Tuesday, March 18, 2014

Tips Penanaman Anggur

  1. Tanah yang  sesuai untuk menanam anggur adalah tanah yang tidak menakung air dan sedikit berpasir.
  2. Pokok anggur perlukan 80-100% cahaya matahari untuk hidup dan membesar.
  3. Ia juga perlukan air yang banyak tapi tidak sehingga bertakung. Siram air pada bahagian pangkal pokok dan bukannya pada daun.
  4. Daripada pengalaman saya sendiri, baja organik boleh juga digunakan pada pokok anggur. Selain itu air basuhan ikan, air beras dan hampas kelapa juga ada digunakan.
  5. Pokok  anggur perlu dipangkas setelah mencapai tinggi/panjang lebih 5 kaki.
  6. Digalakkan untuk menabur baja penggalak bunga 20 hari sebelum pokok dipangkas.
 
 
1-2 minggu selepas dipangkas daun, dahan dan bunga mula keluar.


Bunga mula membentuk buah
 
 


Rupabentuk buah yang berusia sebulan
 
 


Buah-buah anggur yang berusia sebulan lebih.





Buah yang masak dalam tempoh dua bulan.

Anggur jenis ini apabila telah masak, warnanya agak kekuningan dan rasanya manis.
Ada petua yang saya baca daripada blog-blog peminat anggur yang menyatakan dalam tempoh 1 ke 2 minggu buah akan matang, siraman pada pokok hendaklah dikurangkan atau dihentikan untuk mendapatkan buah yang manis. Tapi saya rasa jenis anggur dan cuaca juga memainkan peranan yang penting dalam hal ini.
 
Perlu diingatkan, tempoh pokok mula berbunga, berbuah dan matang adalah mengikut jenis pokok anggur yang ditanam.
 
Saya sendiri menanam pokok anggur ini secara suka-suka sahaja (baca-saya bukannya pakar). Saya tiada mendapat latihan tentang penanaman anggur secara formal, cuma membaca serba sedikit daripada blog-blog yang berkaitan.
 
Pokok yang saya tanam ini, anak pokoknya saya beli di Mardi Cameron Highland (nama, jenis, lain-lain informasi tentang pokok anggur ini saya tak tahu).
 
Silalah beramai-ramai serbu Mardi Cameron Highland untuk mendapatkannya.




************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

16 comments:

  1. Wah, syoknya tengok buah anggur SM! Tanam dlm pasu atau di tanah?

    ReplyDelete
  2. SmRose...

    Saya dah beli pokok raspberry kat Mardi. Buahnya pun dah saya rasa. Sedap sebab saya ambik makan yang hitam. Dari carian saya, saya dapati raspberry tu mungkin jenis liar (wild black raspberry). Saya ada juga tanam pokok anggur dan kini sedang berbuah kali kedua tanpa sebarang pangkasan dan baja. Biasanya berapa lama tempoh untuk buah anggur ni matang (start putik sampai masak)? Sebab selalunya saya hanya terperasan pokok anggur berbuah bila buah dah sebesar guli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo...sedap yer, haritu tak jumpa yang hitam, yg kering bykla, patut tak sedap. jenis angur yg ni ambil masa dua bulan jer dr berbunga sampai buah matang.

      Delete
  3. Replies
    1. Jom bukak ladang anggur kat Lenggong hahaha...

      Delete
  4. geram je tengok buah anggur tu.. ;)

    ReplyDelete
  5. Memang best tanam sendiri.Saya punya kali pertama masamm..ni berbuah kali ke 2.Semoga manislah hendaknya.Insyaallah..
    https://buy.onpay.my/order/form/kerimo/razak

    ReplyDelete
  6. ass salam ya sya amat minat dengan tanaman bagai mana utk tempahan anak pokok anggor pm saya 01128263885

    ReplyDelete
  7. adakah anda masih aktif dgn penanaman snggur dkrg.

    ReplyDelete
  8. Nk tanya klu pokok anggur kita dh mula mengeluarkan bunga...adakah perlu diberi baja lagi ke?

    ReplyDelete
  9. Pokok anger yg saya tanam telah berbuah kali pertama...sebab tu sy tanya tempoh matang buah anggur ni.tu pun setelah letak baja penggalak baru npk hasilnya

    ReplyDelete