Friday, January 15, 2016

Buah Tin Ku Tersenyum Riang

Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman? 
WhatsApp 017 455 95 36



Ini buah tin saya yang tersenyum riang kerana cuaca panas sangat.


Cerita buah tin saya: saya ada tanam beberapa pokok tin. Berberapa pokok telah berbuah. Salah satunya saya hantar ke rumah abah saya. Ada sepokok di rumah saya yang buahnya tiga cuma. Saya balut 2. Satu tak balut. Pada suatu hari tidak seperti kebiasaannya saya balik ke rumah waktu tghari. Cuma hari tu jer sy tk balik. Sy dapati buah tin saya yg belum matang dan tak berbalut dah hilang. Siapa punya angkara. Saya pun tak tahu. Satu biji lagi busuk mereput ditepi pasu. Tinggallah situnggal tersenyum riang. Terpaksa dipetik awal kerana semut dah mula menghurung. Jadilah ia lunch saya tengahari ini. Lemak manis rasanya. Sekian. Wassalamun.

Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman? 
WhatsApp 017 455 95 36

3 comments: