Sambungan.....
Selepas boss dan cerita pasal kejadian seram tu, ada seorang kakak perasan sesuatu yang pelik berlaku di atas meja dia.
Ada satu timbunan dokumen yang tak sempat di susun. Tiba-tiba esoknya akak tu dapati semua dokumen bersusun ikut turutan nombor yang sepatutnya.
Tapi beberapa minggu dlu, meja saya yang sentiasa berselerak (kononnya banyak sgt kerja dan rajin sangat la kan) tiba-tiba kemas, cantik bersusun dan bau wangi. Bila saya selidik, rupa-rupanya aci cleaner yang tolong kemas...hahaha! (selingan, lawak spastik)
Petang tadi pula salah seorang staf lelaki yang stay back bercerita kat saya, tiba-tiba ada satu mesin dalam opis kami bergerak sendiri. Serentak dengan itu dia dengar bunyi kotak jatuh kat bahagian belakang opis. Bila diperiksa tak ada apa pun yang jatuh.
Sekarang ni, semua staf opis saya tak berani nak stay back atau datang awal pagi sorang-sorang. Tiba-tiba kami dapat bibik dari alam lain yang mempunyai suara lembut mendayu-dayu serta rajin menyususn barang.
Adakah dia datang bersama dengan hujan lebat yang berlaku di setiap petang? Semuanya masih misteri.
tunggu siri yang ke 3 dan seterusnya.....
Masa menaip ni, rasa seram sejuk sahaja, tah-tah dia ada kat sebelah sambil baca apa yang saya tulis.
Kalau dia xkaco org xpe kak... siap tlg kmskan barang lg bagusla
ReplyDeleteNi Dana
Kak Rose..Seramnyer... Bangunan tuh memang macam-macam lah... Bilik sebelah pun ada kejadian pelik2 jugak sebelum nih... huhu...
ReplyDelete