Wednesday, March 29, 2017

Pakej Jimat Mac 2017- Free Kos Poslaju

Rm30 sahaja utk 15 pkt benih

WhatsApp 017 4559536 utk memesan

Senarai benih dalam pakej ini (tidak boleh tukar):
1. Culantro (ketumbar jawa)
2. Leaf Fennel
3. Marjoram
4. Peria Vietnam (10 biji)
5. Perilla Vietnam
6. Sprouting Radish
7. Timun Betik Vietnam
8. Yellow Hot Chilli (6 biji)
9. Beetrot 
10.Brokoli (10 biji)
11.Carrot 
12.Cili Jambak (6 biji)
13.Jagung Mutiara (10 biji)
14.Sawi Bunga 
15.Tomato Ruby Star

Tuesday, March 28, 2017

Scammer Yang diPerdaya

Saya wujudkan fb adalah semata-mata untuk menjual biji benih tapi memang macam2 yang saya dapat selain dari order biji benih, antaranya sapaan dari scammer mat2 hitam yang menyamar jadi org kulit putih.

Malah sekarang mereka lebih advance jadi orang cina la, melayu la, cuma saya belum jumpa yang menyamar jadi orang india.

Alang2 diorang ni nak scam saya, baik saya scam diorang dulu. Kadang2 boleh juga buat hiburan di waktu senggang. 

Berikut merupakan 'screenshot' perbualan saya dengan mereka di FB. Untuk menyeksa mereka dengan lebih sadis saya gunakan bahasa melayu. 

Sejak saya buat camni dah takde yang mengganggu saya lagi, mungkin persatuan scammer ni dah blacklist akaun fb saya.

Silalah nikmati lawak santai dari saya dan mat mat hitam scammer ni (mohon maaf org indon, sy terpaksa nyamar jadi rakyat sana aja dong).


Mat Itam 1
Mat itam James tan ni terus diam bila saya kata kerja di balai polis.... hahaha, gerun la tu


Mat Itam 2

Terus Mat Itam Thomas David ni diam bila saya kata saya suka negro, mesti nak nyamar lain plak pastu



Mat Itam 3


Mat Itam Wang Eric terus takut bila saya kata nak langgar dia dgn kete (minta maaf lg org indon, bahasa saya mungkin kurang tepat)

Wednesday, March 22, 2017

Baja Kopi Organik gred Premium



Baja Kopi Organik gred Premium dari Jepun

1kg RM8, 
2kg RM15, Kos pos domestik RM10

WhatsApp 0174559536

Baja organik berkualiti tinggi sesuai untuk semua jenis pokok termasuk sayuran, buahan dan pokok bunga.

Guna dalam kuantiti sedikit sahaja untuk tanaman anda dan dapat membekalkan segala khasiat yang diperlukan.

lebih jimat dan lebih nilai untuk wang anda

Wednesday, March 1, 2017

Cuti-cuti Vietnam Hari Ketiga HCMC

Hari in aktiviti bebas, kami bangun awal untuk pergi ke pasar Ben Thanh. Misi saya tentunya untuk mencari biji benih. Aktiviti wajib sekiranya saya ke luar negara.

Penat saya memusing satu pasar tu, teringat masa di Korea terpaksa melalui kedai-kedai yg jual bahagian badan babi termasuk hidungnya yg tak dapat ku lupakan. Begitu juga waktu saya ke sini. Akhirnya saya jumpa gerai ini di antara celahan kedai sayuran.



Pekedai keluarkan koleksi biji benihnya yg sangat banyak, tapi kebanyakan benih tersebut memang dah ada di Malaysia. Cuma kelihatan beberapa benih yg tak biasa saya lihat. Pekedai tu sekali sekala pg ke kedai sayuran utk tunjukkan benih tersebut macamana hasil pokok sebenarnya.

Orang vietnam ni suka makan ulam, so kebanyakan benih yg saya beli adalah jenis ulam yang diorang biasa makan.





Setelah habis shopping kat Pasar Ben Thanh, kami naik teksi untuk ke China Town, kat sini banyak dijual kain pasang dengan harga yang agak murah. Tapi saya kurang berminat.

Keadaan kedai di sini agak sesak dan sempit. Rasa lemas semacam. Akhirnya kami beepecah, saya dan 3 lagi rakan naik teksi untuk ke Hard Rock Cafe, tapi pemandu tu tak paham, dia kata boleh hantar sampai Pasar Ben Thanh sahaja.

Kami pun sampai di sana dan pergi makan dahulu, saya makan kuetiaw sup. Ada banyak ulam sampingan disedoakan termasuk daun ketumbar jawa (culantro) dan cili besar kuning yang tersangatlah pedasnya.

Selepas tu rakan saya nak singgah semula ke Pasar untuk beli kasut sukan untuk anaknya dgn harga RM100. Dengar cerita kilang kasut tersebut memang di vietnam, so kasut tu kira hampir ori la.




Kemudian kami ambil teksi untuk ke Hard Rock Cafe yang berdekatan dengan Kumho Asiana Plaza. Kawasan ni kelihatan elit skit berbanding kawasan hotel yg kami tinggal.







Saya pergi ke sana pun disebabkan dah berjanji nak belikan fridge magnet untuk seseorang yg selalu sangat bg hadiah kat saya bila dia ke mana-mana. Masa ni duit dong saya dah hampir habis. Terpaksa pinjam usd drp kawan sbb Hard Rock takmau terima RM.

Selepas beli-belah sekejap kami lepak sekejap dlm plaza untuk sejukkan badan dgn ekon. Lepas tu kami ambil teksi untuk kembali ke hotel. Malam baru kami bercadang nak shopping buat kali terakhir sebelum balik.

Sampai di hotel saya mula mengemas barang dan timbang beg untuk elak terlebih berat. Dan untuk agak-agak malam ni boleh shopping berapa kilo lagi. Duit RM saya masih banyak tp ruang untuk luggage jer yg tak cukup,

Petang tu saya tidur sekejap dan makan maggi cup dari Malaysia. Ada 2 ke 3 cup tak habis dimakan. Buat berat beg jer bawa balik ke Malaysia. Terpaksa la makan.











Malam tu kami pegi shopping lagi kat pasar malam. Saya beli beberapa helai kemeja T dan fridge magnet untuk kawan-kawan opis. 

Malam tu saya beli bahn mi dan tangkap gambar-gambar hotel beedekatan pasar malam. Lain kali kalau nak datang lagi senang nak book hotel.

Malam tu kami tidur lena, esok kena bangun awal sebab flight kami jam 9.55 am. Pukul 7 kami dah bersedia di lobi hotel. 

TG kami datang naik basikal, kemudian sebuah vamn datang untuk hantar kami ke airport dgn bayaran RM12 seorang. Kami pun sampai airport. Chek in dan tunggu flight, flight pulak delay. Nasib saya dah mkn kenyang2 sblm pi airport. Kawan-kawan ada yang lapar terpaksa beli gajus kat airport yg berharga RM40 dlm 200g.

Akhirnya kami naik flight. Saya dah order prebook meal, nasi ayam. Kurang sedap berbanding nasi ayam tapi sangat mengenyangkan sebab nasinya cam pulut.

Kami pun sampai Malaysia dengan selamat. Naik bas Yoyo dan pulang ke rumah dengan gumbira.

Sekian kisah saya melancong sambil membeli belah do Vietnam. Pasni saya kena habiskan cerita saya ke Korea tahun lepas pulak.... hihihi!