Nak beli benih online?

Friday, November 30, 2012

Cempaka Tanjung Kuning Berseri



Saya sangat sukakan bunga yang berwarna kuning. Jadi saya beli bunga cempaka tanjung ini. Seperti namanya, baunya pun tersangatlah wanginya. Nama saintifik bagi bunga ini adalah Gardenia tubifera kula, ia adalah adik beradik dalam keluarga Gardenia Pfordii.


Bunga ini pun warna kuning juga tapi saya tak tahu namanya. Baunya pun tak wangi. tapi tetap cantik, saya pun beli bunga ini. Lepas bunga yang ada ini kering dan luruh, sampai sekarang pokok ini tidak berbunga lagi. Kesian.

Wednesday, November 28, 2012

Maman Temerloh


Kenal tak pokok ni? Inilah pokok maman. Selalunya di buat jeruk dengan nasi. sekarang ini senang nak dapatkan jeruk maman, beli saja di pasar malam, siap berhias dengan cili padi merah dan hijau. Nampak menarik, tapi bukan semua orang suka dengan jeruk maman ini.

Kalau di Negeri Sembilan, maman di masukkan dalam rendang. Jangan marah saya kalau salah yer, saya dapat maklumat ini daripada rancangan TV. Saya tak pernah cuba lagi masak rendang maman. Tapi saya boleh agak tentu rasanya sedap.

Pokok maman ini saya jumpa sewaktu melawat kebun abah saya. pokok ini di biarkan bersendirian, tak ada pokok maman lain di sampingnya. Saya rasa tentu abah saya nak jadikan pokok ini sebagai punca benih maman untuk tanaman seterusnya.

Benih pokok maman ini asalnya daripada Pekan Sehari Temerloh seperti yang saya ceritakan sebelum ini di SINI 

Monday, November 26, 2012

Khasiat Pokok Semalu

Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman? 

WhatsApp 017 455 95 36

Entry ini di buat khas atas saranan pemilik blog-blog berikut:

SUKA-SUKA
PENCINTA ALAM 
dan KEBUN BAHAGIA

Semalam saya dah cerita pasal pokok semalu, jadi hari ini saya akan senaraikan khasiat pokok semalu yang saya jumpa setelah mencari-cari di alam maya ini.


Pertama:

Antara khasiatnya yang agak popular ialah sesuai untuk mengecut, menguat dan membersihkan faraj, khususnya selepas bersalin atau haid. 

Caranya adalah ambil beberapa batang pokok semalu, termasuk akarnya sekali dan bersihkan ia terlebih dahulu.

Masukkan dalam sebuah periuk yang sudah dimasukkan air kosong bersama sedikit buah manjakani, garam kasar dan asam keping. Kemudian rebuskan.

Tunggulah sehingga asam keping itu kembang dan biarlah hingga airnya suam sedikit. Air semalu ini boleh dibuat air mandi.


Pokok semalu juga sesuai untuk merawat masalah 'makan air' pada kaki dan tangan.

Caranya amat mudah iaitu ambil beberapa batang pokok semalu bersama akarnya sekali. 


Campurkan sedikit kapur dan tumbuklah sehingga lumat.Setelah itu, sapulah bahagian yang terkena penyakit tersebut,


Sumber daripada Pangkin Nenek

Kedua:

Pokok Semalu mampu untuk menghapuskan lemak/kolestrol di dalam darah dengan bertindak sebagai agen anti kolestrol.

Sumber daripada uttervin4u

Ketiga:

Pokok semalu yang dicabut menggunakan playar (keseluruhan pokoknya termasuk akar) direbus di dalam periuk hingga menggelegak. 


Biarkan sejuk sedikit sehinggalah agak-agak boleh dimasukkan tangan atau kaki di dalam air rebusan itu (masukkan air itu ke dalam besen atau baldi terlebih dahulu).


Air rebusan ini cukup baik untuk mengekalkan kelembapan tangan dan kaki, menghilangkan gatal-gatal tangan dan kaki akibat 'makan air' atau istilah saintifiknya Athlete's foot dan juga cekam pada kuku tangan dan kaki. 

Sumber daripada Greenfingers

Keempat: 

Pokok semalu mempunyai keupayaan untuk melawaskan kencing dan memecahkan batu karang dalam pundi kencing.


Sumber daripada Forrest Dweller

Itulah serba sedikit yang saya jumpa mengenai khasiat pokok semalu, saya sendiri belum pernah cuba, apakata kita cuba, jom!



Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman? 
WhatsApp 017 455 95 36

Sunday, November 25, 2012

Pokok Semalu

Kalau nak buat kanak-kanak kagunm dengan tumbuhan, tunjukkan mereka pokok semalu. Lagi-lagi kanak-kanak yang duduk di bandar, bukan senang nak jumpa pokok semalu.


Apa yang buat mereka kagum? Tentunya daun pokok semalu, bila disentuh, ia menguncup (sebab malulah agaknya).


Bunga semalu pun cantik juga, warnanya merah jambu. tapi yang bahayanya tentang pokok semalu tentulah durinya. Masa kecik-kecik dulu memang selalu sangat kena duri semalu, luka-luka kaki terutamanya ketika main nyorok-nyorok.


Ini satu lagi spesies pokok semalu, selalunya saya jumpa pokok jenis ini kat tepi sungai, tak banyak duri. Tapi buahnya cantik. Boleh buat perhiasan agaknya.


Tapi bunganya tetap sama, warna merah jambu atau boleh tukar nama jadi warna bunga semalu. Pokok semalu ini rupanya banyak khasiat terutamanya untuk kaum wanita.

Friday, November 23, 2012

Tengok-tengok

Dekat-dekat hujung tahun punyalah sibuk. Tak sempat nak membelai tanam-tanaman, malahan nak menyiram pun tak sempat, harapkan hujan semata. Nak mengarang di blog pun dah tak berapa nak sempat, jadi silalah tengok-tengok gambar bunga raya moden yang saya ambil di nurseri kegemaran dengan bantuan Kamal.


Yang ini harganya mahal sikit daripada yang lain sebab rupanya pelik sikit.


Yang jenis ini harganya biasa-biasa sahaja, lagipun dah banyak orang tanam merata-rata.


Yang jenis ini banyak saya jumpa kat CH.


Yang ini pun sama macam di atas.

Wednesday, November 21, 2012

Boleh makan ke?


Boleh makan ke buah ni? Manalah tau boleh makan, macam buah kabung. Buah ini sebesar penumbuk.


Rasa nak petik, nak tengok isi dalamnya, tapi segan pula, nanti orang lalu-lalang kata apa pula.


Inilah pokoknya. saya jumpa dekat Port Dickson juga. Pokok ini banyak di tanam di kawasan ini. Sebagai hiasan, memang menarik. Rasanya macam biasa jumpa pokok ini dekat-dekat kawasan Bangsar tapi tak berbuah, mungkin juga pokok dari jenis yang lain. 

Siapa tahu? 

Cer, cerita.....

Tuesday, November 20, 2012

Halaman Impian

Angan-angan saya hendak ada halaman yang macam gambar-gambar di bawah ini.


Tapi pokok-pokok bunga saya gantikan dengan pokok-pokok herba dan ulaman.


Dalam kolam mesti ada ikan, petang-petang atau pagi-pagi boleh memancing atas batu ini.


Kalau hujan (macam dalam gambar ini), boleh memancing dari pondok sambil minum kopi dan makan shepherd pie.


Oppps! Tiba-tiba ada kawan-kawan nak bergambar dekat halaman impian saya, sebenarnya gambar-gambar ini di ambil sewaktu saya bertugas di luar kawasan iaitu di Port Dickson. Waktu ambil gambar ini dah petang sangat, cadang-cadang nak berjalan tepi pantai, tapi terjumpa pula taman yang cantik ini.

 Saya pun mula berangan-angan. Jangan lupa, angan-angan tak payah bayar. Silalah berangan.

Monday, November 19, 2012

Tebang Mulberi

Pokok mulberi cepat sangat membesar, emak saya kata macam pokok ubi kayu. Pokok mulberi saya ditanam di sempadan rumah saya dengan tempat parking kereta jiran saya. Kadang-kadang dahan pokoknya menganggu kereta-kereta jiran saya yang banyak itu. Kesian kereta mereka itu. Terpaksalah saya tebang pokok mulberi saya selalu.
 

Ini gambar pucuk mulberi, sedap kalau di rebus. Manis rasanya. Patutlah ulat sutera suka makan daun ini. Saya tak pernah cuba masak dengan cara lain lagi daun ini.




Batang-batang mulberi ini sedia untuk di hantar ke rumah mak abah saya pula. Mak saya sukakan buah mulberi, jadi dia nak tanam banyak-banyak pokok mulberi.


Ini pula hasil daun mulberi daripada batang-batang yang di tebang. Daun-daun ini saya nak keringkan dan buat teh. Sudah dua kali saya keringkan daun mulberi ini untuk buat teh, tapi sekali pun belum minum lagi. Daun yang telah dikisar saya simpan dalam balang kedap udara.
 
Kebelakangan ini saya tak dapat makan buah mulberi sebab buah mulberi saya kena makan dengan semut hitam yang merayap dekat pokoknya.

Sunday, November 18, 2012

Daun pun Cantik juga





Selalunya saya letak gambar bunga tapi kali ini saya terpikat dengan daun-daun ini. Semuanya dari spesies yang sama cuma warna dan tompok-tompoknya sahaja yang berlainan.

Lokasi penggambaran ialah di nurseri kegemaran. Saya minta kebenaran taukeh untuk ambil gambar. Taukeh kata ok saja, lagipun taukeh dah kenal sangat dengan muka saya. 

Saturday, November 17, 2012

Epal Bidara

Maaflah gambar untuk entry hari ini kurang elok sedikit.Ada kucing yang sibuk nak bergambar sekali, tak mahu pegi jauh.


 Sudah lama saya berangan nak tanam pokok epal bidara. Pertama kali saya tengok pokok ini di rancangan Agrotek TV1. Pokok ini saya beli di nurseri kegemaran. kata taukeh, pokok ini baru sampai dari Thailand.


Pokok yang saya beli ini, saya suruh Kamal pilihkan yang paling sihat. Semua pokok yang ada di nurseri dah ada buah. Kalau mata tak rabun, nampaklah buah yang saya ingin tunjukkan dalam gambar di atas.


Saya pernah tengok pokok epal bidara ini membesar seperti pokok rambutan. Saya tengok kalau dah besar sangat, ia lansung tak berbuah. Buah epal bidara ini tidaklah sedap sangat. Buahnya berlendir. Tapi dah minat saya nak tanam pokok yang pelik-pelik. 

Saya tak tanam pokok ini di rumah saya sebab dah tak ada kawasan. Tentulah saya bawa ke rumah mak abah saya untuk di tanam.

Kalau saya dah beli banglo nanti (hahaha!...angan-angan), saya beli lah pokok  epal bidara yang lain pula.

Friday, November 16, 2012

Perkembangan Anggur: Siri 4


Buah anggur dah semakin besar dan masih berada di tangkainya, walaupun ada beberapa biji telah gugur akibat hujan lebat.


Saya tengok buah-buah ini memang geram, lagipun ini kali pertama tanam pokok anggur dan ini kali pertama anggur berbuah.
 

Ambil sebiji dan gigit, masamnya, macam cuka.
Untuk perkembangan anggur sebelum ini, sila klik ANGGUR



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Thursday, November 15, 2012

Cabang Tiga


Cabang tiga atau ulam tenggek burung merupakan salah satu ulam kegemaran saya. Setiap tangkai ada tiga helai daun, itulah sebab namanya cabang tiga.

Pokok ini banyak tumbuh liar berdekatan dengan kebun abah saya. Selalunya kena tebas dengan abah saya. Saya minta abah saya carikan anak pokok cabang tiga untuk saya tanam di rumah saya. Abah saya kata buat apa? Saya kata buat ulam la. Abah saya tak minat sangat dengan ulam cabang tiga ini.

Saya tak pernah lagi terjumpa buah pokok ini. Melalui pembacaan, setahu saya pokok ini ada buahnya. Kalau ada buah tentulah ada biji benihnya.

Saya akan berusaha menanam pokok ini sampai berjaya.

Wednesday, November 14, 2012

Peristiwa Ngeri

Hari ini dalam sejarah. Pertama kalinya satu peristiwa ngeri telah berlaku. Sewaktu saya tengah gembira memandu dalam kesesakan (sesak sangatlah tu) jalan raya di kawasan perumahan saya, saya berangan-angan hendak membeli microwave baru. Pagi tadi saya telah membuat tinjauan di kedai elektrik, tawaran harga yang di berikan memang menarik tetapi saya perlu buat beberapa lagi tinjauan sebelum membeli yang baru.

Tengah saya berangan-angan tapi saya masih memandu dengan hati-hati. Kereta di hadapan saya jaraknya hanya satu meter. Saya pastikan jarak saya tidak terlalu rapat. Saya memandu dengan tenang. Tiba-tiba, saya terasa seperti melanggar sesuatu yang keras, sedangkan tadi saya tak nampak benda yang lain selain daripada tar di atas jalan raya.  Saya pandang cermin belakang, tiada kereta yang berhenti. Sayup-sayup saya ternampak seokor kucing berbelang jingga sedang terhincut-hincut menyeberangi jalan  sambil menyeret kakinya.

Demi Allah saya tak berniat nak langgar kucing itu kalau saya nampak. Berdosa sungguh rasanya. Saya tak boleh berhenti untuk tolong kucing itu kerana di belakang saya  kereta berbaris panjang. Saya sayang dan sukakan kucing tapi saya tak bela sebab takut menginaya kucing kalau terlupa bagi makan atau sebagainya.

Saya berhenti sebentar di hadapan sebuah kedai runcit sambil memikirkan nasib kucing yang saya tak sengaja langgar dan tak dapat tolong.

Sampai di rumah, jiran di hadapan rumah ajak saya makan-makan sempena Deepavali. Maaflah, saya tak boleh bergembira sebab saya telah melalui satu peristiwa ngeri hari ini.


 Macamana pun tema hari ini tetap ada gambar bunga sebagai penyeri. gambar ini saya ambil sewaktu melawat nurseri kegemaran saya.

Walaupun berduka, hari ini saya tetap gembira sebab dapat satu cenderahati dari London dan satu lagi dari Makasar. Terima kasih kepada yang memberi.

Tuesday, November 13, 2012

Masak apa dengan daun Sup? Siri Tiga

Sambungan Dari Siri Satu dan Siri Dua, macam rancangan memasak pula. Cara sediakan shepherd pie sebelum di bakar.


Mula-mula sediakan bekas untuk membakar, kemudian masukkan inti yang telah di masak sebelumnya.


Kemudian pipe kan kentang lecek ke atas inti sehingga memenuhi bekas.


Saya potongkan keju keping dan taburkan atas permukaan kentang lecek. Kalau tak letak pun boleh.


Kemudian bakar dalam oven. Sehingga keperangan. 

Saya selalu buat beberapa bekas dan sejukbekukan. Bila teringin nak makan, saya nyahbekukan dan bakar dalam oven. Mudah dan sedap.Cubalah!

Monday, November 12, 2012

Masak apa dengan daun Sup? Siri Dua

Pada Siri sebelum ini saya telah sediakan inti shepherd pie. Hari ini saya nak tunjukkan cara saya menyediakan kentang lecek atau kentang putar sebagai pelengkap pie saya.

Bahan-bahannya:


Saya gunakan serbuk kentang segera jenama Knorr. Tapi kalau guna serbuk kentang jenis ini cara penyediaannya lebih rumit berbanding menggunakan serbuk kentang jenama Maggi  yang lebih mudah (cuma tambah air panas). Tapi ada perbezaan harga yang sangat ketara antara kedua jenis serbuk kentang segera ini. Tentulah yang lebih mudah harganya lebih mahal. Saya terpaksa guna jenama Knorr kerana jenama Maggi sudah habis stok di kedai yang selalu saya beli barangan sebegini. 

Sekiranya rajin, bolehlah cuba buat kentang lecek dengan kaedah biasa, menggunakan kentang segar. Saya gunakan serbuk kentang segera bukan sahaja untuk buat kentang lecek, malahan saya gunakan ia untuk membuat begedil dan sebagai pemekat kuah.


Kalau guna jenama kentang di atas kenalah ada mentega, air panas dan susu segar (maaf tak ada gambar).

Cara-caranya:

Serbuk kentang diadun dengan menggunakan air panas, kemudian masukkan mentega, kacau sehingga sebati, untuk mendapatkan tekstur yang gebu dan cantik masukkan susu segar suam. Perisakan dengan garam dan lada hitam sekiranya suka. Kadang-kadang saya masukkan sekeping keju untuk menambah rasa.


Setelah siap, saya masukkan dalam piping bag untuk memudahkan saya membuat lapisan atas permukaan pie.

Tunggu pula Siri Ketiga untuk melihat hasil shepherd pie cara saya.

Sunday, November 11, 2012

Masak apa dengan daun Sup? Siri Satu

Dah lama saya tanam pokok daun sup, setiap seminggu atau dua minggu sekali, saya kena potong daun sup untuk menggalakkan pertumbuhan daun baru. Apa yang saya buat dengan tuaian  daun sup yang kadangkala terlebih dari yang di perlukan? Saya buat inti Speherd Pie cara saya.

Bahan-bahannya:


Bahan Pertama tentunya daun sup yang saya potong kasar-kasar.


Bahan Kedua, bawang besar yang di potong dadu (saya potong tak berapa dadu sangat)


Bahan Ketiga, Tomato yamg di potong dadu juga. Selalunya saya tambah cendawan butang dalam tin dan juga lobak merah. Tapi kali ini saya terlupa nak masukkan. Setelah siap masak, baru saya teringat. 


 Bahan Keempat, daging cincang.

Cara saya masak:

Mula-mula saya panaskan minyak dan tumiskan bawang besar hingga layu, selepas itu masukkan cendawan butang, lobak merah dan juga tomato. Setelah lobak agak layu, masukkan pula daging kisar. Gorengkan sebentar, kemudian masukkan lada hitam, kiub daging lembu dan juga garam. Kacau lagi sehingga daging kisar masak. Selepas itu taburkan daun sup, kacau sebentar dan tutup api. Siap.


Inilah rupa inti Sheperd Pie cara saya. Kalau rasa malas nak membakar, saya buat inti ini sebagai topping untuk kentang lecek sahaja.

Ini siri pertama untuk buat Shepherd Pie cara saya (yang tak sama dengan cara orang barat buat). Selepas ini saya akan tunjukkan siri kedua dan seterusnya. Tunggu....! 

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah bunga telang cabang tiga tenggek burung timun betik Biji benih nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi ulam Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Korea Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja abah herba jualan17 melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Durian Belanda Epal Hijau LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik kesum mengkudu siam mulberi pisang Daun Pandan Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun daun kaduk epal bidara gajus hidroponik kebun opis ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam nenas pekasam daun pucuk paku pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Anggur Merah Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Figs Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Plastik Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kari daun keledek daun limau purut epsom salt gadjet gastrik gulai masam hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot keratan batang ketam kobis ungu kucai kuini kumquat kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk putat rendang tamar terung terung berembang ulat Aidiladha Anaheim Peppers Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan air fyer alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium bayam brazil belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kucai bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados chawanmushi cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir geprek ginseng jawa gout halaman hantu harga hatyai hijau hobi hotel ikan ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kangkung tapis kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas khasiat kimchi kiwi kobis kobis cina kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu miang kham microvawe money plant muak nasik lemak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek puding karamel pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever saiko salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung tangkal teh pudina telur separuh masak tembikai kuning terima kasih tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...