Nak dapatkan benih daun sup?
WhatsApp 017 455 95 36
Gambar kitar semula: Pokok daun sup di rumah saya
Ramai pembaca blog Semua Menjadi yang bertanya tentang cara penanaman daun sup. Daun sup memang sukar nak tumbuh. Itu saya tak nafikan. Dan saya juga setuju dengan fenomena 'tangan sejuk tangan panas'.
Hari ini saya nak kongsikan tips daripada pemilik nurseri dari Cameron Highland yang telah saya temubual semasa menunggu kesesakan lalu lintas reda sewaktu saya bercuti di sana baru-baru ini.
Tips penyemaian dan penanaman daun sup.
- Gunakan tanah hitam tanpa baja dan masukkan dalam bekas yang sesuai.
- Basahkan tanah dengan air secukupnya.
- Taburkan benih daun sup pada permukaan tanah tadi.
- Letakkan pada tempat gelap dan biarkan biji benih tumbuh.
- Kalau cuaca panas seperti sekarang ini, cuba sembur air pada semaian sekali-sekala.
- Bila semaian dah tumbuh barulah letak pada kawasan yang teduh tapi mendapat cahaya matahari terutamanya waktu pagi.
- Selepas itu barulah boleh gunakan baja pada pokok daun sup. Seeloknya guna baja cecair.
- Sekiranya nak guna daun sup eloklah cabut pokok daun sup tersebut dan pokok baru akan tumbuh lagi (tips yang ini saya kurang setuju sikit, tapi saya angguk juga la, karang dia marah saya pulak melawan cikgu).
Itulah antara tips yang diberi oleh pemilik nurseri tersebut. Kalau ada yang cuba dan tak menjadi juga. Terimalah hakikat bukan rezeki kita lagi nak berdaun sup sendiri. Yang penting usaha, doa dan tawakkal.
Cuba lagi hingga berjaya!!!
************************************************************************
Nak dapatkan biji benih tanaman?
First time tanam daun sup secara tak sengaja sebab beli pek benih ketumbar tapi isinya benih daun sup. Bagi saya, daun sup lebih mudah tumbuh & jaga berbanding ketumbar. Pokok yg besar pun boleh dipindahkan bekas, tak sensitif mcm ketumbar tu.
ReplyDeleteini antara org yg bertuah lah tu, tangan sejuk, ramai org kata dia dah beli macam2 jenis biji benih daun sup tapi tak hidup2
DeleteSy pula ketumbar yg mudah tumbuh..daun sup yang tak muncul2...nnt nak try lah tips ni...tq rose
ReplyDeletewaaa...bertuah gak tu, mau gak tiumbuh, ada org kata ketumbar pun susah nk tumbuh
Deletekalau cabut sekali dgn akar mcm mana nak tumbuh lain? Tabur benih baru ke?
ReplyDeletentah la, tu yg sy tak stuju tu, agaknya pkknya boleh beranak kot...hehehe
Deleteya allah...subur nyer tanaman - tanaman akk nie....sy selalu tanam dlm cawan je.r.huhuuu.....tapi tu lah..tak lah sesegar mcm nie..hihiii
ReplyDeletedaun sup ni kna rajin siram, itu jer yg paling penting
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteselalu berapa hari benih bercambah?
ReplyDeleteslalunya dlm masa 7 hari
DeleteYang no lapan tu saya sependapat dengan smRose. Agree to disagree :) Saya juga belum berjaya tanam sup. Hanya dapat hasil dari tanam akar sup dari lebihan di beli di pasar.
ReplyDeletekita cuba lagi!!!
Deleterasanya kualiti benih yg tak bagus. di kl ni beli benih tapi tk tumbuh walaupun sawi.daun sup dan ketumbar pun tk pernah tumbuh langsung. rugi banyak wang beli benih dari supermarket. ambo beli di kedah di kulim, memang tumbuh
ReplyDeleteBrp lama tempoh tumbuh dari semaian?
ReplyDeleteSalam.. Brape lama tempoh pokok daun sup nk tumbuh ye? Da 2mggu tnam.. Huhu
ReplyDeletesaya pun tanam daun sup dari biji benih, sampai sekarang hampir sebulan tapi sangat kecik tumbuhnya.
ReplyDeleteCuba lagi hingga berjaya!!!
ReplyDeleteVertical garden planters
Baja apa yg sesuai utk pokok daun sup dan ketumbar ni...sy baru jer try tanam 2 hr lepas..nmpak dah ada daun baru...seronok pulak...
ReplyDelete