Nak beli benih online?

Tuesday, October 30, 2012

Malang bukan Maling

Jangan sentiasa memandang orang yang diatas, sekali sekala pandang orang yang di bawah. Kalau rasa diri malang, ada orang yang lebih malang daripada kita, bersyukurlah.

Macam sedih sahaja bunyinya, tapi sebenarnya biasa-biasa saja. Pertamanya selepas balik Raya Haji, nak panaskan sup yang di bawa dari rumah mak abah, letak dalam microwave tapi tak panas-panas. Alamak! Microwave dah rosak. takkan nak kena beli baru. Simpan dulu. Banyak dah barang yang rosak saya simpan saja dekat rumah. Sebulan ke dua bulan kemudian bila diperiksa, boleh guna semula. Contohnya peti ais, kamera digital dan jam tangan. Mana tau sejarah mungkin berulang (doa). Buat masa sekarang terpaksalah masak nasi pakai pengukus elektrik, malas nak keluarkan periuk nasi elektrik yang dibeli tahun lepas, masih dalam kotak. Sayang nak guna.

Keduanya, bangun tidur pagi, buat apa yang patut, tengok jam, banyak masa lagi. Tidur sekejap dekat sofa. Letak cermin mata dekat lantai. Tidur. Bangun dan terpijak cermin mata. Oh! Tidak! Sejarah berulang. Cermin yang retak, bingkai masih elok. Pakai sajalah. Kawan kat opis tak perasan pun. Bila disebut baru nampak retaknya.

Ketiga, tiba-tiba terasa nak alihkan perabot di dapur. Almari pinggan mangkuk, tolak punya tolak, lutut menekan cermin almari yang nipis, pecah, lutut luka berdarah. tak sakit sangat, tapi darah banyak keluar.

Tapi ramai orang kata, di setiap kesusahan yang menimpa mesti ada rahmat di kesudahannya. Saya sedang menunggu.


Monday, October 29, 2012

Tuaian Hari Isnin


Tuaian hari ini merupakan kailan yang saya tanam secara hidroponik. Lama juga saya tunggu kailan ini membesar. Tapi berbaloi juga tanam secara hidroponik, tak payah siram, tak payah baja dan tak banyak serangan perosak.


Dulu-dulu saya ingat sayur kailan ini rasanya pahit di sebabkan warnanya yang hijau tua. Tapi setelah biasa makan sayur kailan barulah saya tau, rasanya jauh lebih sedap daripada sayur sawi yang kadang-kadang rasanya sedikit payau.

Tuaian kali ini saya gunakan untuk masak kailan ikan masin. Memang sedap. Sebenarnya sayur kailan ini paling sedap di bahagian batangnya, rasanya manis dan rangup. Kalau masak sayur kailan jangan buang batangnya walaupun kelihatan keras. Caranya siat kulit hijau yang ada pada batang kaialan dan ambil batang tersebut, potong macam biasa dan campurkan sekali dalam masakan.

Sunday, October 28, 2012

Daun Kunyit

Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman? 
WhatsApp 017 455 95 36


Saya tanam pokok kunyit saya di dalam pasu di bahagian belakang rumah saya.  Dulu belakang rumah saya ini tak ada orang tinggal, baru-baru ini ada pula orang pindah masuk. 

Mula-mula dia pindah dulu, runsing juga saya. Hari-hari menjerit marah anaknya. 

Asalnya mak saya yang semaikan kunyit ini, kemudian saya pindahkan ke pasu. Ini adalah pusingan kedua bagi pokok kunyit ini, pokok yang sebelum ini dah layu, maknanya kunyit dalam tanah dah matang, tapi saya tak ambil. 

Saya biarkan hidup semula sebab saya suka daun kunyit. Kalau setakat goreng ikan, saya guna kunyit serbuk sahaja.




Pokok kunyit ini membesar dua kali ganda daripada pokok asalnya. Saya suka masukkan daun kunyit banyak-banyak dalam rendang. Kalau masak ikan herba pun saya suka letak banyak daun kunyit berbanding daun lain.

Selain daripada pokok ini, saya juga ada tanam pokok kunyit dalam pasu gantung (nampak sikit pasu gantung dalam gambar ini). 

Tapi pokoknya kecil-kecil sebab saya tanam dari benih kunyit kecil-kecil yang di beli di Tesco (last stock)

Mungkin yang dalam pasu gantung ini, saya akan tuai isi kunyit. Bila? Tunggu sampai daun-daunnya dah tak tumbuh lagi dan mula layu.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Saturday, October 27, 2012

Tomato Ceri


Tomato ceri lebih kepada buah daripada sayur, rasanya yang manis, sangat sedap dimakan begitu sahaja. Tak payah nak cicah garam.






Tinggal yang kuning dan hijau sahaja untuk sesi penggambaran kali ini. Yang elok masak merah dah habis kena makan begitu sahaja dan sebelum ini di buat salad ringkas dengan kekabu air.

Thursday, October 25, 2012

Di Hujung Sana Tempat Mu

Bunga Melur


Inilah bunga pertama yang saya tanam di rumah saya. Saya memang sangat sukakan wangian bunga melur. Kalau saya beli pewangi pun saya suka wangian melur, malah minuman kesukaan saya adalah teh melur.


Macam biasa, saya beli anak pokok bunga melur di nurseri yang saya pergi tiap-tiap minggu. Kalau nak bunga melur kita sentiasa berbunga, selalu-selalulah cantas dahan-dahannya.

Wednesday, October 24, 2012

Mari Membuat Sirap Roselle


Ini adalah buah roselle yang saya kutip daripada dua batang pokok roselle yang saya ada, sikit sahaja. tapi cukuplah kalau nak buat sirap roselle. Buah roselle ini kena kutip cepat-cepat, takut batang pokoknya patah tak mampu menahan berat buah roselle yang banyak pada batangnya yang kurus.


Mula-mula tanggalkan kelopak roselle daripada buahnya. Kemudian masukkan air. Kawan saya kata, dia suka makan kelopak roselle segar, akatanya sedap. Saya pun cuba, memang sedap dan tidaklah terlalu masam rasanya.


Inilah rupanya buah roselle yang telah di tanggalkan kelopaknya. Saya tak tau nak buat apa dengan buah roselle, mungkin boleh buat minyak biodiesel macam buah jarak. Kalau buah ini dah tua, bolehlah ambil biji benihnya untuk di tanam.


Saya guna gula warna coklat ini sebab ini sahaja stok gula yang ada dekat rumah saya. Rasanya kalau guna gula jenis ini lebih sihatkan. Kalau salah minta maaf lah yer. Gula ini tak semanis gula putih, jadi kena guna banyak sikit. saya guna kira-kira 3/4 mangkuk.


Ini pula rupa sirap roselle selepas masak. Nampak tak? Masih berasap. Patutnya kena masak lama lagi biar jadi pekat. Selepas masak, saya sejukkan dan masukkan dalam botol dan simpan dalam peti ais.


Gambar ini bertujuan untuk melihat perbezaan antara sirap roselle yang saya buat dengan pekatan ribena yang saya beli. Nampak tak jauh beza warnanya. Cuma sirap roselle saya belum cukup pekat lagi. Rasanya pun lebih kurang. 

Saya buat post ini sebab ada kawan-kawan dekat opis tanya macamana nak buat sirap roselle. Harap-harap ini boleh jadi rujukan untuk kawan-kawan dan sesiapa yang berminat.

Tuesday, October 23, 2012

Tuaian Hari Selasa


Jambu ini lagi, kebelakangan ini berlumba-lumba dia masak. Kalau di biar lama kat pokok jadi habuan burung pulak.
 

Inilah rupa mereka di pokok, walaupun di tanam tanpa membuang pasu plastik, sekarang ini pokoknya dah banyak mengeluarkan pucuk-pucuk baru. Bunga-bunga baru pun ada. Saya dapati buah jambu ini kalau warnanya dah merah sangat, rasanya jadi masam. Tapi kalau masih mengkal, warnanya hijau kemerahan, rasanya manis sikit dan sedap di makan. Agaknya kalau dah banyak sangat buah jambu ini bolelah saya buat jus Red Indian Guava pula.

Monday, October 22, 2012

Terung Berembang


Terung berembang selalunya tumbuh liar, jarang-jarang sangat keluarga saya makan terung jenis ini. Pada saya terung ini ada sejenis bau yang pelik dan rasanya pun payau. Tapi setahu saya, ada ramai peminat terung berembang , terutamanya kalau dimasak sambal tumis dengan ikan bilis atau di campur dalam kari hijau Thai. 


 Saya teringat nak cerita pasal terung berembang ini sebab masa mak saya datang ke rumah saya hari tu, dia ada cerita pasal terung berembang. Kata mak saya, saya tak berapa nak ingat sama ada dia tengok di TV atau dia dengar orang cerita. Katanya, orang tu kata masa kecik-kecik dia miskin, sewaktu hari raya dia tak dapat makan daging, jadi keluarga dia buat sambal tumis ikan bilis campur terung berembang untuk ganti rendang daging. Dia makan lemang cicah dengan sambal tumis terung berembang. Kesian dia.


Sempena Hari Raya Aidiladha yang nak hampir menjelma ini mesti ada acara makan-makan lemang. Apakata tahun ini kita makan ketupat dan lemang cicah sambal tumis terung berembang. Tapikan saya ada dapat ilmu yang baru daripada seorang kakak kat opis saya, katanya orang kat tempat dia makan lemang cicah dengan daging masak taucu. Kalau ada sesiapa teringin nak cuba silalah.

Sunday, October 21, 2012

Penangan HUjan


Semenjak dua menjak ini hujan turun lebat di seluruh Malaysia sseperti yang di hebohkan dalam berita. Dekat tempat saya dan tempat saya oustation memang hujan lebat. Masa  saya outstation, saya dapat panggilan daripada opis suruh outstaion lagi minggu depan. Melampau betul, kesian dekat tanaman saya, nanti mesti diorang rindukan saya. Ini semua gara-gara projek yang telah dihentikan kira-kira dua tahun lepas. Sekarang nak sambung balik, saya dah tak bersemangat lansung nak teruskan. Bosan.

Sibuk cerita pasal hal lain pula. Sebenarnya saya nak cerita pasal gambar di atas. Nampak tak ada anak pokok tumbuh dari buah roselle yang masih merah. Ini semua penangan hujan yang turun setiap hari, sampai anak benih tumbuh dari dalam buahnya.


Pokok-pokok lain yang saya tanam pun nampaknya semakin menjadi-jadi. Terutamanya daun kesum yang semakin rimbun. Begitu juga pokok-pokok lain yang berlumba-lumba mengeluarkan pucuk baru. Jangan banjir sudah!

Saturday, October 20, 2012

Perkembangan Anggur


Hari ini mak dan adik saya datang rumah. Kitaorang pergi shopping dan mak saya tak lupa membeli belah di nurseri. Hari ini kami jumpa bunga ros jepun yang sangat murah, satu polibeg si Kamal jual seringgit sahaja. Saya beli dua, mak saya pun beli dua. Saya pilih warna kuning, yang lagi satu tak ada bunga lagi, tak tau la warna apa, tapi daun dan batangnya nampak sihat dan gemuk.

Mak saya peminat bunga raya, ada sepohon pokok bunga raya yang cantik di nurseri, mak saya tanya berapa harga, Kamal kata RM15, saya tambah kalau beli dekat tempat lain harganya RM20. Mak saya tak jadi beli, tapi ada seorang perempuan yang dengar saya cakap pasal harga bunga terus ambil bunga raya tersebut dan bayar duit terus pada si Kamal tanpa tawar-menawar. Lepas ini bolehlah saya buka nurseri, ada orang percaya bulat-bulat apa yang saya cakap.

Petang tadi mak saya balik setelah penat membeli-belah. Tengahari tadi makan shushi kat restoren shushi, adik saya belanja, saya makan. Petang makan bihun goreng, adik saya belanja lagi. Malam ini terpaksalah masak di rumah. Baru nak masak, gas pula habis. Terpaksa masak lauk dalam microwave.

Tak ada lansung cerita pasal anggur dalam entry ini. Nampaknya anggur dah semakin membesar. kalau boleh nak tangkap gambar hari-hari, tapi malu pula kalau di nampak olah jiran-jiran. Harap-harap dapatlah makan anggur yang manis. Saya sudah belajar cara bagaimana nak memastikan pokok anggur mengeluarkan buah yang manis dari tahun lepas lagi. Siapa nak tau, kena bayar duit pengeras.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Friday, October 19, 2012

Tuaian Hari Jumaat-Ikan Herba


Hasil tuaian hari ini dikutip khas untuk buat resepi ikan herba. Mari saya kenalkan mereka ini dari atas dan seterusnya lawan arah jam. Yang pertama tentulah daun kunyit, seterusnya kangkung, pudina, daun mengkudu siam, daun kesum, daun jarum tujuh bilah, daun limau purut, ulam raja dan yang terakhir daun mulberry.


Daun-daun tadi saya potong kasar guna gunting dapur. Kalau hiris halus-halus baik buat bunga rampai.  Daun-daun ini cuma cadangan dari saya, kebetulan ini sahaja daun-daun yang dapat saya kutip di sekeliling rumah saya.  Boleh tambah daun-daun lain kalau suka.


Ini ramuan untuk sambal ikan herba. Yang merah cili (saya guna cili besar sebab saya takut pedas, kalau suka boleh guna cili padi), bawang besar dan juga pes asam jawa. Sila tumbuk kasar untuk dijadikan sambal. Opps! Jangan lupa masukkan garam dam gula secukup rasa.


Kalau dah namanya ikan herba, tentulah kena ada ikan, untuk hari ini saya gunakan ikan tenggiri, selalunya saya guna ikan kembung, tapi hari ini ikan kembung lupa nak masuk peti ais saya. Kalau nak guna ikan-ikan lain pun boleh juga.


Mula-mula letakkan hirisan daun-daun tadi di bahagian bawah mangkuk, kemudian letak potongan ikan.


Lepas itu, tambah lagi daun-daun di atas ikan, akhir sekali letakkan sambal di bahagian atas sekali .


Kemudian, masukkan mangkuk dalam pengkus dan kukus selama 20 minit (saya guna pengukus elektrik).
Ikan herba ini sangat sesuai dimakan dengan nasi putih panas. Kalau tak ada lauk atau sayur lain, ikan herba ini pun dah cukup. 
Kalau tak percaya, cubalah!



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Thursday, October 18, 2012

Tanam Secara Terbalik LDL


Bahan yang diperlukan:


Bekas pencuci 5L atau bekas minyak/bekas air mineral atau apa-apa botol besar. Juga sehelai kain sebesar sapu tangan.


Alatan memotong seperti gunting, pisau dan gunting pokok. Selain daripada itu gerudi/'driller' juga diperlukan untuk membuat lubang. kalau tak ada tak apa, kita guna paku panas. Lagi satu, kita perlukan dawai penggantung pasu, kalau tak ada, guna tali rapia pun boleh.

LDL -Langkah Demi Langkah



Langkah Pertama:

Buat lubang pada bahagian dasar botol, saiznya kalau boleh muat untuk tangan anda di masukkan ke dalam botol.



 Langkah Kedua:

Buat lubang kecil menggunakan gerudi untuk dawai penyangkut pasu.



Langkah Ketiga:

Masukkan dawai penggantung pasu pada lubang-lubang yang disediakan tadi, gantungkan untuk lihat keseimbangan dan panjang dawai yang sesuai.

Langkah Keempat:

Potong kain bentuk '+" di bahagian tengah.


















Lagkah Kelima:

Ambil anak pokok yang hendak di tanam, saya tak ada pokok lain kecuali pokok bendi ini.Selalunya orang tanam pokok tomato sahaja dengan cara ini.














Langkah Keenam:

Letakkan kain ke dalam bekas dan masukkan bahagian akar pokok melalui muncung bekas. Pastikan akar di masukkan di bahagian kain yang telah di potong.









Langkah Ketujuh:

Masukkan tanah campuran 3/4 bahagian daripada bekas.















Langkah Terakhir:

Siram tanah melalui lubang di bahagian dasar bekas,
kalau nak membaja pun gunakan lubang tersebut. Sekarang anda boleh gantungkan bekas tanam terbalik anda di mana yang anda suka. Ia dapat menjimatkan ruang menanam dan kelihatan unik, mesti jiran anda teringin nak tiru cara anda kan.






************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Wednesday, October 17, 2012

Tuaian Hari Rabu


Tuaian hari ini merupakan daun kekabu air dan tomato ceri. Sikit sahaja. Tomato itu sahajalah yang masak, yang lain muda lagi.


Pokok kekabu air pula terpaksa dituai sebab sudah terlalu gemuk dan memenuhi ruang untuk pokok daun sup membesar.


Hasil tuaian tadi saya ubah menjadi hidangan salad ringkas.


Mudah sahaja caranya, saya cuma potong-potong daun kekabu air dan belah dua tomato ceri. Letak dalam pinggan dan tuangkan sos 'thousand island'.  Siap.  Sedap lagi berkhasiat.

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah bunga telang cabang tiga tenggek burung timun betik Biji benih nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi ulam Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Korea Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja abah herba jualan17 melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Durian Belanda Epal Hijau LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik kesum mengkudu siam mulberi pisang Daun Pandan Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun daun kaduk epal bidara gajus hidroponik kebun opis ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam nenas pekasam daun pucuk paku pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Anggur Merah Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Figs Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Plastik Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kari daun keledek daun limau purut epsom salt gadjet gastrik gulai masam hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot keratan batang ketam kobis ungu kucai kuini kumquat kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk putat rendang tamar terung terung berembang ulat Aidiladha Anaheim Peppers Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan air fyer alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium bayam brazil belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kucai bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados chawanmushi cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir geprek ginseng jawa gout halaman hantu harga hatyai hijau hobi hotel ikan ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kangkung tapis kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas khasiat kimchi kiwi kobis kobis cina kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu miang kham microvawe money plant muak nasik lemak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek puding karamel pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever saiko salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung tangkal teh pudina telur separuh masak tembikai kuning terima kasih tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...