online

Saya dah lama deal dengan seorang peniaga ini untuk beli barangannya. Saya sebenarnya dah malas nak teruskan order tapi atas sebab tertentu saya teruskan juga. Walaupun  saya dah jangka akan ada masalah yang timbul dari urusniaga ini.
Order yang dibuat awal tapi atas sebab masalah logistik dan perlbagai lagi akhirnya terpaksa dilewatkan. Saya rasa peniaga ini kurang pengalaman.
Tibalah hari yang dijanjikan. barang yang dipesan tersebut beratnya lebih daripada 20kg. Peniaga memilih untuk hantar dengan bas sebab nak jimatkan kos. Urusan berjalan lancar dengan pihak bas, semua details mengenai bas dan pemandunya diberi dan waktu tiba juga sudah dijangka.
Lagi sejam bas nak sampai saya tepon driver bas, katanya masih jauh lagi. Dan yang paling mengejutkan katanya bas tak masuk ke destinasi yang dijanjikan. Bengang sungguh saya. Tapi atas sebab kesopanan pemandu bas berbangsa india itu bercakap di telefon saya tak jadi nak marah. Dia jelaskan berlaku kekeliruan di kaunter bas.
Saya hubungi semula pengantara peniaga yang menghantar barang. Orangnya agak berumur daripada suara yang saya dengar di telefon, saya rasa kesian pula dengan dia. Bersungguh-sungguh dia minta maaf. Tak sampai hati rasanya nak marah orang tua. Dia janji pekara macam ini takkan berulang lagi.
Saya pun buat kerja kat opis sambil tunggu masa untuk pulang kerja. Tiba-tiba pemandu bas telefon katanya dah nak sampai ke destinasi yang dijanjikan. Mesti dia bawak bas laju ni. Saya terpaksa keluar segera daripada opis dan menunuju ke destinasi yang dijanjikan dalam kesesakan lalulintas pukul lima waktu semua orang balik kerja dan mungkin juga ada yang balik kampung.
Dalam perjalanan, driver bas call lagi. Patutnya kami jumpa kat tol. Saya pula baru nak masuk highway. Nasib la driver bas ni berhemah. Saya pun berhemah juga.....hahaha!. Cakap dengan hormat.
Driver bas tukar tempat pertemuan. Saya pun drive laju-laju sampai ke destinasi. Sampai sahaja saya minta maaf ker patutnya driver patut minta maaf sebab salah destinasi. Tak kisahlah. Asalkan tak bertekak dan urusan selesai.
Saya pun ambil barang yang diletak dalam 2 kotak. Kotaknya basah. Bila angkat koyak la pulak. Aduhai! dugaan sungguh. Barang jatuh berterabur. Terpaksa pula kutip satu-satu. Ambil beg dan masukkan dalam beg. Adoi! Kena pasir lagi.  
Saya pun drive balik ke rumah saya. Terpaksa cuci yang dah kena pasir. Waktu tu pulak hujan. Apa la pulak rahmatnya yang saya akan dapat selepas menerima banyak dugaan ni yer.
Nasib baikla saya ni positif orangnya. Kalau ikutkan hati awal-awal lagi saya nak suruh driver bas agih-agihkan sahaja barang-barang tu kat penumpang dalam bas. Senang cerita.


************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?


2 comments: