Friday, September 9, 2016

Ulang Tahun Kelahiran 2 September 2016


 Ulang tahun kelahiran saya tahun ni disambut meriah, sampai lupa nak top-up prepaid. Rugi

Mula disambut dari hari cuti Merdeka (31 Ogos 2016) lagi. Ada orang belanja makan shushi, plan awalnya nak bekfes kat McD sahaja, tapi kebetulan McD kat pasaraya tu dah tutup. Rezeki nak makan sushi.






Pastu diikuti dengan makan eskrem, kebetulan ada diskaun kan, sorang makan satu pint kao, fengsan nak mengabiskannya, ada lagi baki dalam petiais, nak buang sayang seribu kali sayang.



Hari khamis (1 Sept 2016) pi makan kamben pulak, maklum la pecinta makanan... hahaha!



Hari Jumaat (2 Sept 2016-ulangtahun kelahiran yang sebenar) dapat kek homemade.
Pastu mintak hadiah dengan kawan-kawan opis, dapat la brooch dan cekelat.



Selain dari hadiah gumbira dapat jugak hadiah duka, kete gemuk saya kena langgar dari belakang oleh sebuah motosikal, habis retak dan calar lampu belakang. Kejadian berlaku kat satu traffic light, dihadapan saya ada sebuah lori dan dibelakang lori ada petak kuning, jadi saya berhenti dibelakang petak kuning. Tiba-tiba sebuah motosikal yang dinaiki oleh dua orang lelaki telah menghentam belakang kereta saya.

Penumpang belakang motor segera turun dan cek kecederaan pada kereta saya, saya pun keluar sekali. Dia kata tak ada apa-apa la, sikit saja. Saya malas nak bising-bising dan saya tengok diorang pun macam sengkek jer tak tau la bangla ker india. Saya suruh dia balik sahaja. Lagipun malas nak buat jalan jem. Insyaallah ada rezeki saya baiki sendiri.

Bulatan bawah menunjukkan retak dan bulatan kedua yang lebih besar adalah calar.

 Apapun saya tetap gumbira di hari ulang tahun kelahiran saya, terima kasih pada rakan2 FB yang berikan ucapan dan doa, rasanya ada lebih dari seratus orang. Alhamdulillah.

FB pun ada buatkan video kot2 boleh tengok la kan.

2 comments: