Thursday, January 28, 2016

Keratan Batang Anggur Isabela


Keratan btg anggur jenis Isabela 
Buah Muda Hijau, Buah Matang Merah/Ungu



Pakej: 3 batang RM10. Kos Pos RM7. Serbuk penggalak akar RM3. 
Total RM20 untuk Semenanjung
Dibuka untuk tempahan berbayar.
Akan di pos pada 2 Febuari 2016


Sila hantar personal message kepada FB SmRose SemuaMenjadi atau hantar email kepada semuamenjadi@gmail.com

Friday, January 15, 2016

Buah Tin Ku Tersenyum Riang

Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman? 
WhatsApp 017 455 95 36



Ini buah tin saya yang tersenyum riang kerana cuaca panas sangat.


Cerita buah tin saya: saya ada tanam beberapa pokok tin. Berberapa pokok telah berbuah. Salah satunya saya hantar ke rumah abah saya. Ada sepokok di rumah saya yang buahnya tiga cuma. Saya balut 2. Satu tak balut. Pada suatu hari tidak seperti kebiasaannya saya balik ke rumah waktu tghari. Cuma hari tu jer sy tk balik. Sy dapati buah tin saya yg belum matang dan tak berbalut dah hilang. Siapa punya angkara. Saya pun tak tahu. Satu biji lagi busuk mereput ditepi pasu. Tinggallah situnggal tersenyum riang. Terpaksa dipetik awal kerana semut dah mula menghurung. Jadilah ia lunch saya tengahari ini. Lemak manis rasanya. Sekian. Wassalamun.

Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman? 
WhatsApp 017 455 95 36

Tuesday, January 12, 2016

Status FB dan Saya



Hari ni rasa bosan, lagi pun dah lama dah hapdet blog kan rasa rindu pulak, lagipun duit Nuffnang dah boleh cash-out dah tu. Teruja nak mengembungkan semula tabungan.




Kebelakangan ni blog semakin dilupakan sejak asyik berfb cam dulu-dulu.Meh saya hadpdet blog guna status fb saya.




Yang ni dpt 75 likes, jadi la untuk saya yang tak berapa nak glemer ni.




Dapat rezeki terpijak (ker dugaan). Jln2 pastu singgah stesen minyak. Pi bli air mineral. Balik semula ke kete. Tgk kt screen pump. Klua ikon suh isi minyak. Sy tak bayar pun lg. Kad credit pun tk cucuk lg. Isi penuh dpt la dlm rm80 kot..... hahaha. Manyak jahat wooo... tapi sy tk buat. Angkat pump letak balik. Insert payment card. Insert reward card. Isi minyak. Tak kemana klo ambil yg bukan hak kita. Last2 nanti duit kita lg byk hilang drp yg kita ambil tu. Pengajaran harini. Jgn tamak. Org tamak selalu rugi. Berganda-ganda.




Yang ni saya dapat tau benda yang saya tak tau.




Nak renew paspot kena bawak paspot lama ker??? Paspot lama dah ilang tah kemana maleh nk carik. Nk buat camner ni?




Tak payah bawak passport lama yer.




Yang ni versi berdebar jantungku.




Tengah aku bawak kete sambil mengelamun dan tersenyum(terkenang sms semalam). Tiba-tiba dari kejauhan ku lihat bapak polisi berbaju putih sedang menjalankan tugas. Dah ler aku belum sempat pkai tali pinggang keledar lagi... (kununnya). Aku pun segera tersedar dari lamunan dan terus bagi signal masuk ke sebuah bengkel. Cuba sembang dgn toke, malangnya dia buat isyarat dia oku pendengaran. Aku pun pusing stereng patah ikut jln lain sambil pasang tali pinggang keledar. Pengajaran hari ni, kita mesti bertindak pantas bila ada kecemasan.... hahaha! Dan yg paling penting jgn mengelamun sewaktu memandu.




Yang ni versi sesungguhnya aku percaya




Bila murid tahun satu berbicara: cara nak pilih durian yg baik adalah warnanya hijau dan duri duri durian warna merah. Aku pun rasa pelik. Tanya kat mana dia tau/ belajar?. Katanya kat citer upin ipin. Buat penat jer aku pecaya....huhuhu!




Yang ni versi dengki iri hati




Kelakar la tengok perangai kwn sepengajian dulu2 yg jelez kt kita. Masing2 dah ada kerjaya yg baik. Malah 'dia' byk lebihnya dari saya. Tapi tk jemu2 men'jeles'. Bersyukur jer la dengan apa yang kita ada. Jangan asik pandang ufo kt langit. Sesekali pandang juga jin dlm tanah.




Yang versi buruk sangka




Pi pejabat pos. Masa nk balik ada satu kereta mahal parking belakang kete murah saya. Dah la kws sempit rapat ke pagar. Ada sorang pakcik bergaya sedang berbual melalui hp. Bila tgk sy terkial kial nk keluar parking, dia pun bangun berdiri di tepi kete tersebut. Hati sy mula kata mesti pakcik ni punya kete. Mulut mula nk keluar perkataan tk elok. Pastu saya bukak tingkap kete. Tanya sapa punya kete. Dia kata tak tau. Rupa2nya dia berdiri sebab nak tolong saya keluar parking. Mulia sungguh hati pakcik bergaya. Dan dan saya nampak dia hensem. Nasib tak mintak no telefon. Sy cuma sempat ckp terima kasih tiga kali kat dia. Pengajarannya: jgn cepat berburuk sangka dengan orang. (Tapi tak tau la kalau pakcik tu malu nk ngaku kete tu kete dia... hahaha).




Yang ni pulak versi berhati-hati dijalan raya dan sayangilah keluarga anda




Balik keje lewat arini sbb ujan lebat sgt. Masa nk masuk simpang ke rumah sy bg signal, sblm masuk sy tgk cermin belakang. Nampak satu pasangan muda dgn sorang anak naik moto ikut rapat dgn bontot kete. Muka tak pandang kedepan, tgh besembang laki bini sambil tunjuk2 kt apa sy pun tak tau. Kalau sy masuk simpang tu berkemungkinan besar ketiga tiganya cium jlnraya. Kete saya pulak kemek kot. Kna pi balai. Macam2 lagi pastu. Terpaksa la saya teruskan perjalanan terlepas simpang umah. Seronok sgt kot diorang tu sbb baru lepas ujan sampai menyusahkan org. Gerammmm jer rasa.

Monday, January 4, 2016

Pakej Organik Januari 2016

Hanya RM30 termasuk kos poslaju

1. Cili Jambak (30 biji)-RM5
2. Asparagus (+-50 biji)-RM5
3. Tomato Ceri - RM2
4. Cili Kulai -RM2
5. Cili Yong Peng-RM2
6. Cili Api-RM2
7. Lobak Putih -RM2
8. Bayam Merah-RM2
9. Epsom Salt 1kg-RM8 ( baja organik)

Sila klink pada tulisan untuk membaca lebih lanjut mengenai epsom salt

10. Kos Poslaju RM10-PERCUMA

Sila hantar personal mesej untuk mendapatkan pakej ini. Tqvvm!