Turun flight terus beli simkad kat airport 105k Dong untuk 5gb, lebih kurang RM21 ( masa sy gi tu cuma darab 2 jer utk convert ke rm). Kat hotel ada wifi free. Pantas dan murah berbanding Msia. Mungkin tk ramai orang sana yg guna kot.
Ketua rombongan saya ada ambil pakej utk rombongan kami seramai 13 org (+2 baby). Sorang kena bayar dlm RM115. Start ambil dari airport, jalan-jalan Sg Mekong dan beberapa tempat shopping. Bas kecil yg disediakan amat selesa. Layanan pun sangat baik oleh pemandu pelancong yg agak hensem.
Barang-barang semua diorang angkat, jln lenggang kangkung sambil selpie. Berhenti kt masjid untuk solat dan disediakan makanan yg dikira agak mewah (sbb mknan halal kt sana mahal). Ada ikan siakap, nasik, kari ayam, udang goreng, sayur, sup, buah buahan dan lain2 lg, sampai tk habis nk mkn. Kawan2 ada yg siap tapaw bwk balik hotel.
Hotel di Vietnam sangat ikut peraturan. Setiap bilik hanya boleh memuatkan 2 orang. 6 thn diatas dah dikira sbg adult yer. Ada family yg nk jimat, sebilik 4 org terpaksa bayar lebih. 15usd satu kepala utk satu malam, byk tu kalau bajet kecik.
Sblm pergi ke sana sy minta ketua book satu bilik utk sy seorang, agak murah sbb hotel kecil rm325 utk 3 mlm termasuk sarapan. Bilik selesa, bersih, ekon mantap cuma bilik agak sempit. Jgn lupa bwk universal adaptor bila kesana, mmg hotel ada sediakan 2 ke 3 unit utk pinjam tp asik habis jer.
Makanan halal mmg mahal tp paling mahal kt Restoran Serai, pemandu pelancong kata sbb sewa kedai tu mahal, sekitar 6000usd. Nk mkn murah sikit pi restoran halal sekitar kedai Jamilah. Ada byk restoran kt situ. Harga separuh dr restoran Serai tp tetap mahal berbanding Msia.
Elok la bwk rice cooker n sambal2 kalau nk jimat duit. Hidangan nasik mmg mahal kt sini. Lagi satu makanannya kebanyakannya pedas, klo sy mkn mmg menangis. Bg yg suka mkn pedas tkde masalah.
Utk beli brg harga lebih kurang shj kt mana2, termasuk kedai borong cuma pilihan lebih byk. Pasar mlm tiap2 mlm pun ada, boleh tawar sehingga 30% sblm kna marah. Tp sy lebih suka beli brg yg bkn di pasar mlm tp yg jual tepi2 jln longok2 tu, lebih murah tp bila polis dtg, habis semua bertempiran lari.
Kopi ais vietnam mmg sedap rm3 dijual atas moto shj. Sandwich ala subway (bahn mi) pun sedap dan harganya murah rm4 ke rm6 shj mengikut inti yg kita pilih.
Nak beli benih sila ke pasar Ben Thanh, mungkin sy terlupa nak tawar masa beli, harganya agak mahal. Benih biasa2 jer tk byk yg rare. Sy habis rm350 utk beli benih shj.
Apa yg menarik utk dibeli? Tudung nilopar, arianee tipu mmg byk sgt dan sgt murah (sy bli byk), kain pasang (sy tk beli sbb tk pkai baju kurung) tp mmg cantik2 dan murah2 sgt. Kopi. Gajus. Jubah. Kurta. Telekung. Beg. Mmg sgt murah 30% drp harga di Msia.
Duit msia masih boleh digunakan di Vietnam, cuma ada restoran yg nk Dong atau usd shj. Naik teksi guna Dong. Teksi murah dan selesa. Kat Hard Rock mmg kna guna Dong dan usd shj. So sila bawa rm byk2, Dong sikit, usd byk2.
Airport n kastam Vietnam sgt strict, hand luggage 7 kg shj (Air Asia). Waktu pemeriksaan kna bukak kasut. Sila beli luggage byk2 yer sbb kain, telekung tu semua berat.
Byk pulak sy menaip kali ni, tqvm sbb rajin baca sampai habis. Ini pengalaman sy dan mungkin berbeza dgn org lain. Harap dpt jd panduan bg yg first time nk gi Vietnam.
Kalau ditanya adakah sy nk pg sana lg, yer saya nak. Tentunya utk shopping lg.
Sedikit info sampingan, kata pemandu pelancong tu, rakyat Vietnam 3 kali ganda dr rakyat Msia. Pengangkutan utama adalah motosikal, ada 7 juta org kt HCM dan bilangan moto 3 juta. So jln raya sgt sesak dgn moto tp klo nk seberang jln jgn takut2, jln jer diorang akan mengelak dr langgar kita.