Memang saya teringin sangat nak bela kucing. Punca utamanya adalah FB. Saya tengok ramai yang tayang kucing comel-comel belaka jadi saya pun teringin nak sekor. Paling kurang boleh jadi model bagi menceriakan gambar-gambar tanaman saya.
Dulu saya pernah ada dua ekor kucing yang sangat saya sayangi. Lama sangat dah. Mungkin kali terakhir saya ada kucing kira-kira 10 tahun yang lalu. Disebabkan sangat teringin berkucing saya telah membeli banyak peralatan kucing contohnya tali hijau seperti dalam gambar. Bekas makan dan minum kucing dan pelbagai barangan kucing yang saya jumpa.
Pencarian kucing saya bermula di sebuah pasar basah. Ada banyak kucing di situ tapi kebanyakannya dah tua sangat tak sesuai dijadikan anak angkat. Yang muda-muda pula kurus dan tak sihat. Saya terjumpa seekor kucing yang agak sesuai tapi tak tak banyak pilihan warna. Kucing tersebut berwarna hitam.
Saya pun bawa pulang ke rumah. Mandikan, bagi minum dan makan. Tapi dia tanak makan. Saya sediakan kotak beralas kain sebagai tempat tidur dan dia tidur nyenyak di situ.
Malangnya kerjanya tidur sahaja, bangun pun sekejap sahaja. Makan pun tidak. Masuk hari kedua saya risau kucing tersebut akan mati, lalu saya hantar semula ke pasar.
Selepas itu ada juga kawan-kawan yang kata nak bagi kucing tapi sampai sekarang tak nampak batang idung.
************************************************************************
Nak dapatkan biji benih tanaman?
Sila ke SENARAI BIJI BENIH
Nak dapatkan anak pokok?
Sila ke SENARAI POKOK
Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
Sila ke KERATAN BATANG TANAMAN