Friday, October 14, 2016

Nak Beli Benih kat Korea?

 
Dah nak dekat setahun pi Korea baru nak cerita, nampak sangat bz saya ni kan. Ini gambar ajumma tuan punya kedai benih yang saya tiba-tiba jumpa sewaktu perjalanan ke pasar Gwanjang. Kawan-kawan saya nak beli kain kat situ. Dalam kepala otak saya nak beli benih jer, kain semua saya tak nampak.

Masa saya ternampak kedai ni, rasa nak lompat bintang langit petala tujuh. Punyalah seronok. Tapi masa tu dah hari terakhir kat Korea, esoknya dah nak balik Malaysia. Duit pun dah berkurang sangat, nak tukar duit Malaysia ke Korea rasa cam malas dah.

Terpaksalah saya gunakan duit korea yang diberi oleh seseorang untuk beli benih-benih kat sini. Tapi tak dapat beli banyak. Kecewa sungguh saya. Kalau tengok rasa nak beli semua. Akhirnya saya terpaksa kawal diri saya agar beli benih-benih sayur sahaja. Benih-benih bunga yang banyak dan rare terpaksa saya lupakan sahaja sambil menangis dalam hati.



Selain itu ada jugak dijual bawang-bawang dan umbisi bunga, seperti bunga tulip pelbagai warna dan lili. Saya sempat la beli bawang bunga tulip banyak jugak, tapi hayatnya cuma berakhir dalam periuk korea yang saya bawa balik. Tak sempat nak tanam sebab bz sangat.

Rasanya kalau saya cek periuk tu masih ada bebawang lemau dalam tu, hahaha! Rugi jer kan.



Inilah deretan benih-benih yang membuatkan mata saya terbeliak kegembiraan. Secara jujurnya saya tak sempat tanam benih-benih ini. sebaik sahaja saya buka jualan, habis diborong oleh kastemer-kastemer Semua Menjadi. Boleh tahan juga jualannya sehingga boleh dapat balik tambang murah pegi balik ke Korea semula.



 Selain itu banyak juga di jual di tepi-tepi jalan bare roots pelbagai jenis tanaman, saya sempat bawa balik bare roots anggur dan blueberi yang rasanya bukan pokok blueberi. Maklumla biala berurusniaga cakap macam ayam dengan itik, tak tau la pokok apa yang saya bawa balik tu, Alhamdulillah elok hidup pokok-pokok tu di Malaysia. Berbuah ke tidak, kita tak tau lagi.

Doa-doakanlah agar Semua Menjadi.

No comments:

Post a Comment