Friday, June 19, 2015

Pokok Tin ku yang Pertama

Akhirnya hasrat saya untuk memiliki pokok tin tercapai juga. Dalam masa dua tahun saya perhatikan dengan cemburu pokok tin orang lain. Rasa sangat teringin nak beli. Tapi masih tak jumpa penjual yang saya minati.

Nak beli secara online rasa macam tak berani kerana beberapa kali saya dapat pokok yang mati dan tak sihat, sedangkan saya sendiri pun ada jual pokok... kikiki.

Seller pun ramai sebenarnya dekat-dekat kawasan saya tapi masih tak berkesempatan pergi ke tempat tersebut. Saya pendamkan dulu hasrat saya untuk memiliki pokok tin. Kata orang sabar itu ada ganjarannya.



Suatu hari saya pergi ke neseri yang biasa saya kunjungi tapi rasanya dah 2 ke 3 tiga minggu saya tak menjenguk kesana. Tiba-tiba saya ternampak 4 pasu pokok yang saya kenali daunnya. Gambar seperti di atas. Selalu saya tengok orang jual pokoknya kecil dan pendek sahaja. Tapi kali ini saya jumpa pokok yang agak tinggi, dalam 3 ke 4 kaki.  Tapi malangnya memang tak tau jenis apa. Tak ada tagging.

Harga yang ditawarkan adalah RM200. Saya memang kurang fasih pasal harga pokok tin ni. Jadi saya tanya kawan-kawan di fb. Kata mereka harga yang ditawarkan memang berpatutan kerana pokok telah besar dan stabil. Ada yang menyatakan harganya di pasaran biasanya RM350. Tapi sebab tau tau jenis mungkinlah jadi murah.

Toke neseri cakap sebenarnya pokok ni sampai banyak dari Thailand. Malah ada yang dah berbuah. Cuma saya datang lewat, jadi sudah dirembat orang lain lah.




Mula-mula saya ingat nak beli satu pokok tapi rasa macam rugi pula. Jadi saya pilih 2 pokok. 

Pergi tengok pokok 10 hb Jun
Tengok lagi sekali dengan dengan geng dan pilih 2 pokok yang berkenan, bayar duit 11 Jun
Hari Sabtu 14 Jun baru bawa balik rumah sambil memikirkan nak letak kat mana... hahaha!




Saya letakkan sementara kat rak pokok anggur sebelum jumpa tempatnya sendiri. memang tak dapat nak bagi cajhaya matahari sepenuhnya buat masa ini. Tunggulah yer akan diusahakan nanti. 



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

2 comments:

  1. waaaaa.... bestnyer.... katanye kecik2 pun dh blh berbuah kan... nnti dh berbuah jgn lupe share

    ReplyDelete
  2. As salam & salam kenal

    Harga pokok tin sangat berbaloi, sebab daunnya boleh di buat daun teh, buahnya berkhasiat, getahnya pun ada kegunaan, akar dia jenis serabut, ikut bekas, tidak menjalar, boleh saja di tanam dalam pasu. Sangat2 berbaloi kalau kita ada pokok tin ni. Buah dari syurga sangat istimewa, hingga Allah bersumpah dalam Surah At tin....


    Saya pun ada beli sepokok. Jenis Eropah, belum berbuah lagi.

    ReplyDelete