Hari in aktiviti bebas, kami bangun awal untuk pergi ke pasar Ben Thanh. Misi saya tentunya untuk mencari biji benih. Aktiviti wajib sekiranya saya ke luar negara.
Penat saya memusing satu pasar tu, teringat masa di Korea terpaksa melalui kedai-kedai yg jual bahagian badan babi termasuk hidungnya yg tak dapat ku lupakan. Begitu juga waktu saya ke sini. Akhirnya saya jumpa gerai ini di antara celahan kedai sayuran.
Pekedai keluarkan koleksi biji benihnya yg sangat banyak, tapi kebanyakan benih tersebut memang dah ada di Malaysia. Cuma kelihatan beberapa benih yg tak biasa saya lihat. Pekedai tu sekali sekala pg ke kedai sayuran utk tunjukkan benih tersebut macamana hasil pokok sebenarnya.
Orang vietnam ni suka makan ulam, so kebanyakan benih yg saya beli adalah jenis ulam yang diorang biasa makan.
Setelah habis shopping kat Pasar Ben Thanh, kami naik teksi untuk ke China Town, kat sini banyak dijual kain pasang dengan harga yang agak murah. Tapi saya kurang berminat.
Keadaan kedai di sini agak sesak dan sempit. Rasa lemas semacam. Akhirnya kami beepecah, saya dan 3 lagi rakan naik teksi untuk ke Hard Rock Cafe, tapi pemandu tu tak paham, dia kata boleh hantar sampai Pasar Ben Thanh sahaja.
Kami pun sampai di sana dan pergi makan dahulu, saya makan kuetiaw sup. Ada banyak ulam sampingan disedoakan termasuk daun ketumbar jawa (culantro) dan cili besar kuning yang tersangatlah pedasnya.
Selepas tu rakan saya nak singgah semula ke Pasar untuk beli kasut sukan untuk anaknya dgn harga RM100. Dengar cerita kilang kasut tersebut memang di vietnam, so kasut tu kira hampir ori la.
Kemudian kami ambil teksi untuk ke Hard Rock Cafe yang berdekatan dengan Kumho Asiana Plaza. Kawasan ni kelihatan elit skit berbanding kawasan hotel yg kami tinggal.
Saya pergi ke sana pun disebabkan dah berjanji nak belikan fridge magnet untuk seseorang yg selalu sangat bg hadiah kat saya bila dia ke mana-mana. Masa ni duit dong saya dah hampir habis. Terpaksa pinjam usd drp kawan sbb Hard Rock takmau terima RM.
Selepas beli-belah sekejap kami lepak sekejap dlm plaza untuk sejukkan badan dgn ekon. Lepas tu kami ambil teksi untuk kembali ke hotel. Malam baru kami bercadang nak shopping buat kali terakhir sebelum balik.
Sampai di hotel saya mula mengemas barang dan timbang beg untuk elak terlebih berat. Dan untuk agak-agak malam ni boleh shopping berapa kilo lagi. Duit RM saya masih banyak tp ruang untuk luggage jer yg tak cukup,
Petang tu saya tidur sekejap dan makan maggi cup dari Malaysia. Ada 2 ke 3 cup tak habis dimakan. Buat berat beg jer bawa balik ke Malaysia. Terpaksa la makan.
Malam tu kami pegi shopping lagi kat pasar malam. Saya beli beberapa helai kemeja T dan fridge magnet untuk kawan-kawan opis.
Malam tu saya beli bahn mi dan tangkap gambar-gambar hotel beedekatan pasar malam. Lain kali kalau nak datang lagi senang nak book hotel.
Malam tu kami tidur lena, esok kena bangun awal sebab flight kami jam 9.55 am. Pukul 7 kami dah bersedia di lobi hotel.
TG kami datang naik basikal, kemudian sebuah vamn datang untuk hantar kami ke airport dgn bayaran RM12 seorang. Kami pun sampai airport. Chek in dan tunggu flight, flight pulak delay. Nasib saya dah mkn kenyang2 sblm pi airport. Kawan-kawan ada yang lapar terpaksa beli gajus kat airport yg berharga RM40 dlm 200g.
Akhirnya kami naik flight. Saya dah order prebook meal, nasi ayam. Kurang sedap berbanding nasi ayam tapi sangat mengenyangkan sebab nasinya cam pulut.
Kami pun sampai Malaysia dengan selamat. Naik bas Yoyo dan pulang ke rumah dengan gumbira.
Sekian kisah saya melancong sambil membeli belah do Vietnam. Pasni saya kena habiskan cerita saya ke Korea tahun lepas pulak.... hihihi!