Pada satu hari tiba-tiba boss besar minta saya dan rakan-rakan berjualan untuk memeriahkan satu majlis.
Terfikir nak jual apa ya, dalam masa singkat ini mana nak cari barang-barang dagangan. Ada seorang rakan mencadangkan saya jual biji benih yang banyak dalam simpanan saya.
Bukan dengan niat nak mengaut keuntungan cuma memenuhi permintaan boss besar. Kalau dapat untung, alhamdulillah. Kalau tak ada, redho.
Saya menjual biji benih petola bantal, roselle, timun betik dan kacang botol. Tapi nampak sikit sangat pula, macam tak meriah.
Jadi saya pun letak sekali anak pokok mulberi yang telah agak lama saya semai dan juga anak pokok delima yang saya beli di nurseri.
Tak lupa juga saya bawa 'laptop' sebagai rujukan gambar-gambar tanaman dan biji benih yang ada.
Ramai juga orang yang bertanya tentang jualan saya, penat lah juga saya pot pet sana-sini. Macam-macam maklumat saya beri. Nampaknya ramai juga yang berminat.
Jangan tak percaya, barangan pertama yang dibeli oleh pelanggan adalah anak pokok mulberi. Tak sangka saya. Gembira sungguh. Menyesal tak semai banyak-banyak anak pokok mulberi.
Kalau nak tau, pokok delima saya pun habis dijual. Tak ramai yang tahu anak pokok delima ada dijual di nurseri. Bila saya tunjuk gambar pokok delima saya yang berbuah dalam masa tak sampai setahun, lagilah pembeli semakin berminat.
Biji benih dalam peket ada juga yang terjual tapi tak banyak mana. Ada yang ingat saya jual rempah ratus seperti jintan, ketumbar dan lain-lain.
Apapun saya sangat puas hati dengan hasil jualan kali ini. Bukanlah saya tak biasa berjualan. Biasa sangat sejak dari kecik lagi. Tapi inilah kali pertama saya berjualan anak benih dan anak pokok. Lain masa dan peluang tentu saya akan berjualan lagi.
Tak lupa juga ada pelanggan yang tempah racun siput dengan saya. Alhamdulillah, murah rezeki.
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?