Tuesday, February 14, 2017

Cuti-cuti Vietnam Hari Pertama HCMC



Kami beli tiket tahun lepas sebelum pergi ke Korea lagi, Harga tiket air asia sekitar RM180, luggage saya ambil 25kg semasa penerbangan balik sahaja (RM58). Penerbangan ke Vietnam saya tak ambil luggage, cuma bawa baju2 dan maggi cup dan bawa naik cabin, berat sekitar 7 kg tak termasuk beg sandang.

Flight pukul 12 tghari dan mengambil masa 1 jam 55 minit sahaja. waktu di Vietnam awal satu jam berbanding Malaysia. sampai di Vietnam pukul 1.30 ptg. Dalam flight saya dah order prebook meal RM10 shj nasi Biryani ayam Bukahara. Sedap. Saya suka. Baru jer habis makan, dah sampai HCM. Saya suka lagi. Sebab sekejap jer, tak suka naik flight lama2. Bosan.

Sampai sahaja kat airport saya beli simcard 5gb (RM21). Ada masalah pula nak masukkan dalam tab saya. Bas yang kami tempah dah sampai pulak, terpaksa pergi balik kaunter simkad dan minta org kat situ masukkan simkad dalam tab. Diorang bg simkad baru dan masukkan hingga berjaya. Ketua rombongan kami tunggu sehingga selesai urusan tersebut.

Selepas itu kami pun naik bas mini (RM115 seorang termasuk trip shopping dan Sg Mekong). Tourist guide sangat peramah dan best. Tempat pertama yang kami kunjungi adalah Linda Wholesale. Ada banyak barangan murah tapi saya beli 2 helai jubah dress shj. Kawan-kawan yang lain borong sakan. Ada telekung, kebarung, baju kurung, jubbah lelaki, kurta dan macam-macam lagi. Memang murah.

Habis shopping kami singgah untuk solat kat masjid yang terbesar di HCM. Kemudian pergi ke sebuah kedai untuk tempeh blazer. Selepas tu kami check-in hotel. Malamnya makan at Restoran Serai, saya makan nasi patayya (RM23) dan kopi ais (RM9).

Selepas perut dah kenyang kami berjalan kaki ke pasar malam. Meriah pasar malamnya, macam2 ada.  kemudian kami jalan-jalan kat lorong-lorong, tapi saya tak beli apa2. Sekadar melihat-lihat.

Kemudian kami balik ke hotel dan tidur dgn lenanya.






2 comments: