Thursday, November 24, 2016

Jus Gout

Ramai yang kata gout ni raja segala penyakit, mak saya sendiri pun mengidap gout. Selalunya org ada gout ni paling tak bole makan makanan laut, boleh pandang jer la. Tapi ramai yang tak tahan dan makan juga, seperti cakap mak saya, yg penting makan ubat.

Ada sorang kawan opis saya  yang dah lama mengidap gout. kejenya makan ubat jer. satu hari saya terbaca kat fb pasal jus gout. Saya suruh dia cuba. Nasib la dia mendengar cakap. dia pun cuba.

Resipinya:
1 biji nenas masak
1 biji lobak putih (250g)
3 biji buah keras





Caranya:
Kisar semua bahan dan diminum sekaligus.
Amalkan 3 bulan sekali

Seingat saya kawan saya ni minum sekali sahaja jus gout ni, dan dia cakap dia dah sembuh.
Alhamdulillah.

Thursday, November 10, 2016

Cerita Seram di Opis Saya Siri 2

Sambungan.....

Selepas boss dan cerita  pasal kejadian seram tu, ada seorang kakak perasan sesuatu yang pelik berlaku di atas meja dia.

Ada satu timbunan dokumen yang tak sempat di susun. Tiba-tiba esoknya akak tu dapati semua dokumen bersusun ikut turutan nombor yang sepatutnya.

Tapi beberapa minggu dlu,  meja saya yang sentiasa berselerak (kononnya banyak sgt kerja dan rajin sangat la kan) tiba-tiba kemas, cantik bersusun dan bau wangi. Bila saya selidik, rupa-rupanya aci cleaner yang tolong kemas...hahaha! (selingan, lawak spastik)

Petang tadi pula salah seorang staf lelaki yang stay back bercerita kat saya, tiba-tiba ada satu mesin dalam opis kami  bergerak sendiri. Serentak dengan itu dia dengar bunyi kotak jatuh kat bahagian belakang opis. Bila diperiksa tak ada apa pun yang jatuh.

Sekarang ni, semua staf opis saya tak berani nak stay back atau datang awal pagi sorang-sorang. Tiba-tiba kami dapat bibik dari alam lain yang mempunyai suara lembut mendayu-dayu serta rajin menyususn barang.

Adakah dia datang bersama dengan hujan lebat yang berlaku di setiap petang? Semuanya masih misteri.

tunggu siri yang ke 3 dan seterusnya.....

Masa menaip ni, rasa seram sejuk sahaja, tah-tah dia ada kat sebelah sambil baca apa yang saya tulis. 

Wednesday, November 9, 2016

Cerita Seram kat Opis Saya



Dah lama tak cerita ceriti kat blog, hari ini ada cerita best nak bagitau. meremang bulu tengkuk.


Semalam saya datang kerja awal kira-kira jam 6.30 pagi sebab nak siapkan kerja yang menggunakan sistem dalam komputer. Untuk mengelakkan kesesakan talian saya datang awal. Masa tu keadaan gelap lagi, tapi saya tak jumpa apa-apapun.


Hari ini boss saya datang awal. Saya datang lewat (paling lewat yg pernah saya datang kerja).


Masa boss saya masuk opis dia tak buka lampu lagi. tiba-tiba dia dengar suara saya panggil nama dia, mendayu-dayu.


" haiiiiii..... Lizaaaaaa"


Mula-mula dia rasa suka sebab dia ingatkan saya dah datang kerja, tapi tiba-tiba bulu roma dia tegak. Lain macam sangat manjanya suara saya masa tu. Cepat-cepat dia siapkan kerja dan keluar dari opis.


Saya pulak baru sampai tempat keje, lepak jap kat bawah sambil sembang-sembang dengan kawan lain.


Boss saya pun cerita kejadian tu kat saya dan rakan-rakan, dan dan bulu roma kami meremang.


Sebenarnya waktu saya menaip ni pun rasa seram semacam jer kat tengkuk terutamanya.


Lagipun, orang tua-tua kata, kalau orang tengah bercerita dan tiba-tiba kita rasa seram sejuk, maknanya cerita tu benar benar berlaka.


Opis kitorang ni memang misteri sikit, sebelum ni dah beberapa kali jumpa ular, memang pelik sebab kawasan hutan jauh dan kami berada di tingkat dua.


Serammmmm you..!