Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman?
WhatsApp 017 455 95 36
Saya banyak membuat pembacaan daripada blog-blog tanaman daripada dalam mahupun luar negara.
Saya amat tertarik dengan cara penanaman secara terbalik yang biasanya digunakan untuk menanam pokok tomato.
Mungkin cara penanaman ini sudah lama dipraktikkan tapi bagi saya yang baru setahun berjinak-jinak dengan hobi ini, ia kelihatannya amat menarik dan saya ingin mencubanya.
Saya amat tertarik dengan cara penanaman secara terbalik yang biasanya digunakan untuk menanam pokok tomato.
Mungkin cara penanaman ini sudah lama dipraktikkan tapi bagi saya yang baru setahun berjinak-jinak dengan hobi ini, ia kelihatannya amat menarik dan saya ingin mencubanya.
Benih tomato yang saya tanam ni saya ambil dari atas papan pemotong sayur di rumah saya, selepas saya memotong tomato, biji yang tinggal pada papan pemotong tersebut saya semai dengan meletakkannya ke atas tisu tandas yang basah.
Setelah ia tumbuh membesar, saya pindahkan pula ke dalam cawan kertas seperti di atas.
Setelah ia tumbuh membesar, saya pindahkan pula ke dalam cawan kertas seperti di atas.
Selepas ia membesar dalam saiz yang saya fikir sesuai, saya pindahkan pula ke dalam botol yang saya potong bahagian atasnya bagi memudahkan penyiraman air dan baja.
Tutorial utk menyediakan upside down planter ini sangat mudah dicari di youtube malah amat mudah dilakukan.
Pada mulanya pokok kelihatan tumbuh ke bawah, namun lama kelamaan pokok tersebut akan tumbuh ke atas juga bagi mendapatkan cahaya matahari.
Pada mulanya pokok kelihatan tumbuh ke bawah, namun lama kelamaan pokok tersebut akan tumbuh ke atas juga bagi mendapatkan cahaya matahari.
Amat mudah menanam pokok tomato dengan cara ini, malah ia dapat menjimatkan ruang seperti yang saya lakukan di atas, saya sangkutkan pada jeriji tingkap dapur saya sahaja.
Kedudukan pokok tomato ini juga saya ubah mengikut ketinggian pokok.
Saya juga ada menanam pokok cili besar dengan menggunakan kaedah ini. Selain itu kaedah ini juga sangat sesuai bagi menjaga alam sekitar kerana kita dapat kitar semula botol-botol plastik yang telah kita guna di rumah.
Saya menggunakan botol air mineral saiz besar, bekas pencuci pakaian dan botol susu segar 2L.
Saya menggunakan botol air mineral saiz besar, bekas pencuci pakaian dan botol susu segar 2L.
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
Sila ke Jualan Semua Menjadi
kaedah ini dipanggil topsy turvy... memang nampak menarik dan cantik.. tak perlu buat pancang utk pokok tomato.. ruang juga boleh dioptimumkan... saya pun ada juga terpikir nak buat mcm ni, benih tomato masih kecik lagi cambahannya... terima kasih atas idea bekas dynamo tu...
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi melawat
ReplyDeleteKak.. Boleh ajar macama nak mula kan tanaman tomato cara terbalik NIH or akak bole bagi link yang akak baca utk buat tanam tomato sectarian terbalik ni.. Tq..
ReplyDeletebole, tapi amik masa la sikit, nanti akak masukkan entry step by step, sementara tu taip jer kt mana2 search engine pekataan nih yer-upside down planter- gerenti jumpa byk website yg citer pasal menda tu
DeleteUntuk semaian biji benih tomato...biji dikeringkan atau disemai semasa lembab di atas ticu lembab..
Deleterose,
ReplyDeletetak da ke entry updated pasal pokok tomato tanam terbalik ni??...macam berminat pulak nak tahu perkembangan dia?....hehe
ada entry pasal tomato tu kat sini http://semuamenjadi.blogspot.com/2012/08/mangsa-hari-raya.html, hehe..kesian mereka itu (pokok tomato), sekarang tgh tanam batch baru, tomato ceri pulak 9blm dipndahkan ke bekas tanam terbalik lg)
ReplyDeleteidea menggunakan botol sabun tu memang bagus. teringin sangat nak buat ni tapi belum semai benih baru lagi. thanks untuk inspirasi ;)
ReplyDeletesaya ni tgh mencuba nk buat entry step by step utk tanam terbalik atas permintaan iq tapi tak siap2 lg coz tak de pokok yg bole di tanam...hehehe
DeleteBiasanya saya tengok orang guna pasu atau topsy turvy. Guna botol dan bekas terpakai macam ni elok juga. Mudah membaja.
ReplyDeletesaya cuba2 saja
Deletekak. berapa byk tanah cukup untuk sepokok tomato ni? takut berat nanti jatuh pulak... br semai tomato. menarik juga kalau buat begini.
ReplyDeletetak sampai sebungkus tanah campur pun, isi 3/4 drp bekas
DeleteSeronok tgk sayur2 puan dan cara puan yg kreatif...thnx dgn info2 yg manamjadi inspirasi kpd sy yg baru nk mula berkebun sayur.....
ReplyDeleteselamat berkebun sayur dan selamat datang, marilah kita kongsi2 ilmu untuk menambahkan pengetahuan, terima kasih daun keladi, kalau sudi datang jengok lagi!
Deleteslm, sy br je berjinak2 dgn hobi br ni.... skrg tgh cari info2 yg boleh tmbah pngetahuan sy.... sy pn akn cube tnm tomato gune cara ni. klau tnaman lain leh gune care ni gak ke? cnth, timun, bendi n rembang?
ReplyDeletesalam, sy pernah tanam cili besar dan bendi ngan cara ini
Deletepenjagaan pokok tomato ni perlu kn air yg byk ke? jangka masa berbuah lbh kurang brp lame?
ReplyDeleteair macam biasa jer, sy siram pagi dan ptg, sy tak cek pulak brapa lama dia mula berbuah sbb masa tu hanya cuba2 saja
Deleteaduh.....! sedih nye....:(
ReplyDeletebenih cili, tomato n timun smue mati.... dh kua daun 5 6 helai.... ni smue baja pye psl...... geram tul ngn kedai bunge tu, die soh letak baje, x smpai 1 ari letak baje, smue nye layu....... ari ni ari ke 3, smue dh menyenbah bumi n kecut......
sedih......
salah cara letak baja kot
DeleteWah!! menarik.. Kalau dah berbuah mesti cantik..
ReplyDeletedah berbuah pun, tapi tak sempat masak sbb tak bersiram raya masa cuti raya tahun lepas
DeleteBestnyer tanam sendri dpt tuai tnmn sdr
ReplyDeleteselain tomato ceri, apakah tanaman lain yang sesuai ditanam secara ini?
ReplyDeleteok gak...nanti nak cubalah cara tu thank for the info
ReplyDeletemacamana semei anak benih atas kertas tisu tu? boleh bgtau tak?
ReplyDeleteSekarang pokok dah besar ke akak...
ReplyDeleteMmg best idea.tanam terbalik tu.nk cubalah
ReplyDeleteMenarik ni..saya br nak berjinak2 tanam tanaman yg boleh makan diumah..nak merasa yg fresh dr rumaj hehe great idea!!
ReplyDeleteNak mulakan pemakanan secara sihat
Www.adaa-inspiration.com
Salam saya nak beli pokok mulberi dan pokok lelain. Tolong email saya cepat ye.
ReplyDeletesinarmaiya@yahoo.com
Minat sgt dah lama cari.
TQ
salam. saya nk tnye, kenapa kena tanam terbalik ye?apa kelebihan berbanding tanam macam biasa?
ReplyDeleteKedudukan pokok tomato ini juga saya ubah mengikut ketinggian pokok. Vertical garden planters
ReplyDelete