Thursday, August 28, 2014

Ulaman dari Tumbuhan Meliar Sekeliling Rumah



Saya memang suka makan ulam walaupun tak bersambal belacan macam orang lain. Semuanya kerana saya tak tahan pedas.
 
Kebelakangan ini saya gemar mengutip bunga dan kacang telang untuk dibuat ulam. Kali ini saya ambil kudup bunga telang kerana selalunya bunga telang yang sudah kembang dipenuhi semut hitam. 
 
Tapi terasa perbezaan rasa antara bunga telang kembang dan yang masih kudup. Tentunya yang telah kembang lebih sedap, lemak dan manis rasanya.
 
Pokok timun tikus yang biasanya paling orang tak suka bila dia mula menjalar disekeliling pagar rumah. Saya pun tak suka sebab ia menyemakkan pandangan mata. Tapi kali ini saya biarkan sahaja. Saya kutip buahnya yang comel dan kecil sebagai ulam.
 
Rasa timun tikus memang lebih kuat berbanding timun biasa walaupun saiznya kecil. Saya suka rasanya. Memang sedap kalau dibuat ulam makan bersama nasi.





 
************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?


 

Wednesday, August 20, 2014

Tawaran Hebat Pakej Merdeka- Jualan Biji Benih


Tawaran Hebat Terkini!

TAWARAN TELAH TAMAT

Pakej Merdeka: 10 peket benih hanya RM20. Percuma kos poslaju.

(Harga asal sepeket biji benih RM2. Kos Poslaju RM6) 

Tiada pilihan biji benih. 
Biji benih dalam pakej ini adalah:
 1. Kacang Panjang Renek
 2. Bendi Arab
 3. Roselle
 4. Sawi Curly
 5. Bunga Telang
 6. Petola Bantal
 7. Labu Manis
 8. Ketumbar
 9. Ulam Raja
10. Bayam Merah

Sila email semuamenjadi@gmail.com atau hantar mesej di FB Semua Menjadi untuk memesan pakej ini.

Monday, August 18, 2014

Kebun Terung

Dah lama saya tak cerita pasal kebun abah saya. Lagipun masa musim panas hari tu banyak tanaman yang tak menjadi. Serai pun tak dapat nak jual masa hari raya sebab banyak yang tak elok.
 
Bila dah mula musim hujan ini abah saya tanam macam-macam tanaman termasuklah terung seperti gambar di bawah.
 
 Berkilat terung ni sampai nampak baju jurugambar yang berwarna biru.










Kebun kecik jer pun.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?


Tuesday, August 12, 2014

Petani yang disangka Penulis Novel

Sekarang ini aktiviti pertanian saya dah semakin berkurang, saya lebih menumpukan ke arah perniagaan (cheeeewah!!). Jadi tak banyak cerita bertani yang nak saya ceritakan.

Kerja saya setiap hari dari hari ahad hingga rabu adalah mengunjungi pejabat pos. Kadang-kadang saya pergi ke pejabat pos berlainan agar taklah jemu petugas-petugas pos di pejabat pos tertentu bila melihat muka saya setiap hari.

Ramai orang yang tak percaya bila saya kata saya pos pokok. Jadi untuk mengelakkan keraguan dan soalan yang lebih banyak, saya terpaksalah memberitahu yang 'salah' tentang barangan yang saya pos.

Di sebuah pejabat pos yang terkenal dengan perkhidmatan yang lembab tapi paling berdekatan dengan rumah saya, saya ditanya dengan soalan yang paling saya tak suka jawab.

" Apa barang dalam parcel ni?". Saya jawab,"Buku". Dipejabat pos yang laian saya jawab baja. Itu yang kena bagi baja percuma tu.

"Akak pos novel yer" , saya tersenyum sendiri. " Akak penulis novel yer", 'ah sudaaah' kata saya dalam hati.

ni mesti nak novel percuma dengan tandatangan penulis ni.

Cepat-cepat saya jawab TAK.

Saya ceritakan pada kawan kawan-kawan di opis. Ada ker patut diorang kata muka saya ni tak ada tokoh jadi penulis novel  (*sebenarnya dudlu-dulu saya pernah berangan nak jadi penulis novel....hahaha!).

bukan gambar 'penulis novel'








************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?




Thursday, August 7, 2014

Bunga Telang Kering untuk diJual






Berminat dengan bunga telang kering untuk dijadikan pewarna masakan semulajadi, teh untuk menghilangkan  stress dan juga boleh dijadikan sirap.

Satu bekas lebih kurang 100 kuntum bunga telang kering RM5. Poslaju RM6 (sampul prepaid poslaju  saiz S 500g) .


Bagi yang berminat boleh email semuamenjadi@gmail.com atau hantar private message kepada fb Semua menjadi.


************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?


Wednesday, August 6, 2014

Tragedi Seorang Nyonya Tua 'Elegant', Saya, Boss dan Petugas Pos

 
  ************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Monday, August 4, 2014

Cer teka bunga apa?






************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?