Nak beli benih online?

Thursday, February 16, 2017

Cuti-cuti Vietnam Hari Kedua HCMC

Pagi2 bangun dan sarapan kat hotel, ada byk buah-buahan disediakan. Saya minta pekerja hotel untuk sediakan telur setengah masak.





Masa sarapan tu ada satu group keluarga melayu dari Terengganu pun sarapan sekali. Saya perhatikan salah seorangnya ambil sosej utk dimakan. Ketika ditegur diorang buat muka pulak.

Siap panggil receptionist hotel untuk pastikan sosej tersebut dibuat dari ayam. Masalahnya kalau dibuat dr ayam bukan cik bab1 pun, sapa yg sembelih ayam tu, cik karim? Minyak gorengnya guna seri murni pemeringkatan 2 kali ker, mungkin goreng sekali dgn ham garing. Setelah ditegur kali kedua barulah agaknya diorang teringat diorang berada kt mana bukannya kat Malaysia.


Setelah kenyang, kami pun tunggu bas sampai. Kali ni naik satu bas yg agak besar sikit dgn satu group lagi dari Singapore. Keseluruhan penumpang bas seramai 24 orang.


Kami memulakan perjalanan ke Sg Mekong yang mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit. Berhenti sebentar kat satu tempat shopping yang byk jual beg dan baju. Saya tak beli apa2 pun. Tengok2 jer sambil memikir klau beli byk nanti luggage lebih 25kg.... huhuhu




Kemudian kami pun sampai kat tebing Sg Mekong. Ada  byk tempat shopping. Saya tengok2 lagi dan berazam, bila habis tour nanti saya akan mula membeli-belah.



Kami pun naik bot besar untuk pergi ke Kg Kelapa, tengok orang buat gula2 kelapa. Boleh makan free. Tak sedap rasanya. Sedap lagi gula2 kelapa Malaysia. Saya beli aiskrim kacang merah (RM2). Kemudian kami kongsi2 beli minyak kelapa dara (RM17) dan sabun kelapa (RM7).

Kemudian kami naik bot semula untuk makan buahan dan naik sampan. Sampai sahaja dah berderet sampan menunggu dgn 2 orang pendayung. Seorang di depan dan seorang di belakang. Setiap sampan memuatkan 4 org penumpang.



Pendayung pun mendayung melalui laluan sungai yang di kiri kanannya ada pokok nipah. Saya suka. Cantik. 
Pendayung akan bersuara bila menghampiri rumah mereka yg kelihatan sgt buruk di tebing sungai tersebut. Siap bagitau diorang ada baby. Tujuannya supaya kita kesian dan bg tips lebih kat diorang. 

Akhirnya sampan pun sampai ke destinasi (2km). Kami berhenti di perkampungan buah-buahan. Jalan melalui kebun buah-buahan sambil tangkap gambar.



Setelah itu kami disediakan hidangan buah-buahan tempatan. Buah yg kt Msia pun boleh dpt. Buah ciku, jambu batu, nenas, tembikai dan nangka. Tak de la best sgt.














Kemudian melalui gerai2 menjual buah dan cenderahati, saya beli buah susu. 1kg RM10, mahal drp  beli kt pasar. Tp sbb terliur tgk buah besar2 tu sy beli la jugak. Dpt 3 biji. Sebiji saya bg kt ketua rombongan. Bg dia merasa. Dgn syarat biji dia bg kt saya.



Jalan-jalan lagi sampai kat tempat madu longan, lebah di ternak di kawasan ladang longan. Kami diberi minum madu bercampur teh viet dan limau kasturi serta sedikit bee pollen. Manis giler. Tambah lg limau pun masih manis. madunya agak cair dan ada rasa longan sikit2.

Kemudian diorang tunjuk lebah hidup di sarangnya yang ada madu. gadis madu tu tiba2 ambil jari saya dan letakkan kat sarang yang penuh lebah tu, pastu suruh saya rasa madu fresh tu, manis sgt.

Diorang pun start jual produk2 sampingan seperti royal jeli dan sabun madu. seorang gadis lawa sapukan royal jeli kat atas tangan saya dan suruh biarkan selama 15 minit, kemudian barulah basus. Katanya boleh pakai kat muka sebagai masker.

Harga madu 500ml RM12 dan royal jeli RM40, agak murah. tapi saya tak beli sebab madu kat rumah saya banyak lagi tak makan pun. Itupun orang bagi free.

Dekat situ juga ada jual beg daripada kulit buaya, ular dan kulit lembu. Harga boleh tahan tapi saya tak beli jugak sebab beg tangan saya dah banyak sangat, membazir tu kan amalan setan. lagipun beg kulit ni kena jaga elok2 dan kena pakai selalu, kalau tidak cepat rosak. Saya pulak jenis suka tukar-tukar beg tangan. Memang tak syesuei.

Lepas tu kami naik bot besar dan kembali ke tebing Sg Mekong kembali, masa untuk shopping. Saya beli mask yang dikirim oleh sesorang untuk pesakit kanser kanak2. Backpack Dueter tipu yang besar untuk isi barang2 semasa balik nanti dan sedikit fridge magnet.

Kemudian tourist guide paksa kami naik bas untuk singgah kat masjid untuk solat dan makan tengahari.

Sampai kat masjid makanan tengahari dah tersedia atas meja. kami dengan perut yang lapar pun serbu. Ada nasi, ikan siakap, kari ayam, ayam goreng, udang goreng, sup vietnam, sayur dan air sejuk. Makanan paling mewah sejak kami berada di bumi Vietnam. Takdela sedap sangat macam orang kita masak tapi bole la.



Selepas solat dan berehat sekejap kami teruskan perjalanan ke sebuah kedai borong, ada macam2 barangan untuk di borong. Saya borong tudung nilopa untuk pakai sendiri dan cerderahati serta lebihannya nak jual. Saya beli 35 helai jer.

Masa ni la kebanyakan ahli rombongan dah kehabisan wang, masing2 minta nak pinjam duit. Ada yang pinjam 3 juta dari saya. Ok jer, kebetulan saya bawak banyak duit RM. Bole la bagi pinjam sikit sorang. Lagipun saya tak borong banyak cam diorang.

Selepas puas hati memborong kami pun teruskan perjalanan balik  ke hotel tapi ada beberapa org kakak minta tourist guide (TG) bawak mereka ke maybank untuk keluarkan duit.

Punya la baik TG tu pi cari teksi dan bawa diorang ke maybank. Malangya tak boleh keluarkan duit sebab diorang tak activate kad untuk kegunaan luar negara.Pastu diorang mintak pinjam duit saya lagi. Saya kesian, saya pun bagi.



Malam tu kami makan kat Restoran Osman, harga boleh tahan. Habis makan shopping kat kedai2 berhampiran dan pasar malam.

Dah penat balik hotel dan tido. 





1 comment:

  1. nk gelak pun ada baca ntry akak ni tau heheheh

    akak ni pi jln2 sana mmg sempoi, mmg kuat godaan, supink pun skit2 je...
    org yg pinjam duit tu dh pulang belum duit juta2 akk tu heheheh...

    ReplyDelete

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah bunga telang cabang tiga tenggek burung timun betik Biji benih nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi ulam Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Korea Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja abah herba jualan17 melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Durian Belanda Epal Hijau LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik kesum mengkudu siam mulberi pisang Daun Pandan Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun daun kaduk epal bidara gajus hidroponik kebun opis ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam nenas pekasam daun pucuk paku pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Anggur Merah Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Figs Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Plastik Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kari daun keledek daun limau purut epsom salt gadjet gastrik gulai masam hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot keratan batang ketam kobis ungu kucai kuini kumquat kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk putat rendang tamar terung terung berembang ulat Aidiladha Anaheim Peppers Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan air fyer alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium bayam brazil belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kucai bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados chawanmushi cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir geprek ginseng jawa gout halaman hantu harga hatyai hijau hobi hotel ikan ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kangkung tapis kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas khasiat kimchi kiwi kobis kobis cina kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu miang kham microvawe money plant muak nasik lemak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek puding karamel pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever saiko salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung tangkal teh pudina telur separuh masak tembikai kuning terima kasih tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...