Nak beli benih online?

Friday, August 30, 2013

Baru tak Baru, Lama tak Lama


Ini pasu dinding yang saya nampak terjual di nurseri kegemaran. Gambar ini dah lama, baru ada kesempatan nak dimuatkan di sini. Rasanya saya dah pernah nampak bendi ini digunapakai di sesetengah bangunan sebagai hiasan.


Sambil itu lihat sekali tanaman yang ada terjual di nurseri kegemaran. Saya berminat nak ambil gambar pasu dinding itu pun sebab ada ditanam pokok bunga ros jepun.
 
Hari ini saya bersiaran agak lewat sikit sebab baru balik dari kerja luar kawasan yang sangat menyeksakan jiwa dan raga. Kenangan kelat masih melekat lagi kat jiwa sehingga menjejaskan 'mood' saya untuk bekerja hari ini.




************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
 

Thursday, August 29, 2013

Bunga Kuning Memang Cantik



Hari ini saya bekerja di luar kawasan, di sebuah pulau. 


Tengok-tengoklah gambar bunga ini agar dapat hilang rindu di hati.

Wednesday, August 28, 2013

Pucuk-Pucuk Muda lagi Berkhasiat


Pokok cabang tiga saya telah pun mengeluarkan pucuk-pucuk yang kelihatan sangat enak dimakan bersama nasi panas dan sambal yang sesuai.

Kalau mengikut rekod dalam blog ini saya telah mula menanam anak pokok cabang tiga atau tenggek burung ini pada bulan Januari 2013, boleh rujuk di SINI. Setelah hampir tujuh bulan ia pun mengeluarkan pucuk yang agak banyak bagi pokok setinggi setengah meter.


Seperti yang telah saya ceritakan sebelum ini di SINI  ulam cabang tiga atau tenggek burung ini memang sedap lagi berkhasiat.


Saya ambil sikit sahaja daripada pucuk-pucuk yang ada untuk di buat ulam. Yang lain sayang rasanya nak petik. Saya nak biarkan pokoknya semakin rendang dan dapat menghasilkan banyak lagi daun-daun muda yang enak lagi berkhasiat.

Saya buat entry ini khas untuk rakan-rakan yang telah membeli anak pokok tenggek burung daripada saya. Yang mana dah menempah tapi belum dapat lagi di harap bersabar yer. Nanti saya usahakan sehingga pokok yang dicita-citakan itu sampai ke tangan peminatnya.

Tuesday, August 27, 2013

Gubahan Bunga Telang Biru


Mak saya peminat bunga telang sejati. Hari-hari mak saya kutip bunga telang, keringkan dan akhirnya hasilkan perwarna biru daripadanya.

Masa saya balik cuti raya pada hari terakhir puasa, saya tolong kutipkan bunga telang. Sambil menunggu waktu berbuka saya susun bunga telang dan ambil gambarnya.

 Tak boleh buat jambangan dalam pasu, buat dalam pinggan pun bolehlah.



Hari itu kami sekeluarga berbuka dengan air merah jambu hasil campuran pewarna bunga telang dengan ais krim soda (gambar tak sempat  nak ambil sebab sibuk berbuka..hehehe). Sedap juga.


************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Monday, August 26, 2013

Tuaian Terung Bulat

 Ini dia hasil tuaian terung bulat daripada kebun abah saya.
 

 Kita tengok dari dekat sikit, boleh tahan juga banyaknya. Tapi abah saya kata dia dah terlewat tuai terung ini. Patutnya tuai awal sikit.

 
 Ini terung yang paling besar antara semua yang telah dituai. Rasanya cukup sebiji ini untuk sekali masak kari.
 
 
Ini pula nak menunjukkan saiznya bila dibandingkan dengan botol penyembur saiz 1 Liter.

Saturday, August 24, 2013

Anak Pokok Ulam Tenggek Burung


Bila saya suruh rakan-rakan opis teka nama pokok ini ramai yang tak tahu. Inilah pokok cabang tiga atau lebih dikenali sebagai pokok ulam tenggek burung.
Saya ambil anak benih pokok ini daripada kebun abah saya dan saya semai baik-baik dalam pasu kecil. Lepas itu saya jual dekat kawan-kawan opis lelaki selepas menerangkan tentang khasiatnya.
 Boleh tahan juga lakunya....hehehe




Ini dia khasiat ulam tenggek burung yang saya kopipes daripada http://melayukini.net/2012/10/khasiat-pucuk-tenggek-burung-menarik/


1. Pucuk Tenggek Burung berkhasiat dan amat sedap  dijadikan ulam. Baunya yang harum dan berlemak boleh membuka selera makan.
2. Pokok ini mampu membantu wanita terutamanya wanita yang baru lepas bersalin terutama mengecutkan rahim.
3. Ia dapat menurunkan tekanan darah tinggi, menghilangkan lenguh-lenguh di badan dan melancarkan pengaliran darah.
4. Ia juga boleh melambatkan keluar mani lelaki , lebih menegangkan zakar dan menjadikan zakar lebih sensitif.
5. Ia juga menyegarkan badan. Badan rasa ringan sedikit.




************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Friday, August 23, 2013

Rahsia Cempaka Tanjung


Dulu saya pernah ceritakan pasal bunga ini di SINI. Masa itu  saya tak tahu lagi rahsianya. Rupa-rupanya bunga ini masa mula kembang (pada waktu malam), warnanya putih bukannya kuning.



Bila dah kembang seharian (mungkin setelah berjumpa matahari), warnanya bertukar kuning. Tapi baunya tetap wangi semasa warnanya putih atau pun kuning.

Habis dah cerita pasal rahsia cempaka tanjung ini. Saya sebenarnya sangat susah hati sebab kiriman biji benih saya minggu ini belum sampai kepada penerimanya.

Saya terpaksa bagi masa kepada Pos Malaysia sehingga hari ini sahaja. Kalau masih tak sampai terpaksalah saya lancarkan pelan B, kalau tak berjaya juga saya akan lancarkan pelan C pula. Lepas itu saya dah tak ada pelan dah. Saya pun pelan-pelan undur diri. 

Wassalam.

Thursday, August 22, 2013

Ulan

 
Mak saya kata nama pokok ini ulan. Senang nak jumpa pokok menjalar ini dekat belukar kecil dekat dengan kawasan rumah mak abah saya. Agaknya apa nama pokok ini dekat tempat lain yer?
 
 

Pokok ini selain sering dibuat sayur sewaktu main masak-masak masa kecil dulu juga sangat berguna bila terjatuh dan luka sewaktu main lumba lari. Pokok ini saya dan rakan-rakan masa kecik dulu gunakan sebagai ubat luka dan menghentikan darah. Caranya mudah sahaja iaitu dengan melenyek daunnya dengan tapak tangan dan letakkan pada luka tersebut.
 
Daripada pembacaan saya ada orang yang panggil ini pokok selaput tunggul. Pokok ini berkhasiat untuk merawat penyakit gastrik dan ada juga orang yang buat nasi ulam guna pucuk ulan ini.

Wednesday, August 21, 2013

Pizza Rendang Sayuran


Hajat di hati nak buat pizza sebab ada kulit pizza lebihan dekat petias yang dah hampir tarikh luputnya. Tapi banyak bahan yang tak ada.
 
Cuma ada lebihan rendang, capsicum hijau dan keju keping. Puri tomato apatah lagi sos tomato semuanya tak ada dalam simpanan petiais mahunpun stor. Kesian.
 
Disebabkan ini pizza sesuka hati, jadi saya sapukan  mayonis dekat atas kulit pizza, kemudian susunkan capsicum dan taburkan baki rendang ayam pucuk ubi dan mengkudu siam.


Akhir sekali saya carikkan keju keping (itu sahaja jenis keju yang ada) atas pizza sesuka hati saya.


Masukkan dalam ketuhar (terlebih masa la pulak), tadaaaa! Dah siap pizza rendang sayuran saya. Boleh tahan juga rasanya.

Tuesday, August 20, 2013

Tuaian Rendang

Hari Raya lagikan? Tak salah kalau saya nak masak rendang, masa hari raya pertama kedua, ketiga dulu tak berapa makan rendang sebab banyak sangat makanan lain.
 
 Jadi saya pun menuai serba-sedikit tanaman di sekitar rumah saya untuk dibuat rendang. Tapi bukan sebarang rendang, rendang yang tak pernah dibuat oleh orang lain iaitu rendang ayam campur pucuk ubi dan pucuk mengkudu siam.
 
Saya cipta sendiri resepi rendang ini ikut sesuka hati saya.
 
Bahan-bahannya iailah cili api, cili kering, lengkuas, halia, kerisik, santan dan termasuklah bahan-bahan  di bawah ini:
 
 Pucuk ubi, serai dan daun limau purut


 Daun kunyit dan pucuk mengkudu siam.



Tadaaa! Ini dia rendangnya, saya makan dengan pulut kuning microwave. tapi yang ini belum betul-betul kering.
 
Saya masak lagi rendang ini sampai betul-betul kering dan bawa ke opis bertemankan pulut kuning.  Bagi kawan-kawan merasa serba sedikit. Alhamdulillah, ada yang kata sedap. Berjaya juga eksperimen saya.
 
Rendang ini saya buat banyak juga dan ada lebihannya. Nanti kita tengok apa pula eksperimen yang saya lakukan seterusnya.

Monday, August 19, 2013

Terung Bulat Sedap Masak Kari


Disebabkan ianya bulat dan berwarna ungu maka namanya terung bulat. Paling sedap kalau masak kari. Mak saya paling pandai masak kari ikan  (orang lain pun mesti kata mak dia punya masakan paling sedap). Masa kami ada buka kedai makan dulu memang kari ikanlah yang dicari-cari dan disebut-sebut oleh pelanggan.


Macam biasalah pokok terung bulat ini ditanam oleh abah saya di kebun serainya berdekatan dengan pokok bendi dan juga tembikai kuning.

Nampak tak bekas cat? Itu untuk menakung air hujan dan tempurung itu pulak itu menjirus pokok-pokok tanaman abah saya. Semuanya tak payah beli.


Masa saya balik baru-baru ini, abah saya dengan bangganya bagitau dia dapat menjual terung bulatnya dengan harga tinggi dengan kakak angkatnya di pasar.

Kakak angkat abah saya seorang nyonya tua (90-an) yang selalu membeli hasil tanaman abah saya termasuklah serai.

 Sebenarnya dia tak pernah pun mengaku abah saya adik angkatnya, tapi mak saya yang bagi gelaran itu tanpa pengetahuannya. 

Ini adalah atas sebab abah saya setia sangat menjual hasil kebun kepada nyonya tersebut, nyonya lain dia lansung tak pandang.

Saturday, August 17, 2013

Jantung Pisang


Ini ialah jantung pisang, bukan jantung manusia. Tahukah anda saiz jantung anda dan di mana kedudukannya? Cuba genggam penumbuk anda, itulah saiz jantung anda dan kedudukannya adalah di kiri sikit sahaja  daripada tengah dada bukannya betuk-betul dikiri dada kita. (Kalau salah para doktor jangan marah naaa).

Merepek sikit pagi-pagi ini. Tahukah anda bukan semua jantung pisang boleh dimakan. Sebahagian jantung pisang rasanya kelat,  sebahagian lagi  sedap lagi lemak di makan. 

Jantung pisang sedap direbus dan dijadikan ulam, masak lemak, kerabu dan macam-macam masakan yang anda suka, rendang pun boleh.

Teringat saya semasa mak abah saya buat kenduri kesyukuran baru-baru ini, kakak saya sorokkan jantung pisang ini untuk makanan keluarga sahaja sebab dah lama sangat tak merasa makan jantung pisang.

Kalau anda tiba-tiba terasa nak makan jantung pisang, tak payah susah-susah nak cari pokok pisang. Sekarang ini dah ada terjual kat Hypermarket/Supermarket. Cuma bagi orang yang abahnya ada tanam pisang terasa rugi kalau beli, baik minta percuma kat abah dia sahaja.

Friday, August 16, 2013

Punica Raya


Masa balik beraya minggu lalu, saya tinggalkan pokok delima saya dengan tiga biji buah yang hampir matang. Bila balik dari beraya cuma tinggal dua. Mungkin buahnya sudah gugur ke tanah.

Saya pun mencari di antara celahan pasu yang saya letakkan di bawah pokok delima, masih tidak berjumpa. Tak mahu bersangka buruk (cucu jiran jolok buah macam selalu), saya terus mencari. Akhirnya saya jumpa juga  buah delima saya. Setakat hari ini, inilah buah delima terbesar yang dapat saya tuai daripada pokok delima saya nan sebatang.


Gambar di atas adalah untuk menunjukkan saiz sebenar buah delima saya. Agaknya kalau beli dekat pasaraya (bukan pasar malam), mungkin harganya sekitar RM5.99.

Thursday, August 15, 2013

Tuaian Khamis Si Kangkung


Pokok kangkung ini dah lama saya tanam, bila nak masak saya potong sahaja sebahagian batangnya. sebahagian lagi saya biarkan ia tumbuh semula dan menghasilkan pucuk-pucuk baru.

Kebelakangan ini pokok kangkung ini dah pandai memanjat semua pasu gantung yang berdekatan dengannya, malahan pokok delima saya pun di panjatnya. Salah satu sulurnya dah memanjat jauh sehingga sampai ke bahagian sengkuap di hadapan rumah saya. 

Daripada terbiar merosakkan pemandangan di hari raya maka lebih baiklah saya tuai dan gunakannya dalam masakan.


Apa yang saya masak? Tentulah makanan paling ringkas dan mudah iaitu nasi goreng. Nasi goreng ikan masin yang saya terlupa nak letak cili.

Ada kawan opis saya cerita jirannya di kampung kaya dan banyak duit simpanan sebab hari-hari keluarganya cuma makan nasi goreng. Tak perlu masak lauk, sayur dan sebagainya, jimat. Satu hidangan yang sama untuk satu keluarga.

Jadi kalau kita nak banyak duit simpanan dan kaya, silalah hari-hari makan nasi goreng, kalau boleh nasi goreng ikan bilis kosong, boleh pergi Mekah balik hari.

Wednesday, August 14, 2013

Koleksi Gambar Cendawan/Kulat Liar








Inilah gambar-gambar cendawan/kulat liar (satu pun saya tak tau namanya) yang saya jumpa di kebun abah saya. Cakap banyak-banyak pun buang 'karan' saja. Kita tengok gambar sahajalah hari ini yer. 

Tuesday, August 13, 2013

Kenangan Mengaji-Bunga Jarum


Kami panggil ini bunga jarum tapi tak tahulah kalau ada orang nak kata salah lagi, kot-kot tak sama dengan nama panggilan kat negeri lain, hehehe!

Bunga ini menyimpan banyak kenangan manis saya semasa kecik-kecik dulu. Terutamanya waktu pergi mengaji quran. Sementara menunggu giliran mengaji saya selalunya akan hisap cecair pada pangkal bunga jarum ini, rasanya manis.  Perasan sekejap jadi burung kelicap.


Ini rimbunan bunga jarum di hadapan rumah mak abah saya. Menjadi-jadi bunganya masa Hari Raya. 

Masa saya kecik-kecik dulu bunga jarum yang ada dihadapan rumah guru mengaji saya warnanya kuning dan bunganya lebih besar daripada yang ini.

Monday, August 12, 2013

Patah Tumbuh Hilang Berganti


Ini pokok anggur mak saya yang kena mesin oleh adik saya semasa dia memotong rumput. Pokoknya dah tumbuh semula.


Punyalah banyak pancang kayu yang mak saya letak keliling pokok ini. Semuanya untuk mengelakkan pisang berbuah dua kali, jangan sampai terpotong lagi bila adik saya potong rumput.

Mak saya risau sangat bila pokok anggurnya terpotong, tapi saya bagitau jangan risau, pokok anggur yang dipotong akan cepat tumbuh semula. Malahan kalau bernasib baik siap tumbuh dengan bunga yang akhirnya akan menjadi buah.

Tuesday, August 6, 2013

Selamat Ulang Tahun Pertama Semua Menjadi - smRose


Hari ini, waktu ini genap setahun usia Blog Semua Menjadi. 

Mungkin ada (mungkin juga tiada) yang tertanya-tanya siapa penulis blog Semua Menjadi. Sebenarnya saya telah mula menulis di dalam blog sejak tahun 2004 dengan menggunakan nama lain. 

Saya memang tiada pendidikan formal dalam bidang pertanian tapi amat meminati bidang ini sebagai salah satu hobi saya.

Tiada apa yang istimewa di blog ini, cuma sekadar tempat saya berkongsi cerita dan pengalaman saya dalam usaha tani.

Terima Kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan yang sudi membaca blog saya sama ada rakan yang sering berbalas komen dengan saya atau pembaca-pembaca 'sunyi' yang malu nak bersuara. Jasa, nasihat dan kata-kata semangat kalian sangat saya hargai dan tidak pernah saya lupakan.

Kalau ada yang tersinggung dengan kata-kata saya di dalam blog ini harap dapatlah maafkan saya. Saya manusia biasa yang tak lepas daripada buat kesilapan dan tak pernah sempurna.

Harapan saya blog Semua Menjadi mendapat tempat dihati pembacanya dan saya sendiri sebagai penulisnya akan bersemangat dan terus tekun berusaha berkarya selagi berdaya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Cili Hijau Tetap Pilihanku


Sudah lama pokok cili saya mati dan tak berganti. Ini pokok cili besar yang abah saya tanam dikebunnya. melihat pokok ini saya rasa sedikit cemburu.



Saya ada cuba menyemai anak cili besar, malangnya tempat semaian saya dirosakkan oleh kucing jiran yang hari-hari bermain sambil membuang najis di hadapan rumah saya.



Saya ada minta abah saya semnaikan cili besar untuk saya, tapi abah saya kata dia malas sebab selalunya tak menjadi (patutlah saya semai pun tak menjadi, penyakit keturunan rupanya). 

Abah saya kata lagi kalau bab cili ini sila minta mak saya yang semaikan. Mak saya pun dah semaikan dan saya tunggu anak pokok cili besar dan saya tak sabar nak tanam dekat rumah saya pula.

Monday, August 5, 2013

Gebu


Dah dekat-dekat raya ni cerita pasal kucing pun ok kot. Ini kucing yang mak saya jumpa di buang di kawasan rumah dia.


Disebabkan bulunya yang panjang dan gebu, jadi dia diberi nama Gebu, senang, mudah dan pendek.


Gebu ini kucing kesayangan Mimin.


Tapi Gebu ini tak comel mana sebab asik bertahi mata, comot saja rupanya. Dah diberi ubat pun masih tak baik-baik lagi.

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah bunga telang cabang tiga tenggek burung timun betik Biji benih nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi ulam Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Korea Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja abah herba jualan17 melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Durian Belanda Epal Hijau LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik kesum mengkudu siam mulberi pisang Daun Pandan Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun daun kaduk epal bidara gajus hidroponik kebun opis ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam nenas pekasam daun pucuk paku pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Anggur Merah Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Figs Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Plastik Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kari daun keledek daun limau purut epsom salt gadjet gastrik gulai masam hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot keratan batang ketam kobis ungu kucai kuini kumquat kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk putat rendang tamar terung terung berembang ulat Aidiladha Anaheim Peppers Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan air fyer alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium bayam brazil belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kucai bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados chawanmushi cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir geprek ginseng jawa gout halaman hantu harga hatyai hijau hobi hotel ikan ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kangkung tapis kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas khasiat kimchi kiwi kobis kobis cina kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu miang kham microvawe money plant muak nasik lemak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek puding karamel pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever saiko salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung tangkal teh pudina telur separuh masak tembikai kuning terima kasih tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...