Semangka ialah tembikai, jangan buat tak tahu pula. Ini adalah pokok tembikai kuning yang abah saya tanam di kebunnya sebulan yang lalu. Masa itu hujan tak turun, tengoklah keadaan tanah itu.
Kesian tengok keadaan pokok ini, kecil dan kurus.
Sebulan kemudian, hujan pun dah mula turun. Saya terjumpa buah ini. Kecil lagi, tak layak dimakan.
Kemudian terjumpa lagi sebiji. Juga kecil tapi menjadi juga pokok tembikai kuning abah saya ini. Sebelum ini saya cuma dapat makan buahnya tanpa melihat pokoknya. Seronokkan tengok pokok yang kita tanam mengeluarkan hasil.
Pokok yang kecil dan kurus ini berjaya menghasilkan dua biji buah tembikai dan mungkin akan menghasilkan lebih banyak buah lagi.
Kalau bercerita mengenai tembikai saya teringatkan peristiwa adik saya bersama tembikai-tembikainya. Ceritanya begini, waktu kami sama-sama kecik dulu, di rumah kami ada tembikai yang banyak hasil daripada kebun tembikai yang telah ditinggalkan empunya setelah mendapat hasil tuaian yang sepatutnya.
Sebelum sedekahkan buah tembikai kepada jiran-jiran, mak saya selalunya tebuk sedikit kulit tembikai untuk memastikan tembikai yang disedekahkan itu elok. Adik saya yang terlebih bijak telah melihat perlakuan mak saya itu.
Selepas itu secara senyap-senyap semua tembikai yang sepatutnya boleh disimpan lama ditebuk oleh adik saya dengan menggunakan pisau. Habis rosak semua tembikai tersebut. Apalagi, adik saya pun kena marah 'kaw-kaw' dengan mak saya. Sampai sekarang kenangan itu masih kami ceritakan bila sesekali berkumpul sambil makan tembikai.
Kepada adik saya, kalau terbaca entry ini jangan marah, bukan orang kenal pun...hehehe! Balik raya nanti kita makan semangka kuning yer.
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?