Monday, November 9, 2015

Kimchi ala Semua Menjadi

Saya suka sungguh makan kimchi. Mula-mula rasa masa buffet kat hotel. Lepas tu terus jatuh cinta pada kimchi. Masa tu saya makan dimsum cicah kimchi. Sedap sangat.

Selalunya saya beli kimchi dalam botol kat pasaraya. Harganya sekitar RM17 dengan berat 450g. Agak mahal juga pada saya ni.

 Tapi sebab malas nak buat terpaksa la beli sahaja. Kadang-kadang saya makan saja kimchi sambil tengok TV. kadang0kadang makan dengan mihun sup. Kadang-kadang juga buat stimbot kuah kimchi.

Tiba-tiba saya rasa nak buat sendiri pula, jadi saya cari video kat youtube. Jumpa banyak video tapi saya pilih yang paling ringkas dan mudah.

Saya tak ikut semua langkah-langkahnya. Ikut sesuka hati saya buat, lagipun saya yang nak makan. Dibawah ini cara saya buat kimchi ala-ala Semua Menjadi.

 
Saya beli kobis cina harga RM3. Pastu saya potong-potong dan basuh bersih. Kemudia saya sediakan garam dalam segenggam kemudian campur dengan sedikit air sehingga jadi pes. Kemudian saya lumurkan  kobis dengan garam. Biarkan dlm 1 jam atau hingga kobis layu. Pastu basuh kobis dgn air 3 kali.Tuskan.




Sediakan air panas. Masukkan serbuk cili hingga jadi paste.
Pastu potong daun bawang dan carrot. Campurkan paste cili dgn daun bwg dan carrot beserta dgn sos ikan dan campur jugak bwg putih hancur. (Sukatan agak2)





Pastu lumurkan campuran paste cili carrot daun bwg ke kobis tadi.Biar sebati. Pastu boleh simpan dlm bekas bertutup. Letak dlm petiais.

Resepi Kuah Stimbot Kimchi ala Semua Menjadi

Ayam dan tulangnya dlm 300g
Cendawan tiram 200g
Kiub ayam
Kimchi 200g
Air. Garam secukup rasa.

Caranya: Masuk air dlm periuk. Masukkan ayam dan cendawan. Biar mendidih. Pastu masukkan kiub dan garam. Selepas itu boleh masuk kimchi . Biar mendidih. Pastu dah boleh start masukkan pekakas2 stimbot cam udang, bebola. Ketam. Sayur. Fucuk. Taufu pok. Dan lain-lain lagi. 

Sila nikmati stimbot kimchi anda sambil doakan saya bahagia dunia dan akhirat

4 comments: