Monday, March 17, 2014

Hujan - Pangkas Cabang Tiga

Alhamdulillah, tempat saya mula hujan sejak hari sabtu membawalah ke hari ini. Hujan turun, berhenti sekejap, turun lagi, lagi dan lagi.
 
Bagi pencinta tanaman memang dah lama sangatlah mengharapkan hujan turun sejak awal tahun lagi. Nak pergi berjauhan lama-lama pun tak berani, takut tanaman rosak, kering atau mati.
 
 
Saya ambil kesempatan musim hujan ini dengan memangkas pokok tenggek burung kesayangan saya. Dah lama saya nak pangkas sebab dah tinggi sangat. Nanti kalau dibiarkan susah pulak nak petik pucuknya.


 Daunnya pun saya sayang, rasa nak keringkan dan simpan buat kenangan...hahaha!


Pucuknya saya kutip, buat ulam. Nyam...nyam..sedap!



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

5 comments:

  1. Ulam pokok tenggek burung..belum pernah coba lagi....

    ReplyDelete
  2. saya punya tenggek burung ceconet je... x tinggi2 pun... agaknye nak kena pangkas jugak kot....huhuhu

    ReplyDelete
  3. Daripada pengalaman sy yg tak seberapa ni, rasanya pokok ni suka tempat redup sikit, mmg cpat besarnya.

    ReplyDelete