Wednesday, October 19, 2016

Bunga Telang Kering

 


Bunga telang kering (bunga nasi kerabu) sebagai pewarna semulajadi makanan dan boleh juga dijadikan teh yg berkhasiat.

RM5 satu pek

Sila ws 017 4559536 untuk memesan
 
Khasiat bunga telang:
membantu menguatkan rambut dan melebatkan rambut disamping menghalang keguguran rambut
mengandungi unsur pencegahan kanser
melambatkan penuaan/awet muda
merawat masalah pundi kencing
antioksidan
meningkatkan penglihatan
merawat sakit mata
melancarkan peredaran darah
menyahtoksin tubuh
meningkatkan sistem imun badan
mengelakkan lebam-lebam pada kulit

Monday, October 17, 2016

Pokok-pokok dari Korea


Ini pokok yang saya bawa balik dari Korea, Alhamdulillah masih hidup walaupun letak tengah panas. Masa beli ingatkan pokok blueberry tapi ramai yang kata daunnya tak serupa.

Pokok apa pun tak apalah, asalkan mahu hidup di sini. Berbuah ker tidak pun tak apa, ada jugak kenangan dari Korea.


Ini pulak pokok anggur dari Korea, harap-harapnya boleh hidup subur dan membesar bagai johan. Nanti boleh saya jual keratan batangnya.

Tapi seranggan suka sangat dengan daunnya, yang lagi satu pun sama. habis daunnya kena makan.
Semua pokok ni ada kat rumah mak abah saya. 


Pokok Ulam Mata Itik











Pokok yang sangat cantik, buah dan pucuknya boleh dimakan, anak pokok ada dijual. Sila ws 017 4559536 untuk memesan.

Sunday, October 16, 2016

Lebatnya Buah Kemunting, guna baja apa?


Ini pokok kemunting kt umah mak abah saya. Berbuah lebat dan berbunga sepanjang tahun. Abah saya guna baja organik Mesra Alam yg sy jual. 2kg RM20 termasuk pos Domestik.
Boleh ws 017 4559536 untuk memesan baja ini.

Buah kemunting ini memang kegemaran saya. Memang manis dan sedap. Saya suka sangat. Kalau ada banyak, boleh buat jem, nyum2!

Friday, October 14, 2016

Nak Beli Benih kat Korea?

 
Dah nak dekat setahun pi Korea baru nak cerita, nampak sangat bz saya ni kan. Ini gambar ajumma tuan punya kedai benih yang saya tiba-tiba jumpa sewaktu perjalanan ke pasar Gwanjang. Kawan-kawan saya nak beli kain kat situ. Dalam kepala otak saya nak beli benih jer, kain semua saya tak nampak.

Masa saya ternampak kedai ni, rasa nak lompat bintang langit petala tujuh. Punyalah seronok. Tapi masa tu dah hari terakhir kat Korea, esoknya dah nak balik Malaysia. Duit pun dah berkurang sangat, nak tukar duit Malaysia ke Korea rasa cam malas dah.

Terpaksalah saya gunakan duit korea yang diberi oleh seseorang untuk beli benih-benih kat sini. Tapi tak dapat beli banyak. Kecewa sungguh saya. Kalau tengok rasa nak beli semua. Akhirnya saya terpaksa kawal diri saya agar beli benih-benih sayur sahaja. Benih-benih bunga yang banyak dan rare terpaksa saya lupakan sahaja sambil menangis dalam hati.



Selain itu ada jugak dijual bawang-bawang dan umbisi bunga, seperti bunga tulip pelbagai warna dan lili. Saya sempat la beli bawang bunga tulip banyak jugak, tapi hayatnya cuma berakhir dalam periuk korea yang saya bawa balik. Tak sempat nak tanam sebab bz sangat.

Rasanya kalau saya cek periuk tu masih ada bebawang lemau dalam tu, hahaha! Rugi jer kan.



Inilah deretan benih-benih yang membuatkan mata saya terbeliak kegembiraan. Secara jujurnya saya tak sempat tanam benih-benih ini. sebaik sahaja saya buka jualan, habis diborong oleh kastemer-kastemer Semua Menjadi. Boleh tahan juga jualannya sehingga boleh dapat balik tambang murah pegi balik ke Korea semula.



 Selain itu banyak juga di jual di tepi-tepi jalan bare roots pelbagai jenis tanaman, saya sempat bawa balik bare roots anggur dan blueberi yang rasanya bukan pokok blueberi. Maklumla biala berurusniaga cakap macam ayam dengan itik, tak tau la pokok apa yang saya bawa balik tu, Alhamdulillah elok hidup pokok-pokok tu di Malaysia. Berbuah ke tidak, kita tak tau lagi.

Doa-doakanlah agar Semua Menjadi.

Thursday, October 13, 2016

Facebook dah bole Bukak

FB saya dah bole bukak balik. tapi dah kena tukar nama jadi Rose Ramli. Macam-macam la FB ni nak. Kita ikutkan jer la, dah kita menumpang free kan.

Thursday, October 6, 2016

Harini Facebook Tak bagi Saya log in

Jadi kepada para pelanggan yang dah bank-in atau transfer duit untuk pesanan di FB dan Page Semua Menjadi, mohon email saya untuk tindakan selajutnya.

Sekian, Terima Kasih.




Saturday, October 1, 2016

Pakej Free Pos Oktober



RM30 termasuk kos poslaju 

11 Jenis Biji Benih RM25 dan satu set baja AB (60ml A + 60ml B) RM5


 1. Cili Jambak (30 biji) RM5

 2. Terung Bulat Hijau (~30 biji) RM2

 3. Salad Green Star RM2


4. Leek RM2


 5. Sawi Putih Green Jade RM2


 6. Kacang Panjang Ungu (10 biji) RM2


 7. Betik Eksotika (10 biji) RM2


 8. Bayam Malabar Merah RM2


 9. Kangkung RM2


 10. Jagung Mutiara RM2


                      11. Brokoli




Sila email semuamenjadi@gmail.com untuk memesan