Thursday, March 13, 2014

Tips Penanaman Pokok Daun Sup/Saderi Cina

Nak dapatkan benih daun sup? 
WhatsApp 017 455 95 36

Gambar kitar semula: Pokok daun sup di rumah saya


Ramai pembaca blog Semua Menjadi yang bertanya tentang cara penanaman daun sup. Daun sup memang sukar nak tumbuh. Itu saya tak nafikan. Dan saya juga setuju dengan fenomena 'tangan sejuk tangan panas'.
Hari ini saya nak kongsikan tips daripada pemilik nurseri dari Cameron Highland yang telah saya temubual semasa menunggu kesesakan lalu lintas reda sewaktu saya bercuti di sana baru-baru ini.
Tips penyemaian dan penanaman daun sup.
  1. Gunakan tanah hitam tanpa baja dan masukkan dalam bekas yang sesuai.
  2. Basahkan tanah dengan air secukupnya.
  3. Taburkan benih daun sup pada permukaan tanah tadi.
  4. Letakkan pada tempat gelap dan biarkan biji benih tumbuh.
  5. Kalau cuaca panas seperti sekarang ini, cuba sembur air pada semaian sekali-sekala.
  6. Bila semaian dah tumbuh barulah letak pada kawasan yang teduh tapi mendapat cahaya matahari terutamanya waktu pagi.
  7. Selepas itu barulah boleh gunakan baja pada pokok daun sup. Seeloknya guna baja cecair.
  8. Sekiranya nak guna daun sup eloklah cabut pokok daun sup tersebut dan pokok baru akan tumbuh lagi (tips yang ini saya kurang setuju sikit, tapi saya angguk juga la, karang dia marah saya pulak melawan cikgu).
Itulah antara tips yang diberi oleh pemilik nurseri tersebut. Kalau ada yang  cuba dan tak menjadi juga. Terimalah hakikat bukan rezeki kita lagi nak berdaun sup sendiri. Yang penting usaha, doa dan tawakkal.
Cuba lagi hingga berjaya!!!




************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?


19 comments:

  1. First time tanam daun sup secara tak sengaja sebab beli pek benih ketumbar tapi isinya benih daun sup. Bagi saya, daun sup lebih mudah tumbuh & jaga berbanding ketumbar. Pokok yg besar pun boleh dipindahkan bekas, tak sensitif mcm ketumbar tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini antara org yg bertuah lah tu, tangan sejuk, ramai org kata dia dah beli macam2 jenis biji benih daun sup tapi tak hidup2

      Delete
  2. Sy pula ketumbar yg mudah tumbuh..daun sup yang tak muncul2...nnt nak try lah tips ni...tq rose

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaa...bertuah gak tu, mau gak tiumbuh, ada org kata ketumbar pun susah nk tumbuh

      Delete
  3. kalau cabut sekali dgn akar mcm mana nak tumbuh lain? Tabur benih baru ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah la, tu yg sy tak stuju tu, agaknya pkknya boleh beranak kot...hehehe

      Delete
  4. ya allah...subur nyer tanaman - tanaman akk nie....sy selalu tanam dlm cawan je.r.huhuuu.....tapi tu lah..tak lah sesegar mcm nie..hihiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. daun sup ni kna rajin siram, itu jer yg paling penting

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. selalu berapa hari benih bercambah?

    ReplyDelete
  7. Yang no lapan tu saya sependapat dengan smRose. Agree to disagree :) Saya juga belum berjaya tanam sup. Hanya dapat hasil dari tanam akar sup dari lebihan di beli di pasar.

    ReplyDelete
  8. rasanya kualiti benih yg tak bagus. di kl ni beli benih tapi tk tumbuh walaupun sawi.daun sup dan ketumbar pun tk pernah tumbuh langsung. rugi banyak wang beli benih dari supermarket. ambo beli di kedah di kulim, memang tumbuh

    ReplyDelete
  9. Brp lama tempoh tumbuh dari semaian?

    ReplyDelete
  10. Salam.. Brape lama tempoh pokok daun sup nk tumbuh ye? Da 2mggu tnam.. Huhu

    ReplyDelete
  11. saya pun tanam daun sup dari biji benih, sampai sekarang hampir sebulan tapi sangat kecik tumbuhnya.

    ReplyDelete
  12. Baja apa yg sesuai utk pokok daun sup dan ketumbar ni...sy baru jer try tanam 2 hr lepas..nmpak dah ada daun baru...seronok pulak...

    ReplyDelete