Tuesday, August 11, 2015

Buah Bidara Ori



Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak buang saudara
Kerana kasih hamba turutkan

Dulu-dulu selalu dengar sahaja pantun ini tapi tak dapat membayangkan rupa buahnya. Tapi kali ini saya dah lihat rupa buah bidara yang asli bukan buah bidara kacukan yang dipanggil apple vietnam.

Saya ingatkan pokok bidara di rumah mak abah saya tak berbuah tapi abah saya kata sebenarnya berbuah dan buahnya kecil sangat, hanya sebesar buah ceri kampung.

Sejarahnya pokok bidara ini tumbuh dari pokok penanti apel vietnam yang saya beli. Pokok apelnya mati yang hidup subur membesar bagai raksasa cuma pokok bidara yang berduri.

Buah yang di dalam gambar ini belum masak, tapi saya cuba makan juga. Rasanya memang ada iras-iras apel vietnam tapi isinya senipis kulit bawang 95% peratus buah yang dilihat itu sebenarnya terdiri daripada bijinya sahaja. Daun bidara memang banyak khasiatnya tapi biji buah bidara tak taulah ada khasiat ker tidak.

Apapun buah bidara ini cantik tergantung didahan-dahan pokok bidara kelihatannya menggiurkan tapi bila dimakan ramai yang kecewa.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?



4 comments:

  1. naper tak amik gambar pokok sekali... nk tgk dia bergantungan kt pokok... selalu dgr kt pantun je kan

    ReplyDelete
  2. sukar nak amik gambo kat pokok, byk duri

    ReplyDelete
  3. Berminat nak beli anak pokok buah bidara ni... Macam mana?

    ReplyDelete
  4. Saya juga berminat utk dapatkan pokok ini. Bagaimana ya.

    ReplyDelete