Saya memang suka makan ulam walaupun tak bersambal belacan macam orang lain. Semuanya kerana saya tak tahan pedas.
Kebelakangan ini saya gemar mengutip bunga dan kacang telang untuk dibuat ulam. Kali ini saya ambil kudup bunga telang kerana selalunya bunga telang yang sudah kembang dipenuhi semut hitam.
Tapi terasa perbezaan rasa antara bunga telang kembang dan yang masih kudup. Tentunya yang telah kembang lebih sedap, lemak dan manis rasanya.
Pokok timun tikus yang biasanya paling orang tak suka bila dia mula menjalar disekeliling pagar rumah. Saya pun tak suka sebab ia menyemakkan pandangan mata. Tapi kali ini saya biarkan sahaja. Saya kutip buahnya yang comel dan kecil sebagai ulam.
Rasa timun tikus memang lebih kuat berbanding timun biasa walaupun saiznya kecil. Saya suka rasanya. Memang sedap kalau dibuat ulam makan bersama nasi.
************************************************************************
Nak dapatkan biji benih tanaman?
Sila ke SENARAI BIJI BENIH
Nak dapatkan anak pokok?
Sila ke SENARAI POKOK
Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
Sila ke KERATAN BATANG TANAMAN